Saturday, February 8, 2025

Kenapa majikan perlu utamakan cara berfikir (mindset) & sikap (attitude) pekerja?

Mindset adalah akar atau asas kepada sikap seseorang.
Mindset yang betul akan mempengaruhi sikap yang betul pada seseorang.

Sikap itu lebih mudah dilihat secara langsung semasa temuduga.
Kalau kita lihat dari sudut yang lebih mendalam:

Mindset → akan mempengaruhi sikap → sikap akan mempengaruhi skill & kejayaan.

Ini bermaksud :-

Orang yang mindsetnya betul (suka belajar, terbuka kepada cabaran, tak mudah putus asa) → akan tunjukkan sikap yang betul (rajin, bertanggungjawab, boleh menerima teguran).

Orang yang mindsetnya salah (tak nak keluar dari zon selesa, selalu menyalahkan keadaan) → akan tunjukkan sikap negatif (malas, suka bagi alasan, cepat mengalah).

Ini antara contoh perbezaan mindset & sikap

Mindset = "Saya percaya saya boleh berjaya kalau saya usaha."

Sikap = Dia akan tunjukkan rajin belajar, berani cuba benda baru, dan tak mudah putus asa.

Mindset adalah punca.
Sikap adalah bukti mindset itu betul atau tidak.

Dalam temuduga, kita boleh uji mindset seseorang dengan soalan yang betul.

Contoh soalan temuduga untuk uji mindset:

"Bila kali terakhir anda belajar sesuatu yang baru, dan bagaimana anda belajar?"

"Bagaimana anda mengatasi situasi di mana anda gagal dalam sesuatu?"

"Jika anda diberi tugasan yang anda tak pernah buat, apa langkah pertama yang anda akan ambil?"

Dari jawapan mereka 
kita boleh lihat cara mereka berfikir (mindset) dan sama ada mereka ada sikap yang betul atau tidak

Friday, February 7, 2025

Interview perkerja - 3 perkara yang majikan perlu lihat.

1. Mindset (Cara Berfikir)

2. Sikap (Attitude)

3. Skill & Knowledge (Kemahiran & Pengetahuan)

1.Mindset Adalah Asas Segalanya

Kenapa mindset paling penting? 

*Cara seseorang berfikir menentukan bagaimana dia bertindak dan bertahan dalam kerja.
*Jika mindset betul, dia boleh belajar, berkembang, dan berjaya, walaupun belum ada kemahiran.

2.Sikap (Attitude) Menunjukkan Mindset Seseorang

Kenapa sikap penting? 

*Mindset seseorang akan terzahir dalam sikap mereka di tempat kerja.
*Orang yang ada mindset positif akan tunjukkan sikap yang rajin, komited, dan mahu belajar.

3. Sikap yang Baik Akan Meningkatkan Skill & Knowledge

Kenapa skill & knowledge di tempat terakhir? 

*Skill boleh diajar, tetapi sikap & mindset susah diubah.
*Jika seseorang ada mindset dan sikap yang betul, dia boleh belajar apa saja skill dengan cepat.

Mindset yang betul → Melahirkan sikap yang betul → Membantu pekerja belajar & meningkatkan skill.

Prinsip utama untuk memilih pekerja yang betul:

*Ambil pekerja berdasarkan mindset & sikap, bukan hanya berdasarkan skill.
*Skill boleh diajar, tetapi mindset & sikap sangat susah diubah.

Jadi, kalau anda nak ambil pekerja, fokuskan soalan temuduga kepada mindset dan sikap mereka dulu, bukan hanya tanya tentang pengalaman atau skill mereka.

Thursday, February 6, 2025

Interview pekerja - 2 mindset yang majikan perlu kenalpasti pada calon

 Ada 2 mindset yang majikan perlu kenalpasti pada calon yang datang interview iaitu growth mindset atau fixed mindset.

Apakah dia 2 mindset ini?

Apakah ciri-ciri mindset tersebut?

=

FIXED MINDSET

Orang yang mempunyai fixed mindset percaya bakat dan kepandaian adalah tetap.

Ia sudah semulajadi ada dalam diri seseorang itu sejak dia lahir.

Mereka percaya sekiranya anda tidak bagus dalam sesuatu perkara, maka anda selamanya tidak bagus dalam perkara tersebut.

Mereka biasanya menjauhi cabaran dalam kehidupan, mudah putus asa dan merasa terancam dengan kejayaan orang lain.

