Tuesday, September 15, 2026

Apa itu sistem dalam membina tabiat?

Kita sedia maklum yang kita tidak boleh bergantung kepada motivasi untuk konsisten.
Ini kerana motivasi atau perasaan ada turun dan naik.

Hari ini kita bersemangat, esok kita lemau.
Hari ini kita rajin, esok kita malas.

Jadi kita tidak boleh bergantung harap pada perasaan untuk membina tabiat.
Solusinya, ialah kita kena bergantung pada sistem.

Apa itu sistem?

Sistem bukanlah perisian komputer atau applikasi yang berada dalam telefon bimbit kita tu.
Sistem ialah proses kerja atau aturan kerja.

Ia adalah alat yang mengingatkan kita tentang kerja tersebut.
Ia tidak ada perasaan turun dan naik.

Apa contoh sistem?

Ia semudah senarai kerja (checklist) atau jadual kerja.

Juruterbang atau pilot akan menggunakan checklist sebelum dia memulakan penerbangan.
Walaupun pilot tersebut telah melakukan beribu jam penerbangan.
Dia mesti melihat checklist, ini adalah prosuder supaya dia kekal konsisten.

Kenapa ada orang konsisten pergi bekerja walaupun dia rasa malas?

Kerana, dia sudah ada jadual kerja.
Dia telah tentukan masa, hari isnin hingga jumaat, dari jam 9.00 pagi ke 5.00 petang adalah masa untuk bekerja.

Jadi bila sampai waktu, secara automatik dia akan pergi bekerja.

Inilah kebaikan sistem
Ia tidak ada perasaaan.
Jadi ia kekal konsisten.

Bila kita ada sistem, kita tak perlu berfikir panjang sebab kita dah fikir siap-siap kerja yang kita akan lakukan.

Contoh - kita mahu menulis setiap hari, pada jam 6.00 pagi.

Kita telah tentukan siap-siap waktu bila mahu menulis.
Maka, kita masukan terus dalam jadual harian kita.
Nanti bila sampai waktunya - 6.00 pagi, kita terus saja menulis.

Kita terus buat tanpa berfikir panjang dan tanpa fikirkan perasaan.
Ia menjimatkan masa kita untuk berfikir.

Kita tetap menulis walaupun kita rasa malas, rasa kecewa dan tak bersemangat.


No comments:

Post a Comment

Bagaimana nak bina bisnes ketika kita tiada apa-apa?

Kita tiada modal, tiada kenalan, tiada pengalaman, tiada idea nak jual apa. Kita betul-betul kosong. Apa nak buat? Di mana nak mula? Mula de...