Seth Godin galakan untuk kita menulis setiap hari. Kenapa?
Ada banyak sebab dan ini antara sebabnya.
1.Membersihkan otak.
Dalam otak kita ada bermacam-macam benda yang kita fikirkan.
Kita fikir tentang idea, tentang ketakutan, kerisauan, perancangan, masalah dan sebagainya.
Perkara-perkara ini jika tidak dikeluarkan ia akan menyesakkan otak kita.
Bila otak kita sesak, ia menyebabkan kita serabut, kita rasa down, kita rasa tak bermotivasi, kita rasa diri kita tiada perubahan dan sebagainya.
Ada beribu perkara negatif kita akan fikir.
Jadi kita kena bersihkan segala keladak yang bersarang dalam otak.
Menulis ialah proses kita mengeluarkan segala keladak dalam otak.
Ia dapat membersihkan otak kita.
Caranya dengan tulis saja apa yang kita fikirkan.
Tulis saja, tak perlu nak edit-edit bagai.
Kita bukan mahu orang baca, kita sendiri ja yang baca.
Jadi apa yang nak dirisaukan?
Apabila otak kita bersih dari segala macam perkara mengarut tu, barulah kita akan rasa tenang sedikit.
2.Mengasah otak untuk berfikir.
Otak adalah tempat berfikir.
Kita semua mahukan idea-idea yang fresh dan bernas.
Kita mahu menjadi kreatif.
Kalau kita ada masalah, kita mahu selesaikan masalah tersebut.
Kita mahu otak keluarkan idea-idea yang dapat selesaikan masalah tersebut.
Ramai orang rasa susah nak keluarkan idea-idea yang bernas dan kreatif.
Mereka rasa otak mereka tepu, rasa otak mereka susah nak berfikir.
Sebenarnya, bukan otak mereka tepu, tapi otak mereka tak biasa berfikir perkara yang berat dan mendalam.
Menulis dapat melatih otak untuk berfikir dengan kreatif.
Bila otak kita jadi kreatif , ia dapat mengeluarkan idea-idea yang bernas.
3. Memberi kejelasan.
Kenapa ramai orang susah nak capai matlamat atau impian dia?
Ada banyak sebabnya, dan antara salah satu sebabnya ialah dia tak jelas apa yang dia nak.
Dia tak jelas matlamat yang dia mahu capai.
Bagaimana anda mahu capai matlamat atau impian itu jika anda sendiri tak jelas apa yang anda mahu dalam hidup.
Analogi mudah.
Anda dari Kuala Lumpur, mahu pergi ke rumah kawan anda di Johor.
Anda tidak pernah sampai rumah kawan anda itu.
Tapi masalahnya, anda tidak ada alamat penuh.
Bagaimana anda mahu sampai, jika tidak ada alamat yang jelas?
Sudah tentu tidak sampai bukan.
Begitulah juga dengan kehidupan. Anda kena ada kejelasan.
Menulis melatih otak untuk berfikir dengan jelas.
Bila menulis kita letakan perkara yang kabur dalam fikiran itu di atas kertas.
Kita akan nampak dengan jelas benda yang kita fikir itu.
Bila dah nampak mudah untuk kita perbaiki.
Sebenarnya, ada banyak lagi kebaikan menulis.
Ia bukan saja boleh jadi satu terapi otak, malah boleh menjadi satu alat yang bantu kita untuk maju dalam hidup.
Apa yang penting ialah kita kena buat dengan konsisten.
No comments:
Post a Comment