Ini kerana mereka tidak melihat kepandaian dan bakat itu sesuatu yang boleh dibangunkan.

Orang yang ada fixed mindset percaya sikap seseorang itu tidak boleh berubah, walaupun banyak usaha yang dilakukan.

Antara ciri-ciri mereka yang mempunyai fixed mindset ialah :-

*Percaya kepandaian dan bakat itu tetap.

*Menjauhi cabaran untuk tidak gagal.

*Mengabaikan maklumbalas dari orang lain.

*Merasa terancam dengan kejayaan orang lain.

*Menyorokan kelemahan supaya tidak dihakimi oleh orang lain.

*Percaya daya usaha itu tidak bernilai.

*Melihat maklumbalas itu sebagai satu kritikan.

*Mudah putus asa.

Cara fikir begini menyebabkan seseorang itu sukar untuk berkembang dan maju dalam kehidupan,

=

GROWTH MINDSET

Orang yang mempunyai growth mindset melihat kepandaian dan bakat boleh dibangunkan jangkamasa yang tertentu.

Walaupun setiap orang berlainan bakat, kebolehan, minat dan pencapaian, setiap orang boleh berubah dan berkembang melalui usaha dan pembelajaran.

Mereka percaya kepandaian dan bakat boleh diperbaiki melalui tindakan yang betul.

Growth mindset juga percaya masalah atau kepayahan adalah perkara yang sentiasa ada dalam proses pembelajaran.

Mereka percaya kegagalan hanyalah bersifat sementara dan boleh diubah.

Oleh itu mereka mementingkan pembelajaran, usaha, daya tahan, motivasi dan pencapaian dalam hidup mereka.

Antara ciri-ciri mereka yang mempunyai growth mindset ialah:-

*Percaya kepada pembelajaran sepanjang hayat.

*Percaya kepandaian boleh diperbaiki.

*Mereka berusaha untuk belajar.

*Percaya daya usaha akan membawa kepada kejayaan.

*Percaya kegagalan hanya bersifat sementara.

*Melihat feedback sebagai satu punca maklumat.

*Mahu mengambil cabaran.

*Melihat kejayaan orang lain sebagai satu inspirasi.

*Melihat feedback sebagai satu peluang untuk belajar

Tuesday, February 4, 2025

Interview pekerja - sebagai majikan apa yang anda cari?

Sebagai majikan yang sedang mencari pekerja, kita akan cari dan lihat 3 perkara ini pada calon yang datang interview.

1.Cara berfikir (mindset)

2.Sikap (attitude)

3.Skil dan pengetahuan (knowledge)

Dalam ketiga perkara ini yang mana paling penting mengikut turutan?

1. Cara berfikir atau mindset seorang calon.

2. Daripada cara berfikir itu ia akan ditunjukan dengan sikap kerana mindset akan mempengaruhi sikap seseorang itu.

3.Sikap yang baik dan bagus akan meningkatkan skil dan pengetahuan seseorang itu.

Mindset seseorang sangat dipengaruhi oleh keadaan sekeliling atau enviroment seperti cara mereka dididik, pergaulan dengan kawan-kawan, buku yang dibaca kursus yang dihadiri, atau apa jua maklumat yang mereka dengar dan lihat.

Apa mindset yang patut majikan cari dan tolak? Dan bagaimana nak dapatkannya?

Majikan mencari pekerja yang ada mindset - "Growth mindset" . 

Majikan jangan ambil pekerja yang ada mindset - "Fixed mindset"

Monday, February 3, 2025

Pemimpin yang bagus tidak bertindak mengikut emosi

Dalam buku thinking fast & slow, penulis Daniel Kahneman ada cerita berkenaan cara manusia membuat keputusan menggunakan 2 sistem berfikir.

Sistem 1 - berfikir laju iaitu kita membuat keputusan dengan cepat,mengikut emosi dan gerak hati.

Sistem 2 - berfikir lambat iaitu kita membuat keputusan lambat berdasarkan logik dan perkiraan.

Kedua sistem ini ada kelebihan dan kekurangan, oleh itu kita perlu kedua-duanya untuk membuat keputusan yang betul. Ia perlu Ia saling lengkap melengkapi.

Kebanyakan masa, manusia cenderung untuk membuat keputusan mengikut sistem 1. Kita suka membuat keputusan mengikut emosi secara kita tidak sedar.

