Wednesday, September 23, 2026

Impian duniawi dan ukhrawi

 Kalau kita tanya orang apakah impian yang dia mahu capai, kebanyakannya akan menjawab seperti:-

*Mahu duit yang banyak.
*Mahu rumah dan kereta yang besar.
*Mahu kerja yang bagus.
*Mahu pergi melancong ke tempat impian.
*Mahu bisnes yang maju
*dan sebagainya.

Kita akan dapati kebanyakannya akan memilih perkara yang bersifat keduniaan.
Salah ke?

Again, ini bukan nak cari salah atau betul, tapi kita nak cari perkara yang terbaik untuk diri kita.

Apa realiti atau perkara yang biasa akan berlaku kalau kita terlalu fokus mengejar impian yang bersifat keduniaan ni.

Biasanya ini yang akan berlaku.

*Kita akan rasa tak pernah puas dengan apa yang ada.

Kita dah ada duit seratus ribu, tapi kita masih mahu kan dua ratus ribu. 
Kita dah ada duit lima ratus ribu, tapi kita tetap akan mahukan satu juta.
Kita dah ada rumah teres A, tapi kita akan mahukan rumah teres B.

*Kita susah nak bersyukur.

Kalau kita tidak kawal perasaan tamak yang tidak pernah puas itu, ia akan menyebabkan kita tidak akan rasa pernah bersyukur.

Susah nak bersyukur dengan nikmat yang telah Allah berikan.
Inilah yang akan menyebabkan kita jadi tamak.

*Rasa stress dan tertekan.

Bila kita masih tidak puas dan tidak ada rasa bersyukur dengan apa yang kita ada, kita akan terus menekan diri untuk bekerja keras untuk capai impian yang kita mahu.

Kita lihat orang lain dapat apa yang kita mahu, maka inilah yang akan menyebabkan kita rasa stres atau tertekan dengan kehidupan dunia ini.

Kita tak boleh tengok orang lain ada atau lebih, kita mahu berlawan dengan mereka.

Jadi apa solusinya?

*Jangan fokus pada dunia, tapi fokus pada akhirat.

Kita mahukan kematian yang baik. Impian yang bila masuk kubur, kubur kita akan terang dan lapang. 
Kita mahu kenikmatan dalam kubur.

Jadi bila kita tukar impian daripada duniawi kepada ukhrawi, kita tidaklah terlalu stress dan tertekan untuk mengejar impian yang bersifat keduniaan tersebut.

*Bila kita tukar fokus kita, ini akan meredakan nafsu kita terhadap keduniaan.

Ini akan mengurangkan rasa tidak puas dengan dunia, ia juga akan meningkatkan rasa syukur kita terhadap nikmat yang kita ada atau sedang kecapi sekarang.

Apa kesimpulannya?

Bukanlah kita tak boleh nak berimpian tentang dunia ini, boleh saja. 
Kita memang digalakan berimpian untuk mahukan dunia ini.

Tapi, jangan berlebihan sehingga kita tinggalkan akhirat.
Sehingga sanggup buat yang haram demi impian dunia ini.

Bersederhanalah dalam mencari dunia.

No comments:

Post a Comment

Bagaimana nak bina bisnes ketika kita tiada apa-apa?

Kita tiada modal, tiada kenalan, tiada pengalaman, tiada idea nak jual apa. Kita betul-betul kosong. Apa nak buat? Di mana nak mula? Mula de...