Sekarang ini tahun 2026, banyak perkara yang menjadi mudah dengan adanya AI atau artificial inteligence ni.
Terutamanya dalam bab mencari maklumat, belajar perkara baru dan juga menyelesaikan sesuatu masalah.
Jika ada sesuatu masalah, kita boleh terus tanya pada AI seperti ChatGpt, Gemini, Claude dan sebagainya.
Banyak masalah yang kita tak tahu nak selesaikan dulu, yang kita tak tahu cara dan jawapannya dulu, sekarang kita boleh tanya AI.
AI boleh jawab dengan bagus dan jawapannya memang boleh selesaikan masalah kita.
Perkara ini saya telah cuba banyak kali, terutamanya dalam bab atau perkara yang teknikal seperti menyelesaikan masalah pada laptop, masalah pada website dan blog.
Malah ada perkara teknikal yang dulunya, saya memang tak boleh nak buat, benda itu hanya boleh diselesaikan oleh orang IT, tapi sekarang dengan tanya AI, saya sendiri boleh selesaikann
Contohnya.
Saya ada masalah dengan sistem email saya - Mailerlite.
Apabila saya tidak boleh menghantar email kerana sistem mahukan saya "verify domain authentication".
Nampak itu perkataan atau jargon teknikal. Sebelum ini, kalau nampak saja jargon teknikal tu saya dah risau dan susah hati. Macam mana nak selesaikan ni.
Tapi sekarang saya tanya saja AI, dan AI berikan jawapan dan cara selesaikan langkah demi langkah.
Selain itu, Dulu saya gunakan blogspot, nama domain saya www.shairkadri.blogspot.com.
Sekarang alamat blog saya ialah www.shairkadri.com.
Kiranya saya sudah ada website dan domain saya sendiri.
Saya tukar sendiri tau dengan bantuan AI.
Benda ini saya memang tak tahu buat dan tak akan buat kalau tidak ada AI.
Kalau nak buat juga saya akan minta bantuan orang yang pandai.
Nampak tak, AI telah memudahkan banyak perkara dalam dunia ini.
Rugi pada siapa yang masih tidak tahu menggunakannya.
No comments:
Post a Comment