Keburukan membuat keputusan mengikut sistem 1 ialah kita tidak akan bertindak secara tidak rasional. Selalunya, keputusan yang dibuat akan menyebabkan kita menyesal di kemudian hari.

Seorang pemimpin yang bagus dia tidak bertindak mengikut emosi. Dia perlu membuat keputusan secara rasional. Dia perlu seimbangkan pemikiran sistem 1 dan sistem 2.

Tugas seorang pemimpin bisnes sangat besar. Dia perlu menjaga orang yang dipimpin.

Contoh - jika pekerja membuat kesilapan yang menyebabkan syarikat rugi.

Kalau ikut emosi atau sistem 1, kita rasa nak marah dan maki saja pekerja tu. Baru kita rasa puas.

Tapi, jika kita buat macam itu ia tidak akan mengubah perkara yang telah terjadi. Ia akan beri kesan buruk pada banyak pihak.

Ya, betul pekerja telah buat kesilapan yang merugikan syarikat, tapi dalam masa yang sama dia juga telah menyumbang manfaat pada syarikat.

Tak kan lah dengan satu kesilapan yang dia buat, terus kita lupakan manfaat yang dia beri pada syarikat sebelum itu.

Itulah "negativity bias" iaitu kecenderungan kita untuk melihat dan memperbesarkan perkara yang negatif daripada positif.

Kita manusia mudah tertarik dan fokus pada perkara yang negatif daripada positif dalam membuat keputusan.

Oleh sebab itu, pemimpi

Sunday, February 2, 2025

Kenapa anda perlu belajar berfikir dengan baik?

"Eh berfikir pun kena belajar ke? Setiap hari aku berfikir"

Kalau anda kata begitu tunggu sekejap, cuba fikir dan faham betul-betul dulu apa yang anda fikir setiap hari tu.

Kebanyakan orang hanya berfikir perkara yang mudah. Maksudnya mereka hanya berfikir pada perkara yang tidak memberi kesan atau impak besar pada kehidupan kalau salah dalam membuat keputusan.

Mereka hanya berfikir perkara yang kecil-kecil seperti mahu makan di mana, mahu makan apa, nak lepak dimana dan sebagainya.

Benda-benda ini tak perlu fikir pun. Sepatutnya kita sudah tentukan awal lagi keputusan tersebut.

Tak perlu buang masa nak fikir makan apa macam sesetengah orang tu. Nak pilih makanan pun ambil masa 15 minit.

Kita perlu habiskan masa untuk fikir perkara yang besar. Perkara yang beri kesan atau impak besar pada kehidupan kita.

Nak kerja apa? Nak ambil jurusan apa? Nak meniaga apa? Apa strategi untuk capai impian kita? dan sebagainya.

Perkara ini memerlukan kita berfikir secara mendalam. Bukan berfikir secara permukaan.

Kita berfikir sebab kita nak buat keputusan yang betul.

Hidup kita hari ini adalah hasil dari pilihan yang kita buat sebelum ini.

Jika hidup kita susah cuba lihat apa yang kita dah buat sebelum ini. Apa pilihan yang kita buat 5 tahun lepas. Kita pilih untuk buat apa?

Kita juga berfikir sebab nak selesaikan sesuatu masalah.

Albert Eintein kata apabila dia jumpa sesuatu masalah yang susah, dia akan habiskan banyak masa untuk memahami masalah tersebut dengan jelas.

Dia kata lagi, memahami sesuatu masalah dengan jelas telah menyelesaikan 80 peratus masalah tersebut.

Oleh itu, kita perlu duduk berfikir dengan mendalam jika menghadapi sesuatu masalah.

Terutamanya pada masalah yang besar, pada masalah yang beri kesan besar pada hidup kita,

Kita boleh datangkan banyak idea yang bernas dengan berfikir secara mendalam.

Apabila kita berhenti berfikir pada sesuatu perkara seperti orang lain, maka kita akan sampai pada satu kesimpulan yang sama seperti lain.

Sebab itu idea kita juga sama seperti orang lain. Kita tidak istimewa.

Dalam bisnes, jika kita sama seperti orang lain, kita tak boleh nak jual mahal. Kita juga mungkin susah nak jual produk kita.

Kenapa pelanggan nak beli dari kita bukan dari orang lain. Sudahnya kita buang harga sebab nak bersaing.

Edward Oakley Thorp, seorang Professor Matematik dan penulis buku terkenal.

