Wednesday, September 9, 2026

Membina tabiat baru

Hari ini ialah hari pertama saya membina tabiat baru untuk bangun pada 5 pagi dan cuba menulis blog selama setengah jam. Saya harap saya dapat kekal dan konsisten untuk bangunkan tabiat baru ini.

Kenapa saya bangunkan tabiat ini?

Pertama, saya nak amalkan apa yang saya belajar dari Seth Godin dan Naval Ravikant, siapa mereka ni? anda boleh terus Google saja nama mereka berdua. 

Pada saya mereka ini adalah orang yang berjaya dalam bidang masing-masing. Oleh itu, ada sebahagian kata-kata atau tips yang mereka bagi sesuai untuk saya ikut dan amalkan.

Naval kata kalau kita nak jadi kaya dalam dunia moden sekarang ini kita kena bangunkan sesuatu. We must create something. 

Tak kisahlah nak bangunkan apa pun, asalkan perkara yang kita bangunkan itu memberi manfaat pada orang lain. 

"Kita kena bangunkan dan hasilkan sesuatu yang bernilai dan memberi manfaat pada orang."

Kita boleh lihat orang-orang yang kaya dan berjaya diluar sana, mereka ada sesuatu yang dibangunkan. Mesti mereka hasilkan sesuatu.

Mereka membangunkan bisnes, mereka menghasilkan produk, mereka menulis buku, menulis blog, menulis artikel.

Mereka mencipta lagu, merekod podcast, mereka menghasilkan sistem, memberi idea, membangunkan software, mereka berkongsi sesuatu.

Seth Godin pula kata, kita mesti menulis setiap hari. Kenapa? 

Kerana dengan menulis kita sedang menghasilkan sesuatu. 

Tulis apa saja yang kita mahu, tulis perkara yang bermanfaat, tulis perkara yang boleh membantu orang lain.

Menulis boleh mencambahkan idea, ia menjernihkan otak kita, ia memberi kejelasan pada diri. 

Ia membantu mengeluarkan segala keladak dalam otak. 

Kalau anda rasa stress, rasa hidup tak berguna, rasa lost, rasa tak bermaya, rasa tak bersemangat, rasa down, rasa tak da idea, rasa sedih, rasa marah, rasa bodoh, rasa miskin, rasa diri tak berguna atau apa saja perkara yang negatif dalam diri. 

Cubalah tulis. Tulis rasa anda itu. 

Tulis selama 100 hari tanpa gagal - anda akan dapat rasakan manfaatnya.


No comments:

Post a Comment

Bagaimana nak bina bisnes ketika kita tiada apa-apa?

Kita tiada modal, tiada kenalan, tiada pengalaman, tiada idea nak jual apa. Kita betul-betul kosong. Apa nak buat? Di mana nak mula? Mula de...