Dia kata ""Dari mana sesuatu idea itu datang? Idea saya datang duduk dan berfikir "

Saturday, February 1, 2025

Sebagai pemimpin, apa respon anda jika pekerja anda buat silap?

Hari ini pekerja saya buat silap lagi. Syarikat terpaksa keluar kos yang lebih disebabkan kesilapan tersebut.

Jadi sebagai bos apa reaksi sepatutnya yang kita kena tunjukan?

Sebagai pemimpin syarikat bagaimana kita mahu respon perkara ini?

Ini apa yang saya biasa buat.

1. Beradab ketika marah.

Kita ni manusia jadi marah itu adalah normal. Siapa yang tak marah jika pekerja buat silap kan? Tambahan pula kesilapan itu menyebabkan syarikat rugi.

Bagi saya boleh marah tapi marah secara beradab. Maksudnya marah dengan tidak memaki, tidak perlu menjerit , tidak perlu memalukan depan orang, tidak membebel sampai ungkit atau cakap perkara yang tidak ada kaitan.

2. Tunjukan akibat dari kesilapan

Cukup kita tunjukan pada pekerja akibat dari kesilapan dia. Pekerja kena tahu akibat dari kesilapan yang dia buat. Apa kerugian yang ditanggung oleh syarikat.

3. Apa solusi kepada masalah tersebut.

Kesilapan sudah berlaku, benda lepas biarlah lepas. Bukan boleh diubah. Jadi kita terus cari solusi untuk selesaikan masalah yang terjadi atau perbetulkan kesilapan yang telah dilakukan.

Saya suka minta pekerja itu berikan solusi kepada masalah tersebut atau perbetulkan kesilapan yang dilakukan. Ini supaya staf ambil tanggungjawab terhadap masalah atau kesilapan yang dia telah lakukan.

4. Apa pengajaran dan cara untuk pastikan masalah tersebut tidak berulang lagi.

Belajar dari pengalaman, belajar dari kesilapan. Saya juga akan minta pekerja belajar dari kesilapan dan cari cara untuk pastikan kesilapan tidak diulang lagi di masa akan datang.

5. Perbaiki diri sendiri.

Sebagai pemimpin kita sendiri kena ambil tanggungjawab apabila pekerja berlaku kesilapan. Mereka di bawah kita.

Kita renung balik diri kita, apa yang kita dah buat untuk bantu mereka? Apa yang kita dah buat untuk tingkatkan kemahiran dan pengalaman mereka supaya mereka tidak buat silap lagi.

Apa asas dalam kepimpinan?

Apa maksud pemimpin?

Bila kita kata pemimpin apa yang kita faham dengan maksud pemimpin? Ini biasanya perkara yang kita faham:-

Pemimpin mesti ada orang dipimpin, atau pengikut. Dia tidak dipanggil pemimpin jika tidak orang yang dipimpin atau pengikut.

Sekiranya kita seorang pemimpin atau mahu jadi seorang pemimpin, persoalan yang sepatutnya kita perlu tanya pada diri sendiri ialah:-

1.Kenapa orang nak ikut kita?

2.Mereka nak ikut kita pergi ke mana? atau kemana kita nak bawa mereka?

3.Apa manfaat yang mereka dapat jika ikut kita?

Kenapa kita kena tanya soalan-soalan seperti ini? Sebab asas dalam kepimpinan ialah empati. Kita melihat sesuatu itu dari sudut pandang orang lain, atau dalam konteks kempimpinan dari sudut pandang pengikut kita.

Jika kita pemimpin bisnes, sepatutnya kita perlu melihat sesuatu itu dari sudut pandang staf kita. Kenapa mereka mahu bekerja di bawah kita, apakah yang mereka mahu capai, apa manfaat yang mereka mahu.

Dari sudut pandang pelanggan pula, kenapa pelanggan mahu membeli dengan kita bukan dari orang lain, apa yang mereka mahu capai dan sebagainya.

Dari sudut pandang vendor atau supplier, kenapa mereka mahu supply pada kita, apa manfaat yang mereka dapat.

Jika kita dapat penuhi kehendak mereka, dengan sendirinya mereka akan ikut kita. Tak perlu dipaksa, tak perlu disuruh. Mereka tentu akan ikut kita.

Bagaimana nak bina bisnes ketika kita tiada apa-apa?

Kita tiada modal, tiada kenalan, tiada pengalaman, tiada idea nak jual apa. Kita betul-betul kosong. Apa nak buat? Di mana nak mula? Mula de...