Sunday, September 27, 2026

AI akan mengurangkan peluang bisnes juga?

Hari itu kita bincang AI akan mengurangkan banyak kerja-kerja pentadbiran (admin) seperti kerja-kerja menguruskan dokumen, menyediakan report, membuat kira-kira, menulis surat, menguruskan jadual dan sebagainya.

AI juga boleh mengurangkan kerja-kerja kreatif seperti mendesign poster, menghasilkan lagu, membina website, membina ayat iklan, menganalisa data dan sebagainya.

Seth Godin kata, AI akan menggantikan kerja-kerja yang biasa (mediocre), maksudnya kalau dari skala 1 hingga 10, kerja-kerja tersebuat duduk pada nombor 5. 

Ia tidaklah teruk, tapi ia juga tidaklah bagus. Cukup-cukup makan.

Disebabkan ini ada kebimbangan yang Ai akan mengurangkan peluang pekerjaan di masa akan datang.
Ini kerana, bagi majikan kalau lah Ai boleh buat apa yang staf lain buat, malah boleh buat lebih baik dari staff sedia ada buat, lebih baik mereka beralih kepada Ai.

Tak perlu pening kepala urus staff dan ia menjimatkan kos.

Sebenarnya, Ai bukan saja sekadar mengurangkan peluang pekerjaan kepada pencari kerja, Ai juga akan mengurangkan peluang bisnes.

Banyak-banyak juga kerja-kerja yang dulu boleh di berikankan (outsource) kepada vendor luar, sekarang boleh digantikan dengan Ai.

Contohnya.

Kerja-kerja pentadbiran (admin) - dulu ada syarikat yang outsource kepada freelancer untuk bantu uruskan, sekarang boleh diberikan pada Ai.

Kerja-kerja graphic design seperti mendesign poster, brochure, gambar, website, dan sebagainya boleh digantikan dengan Ai.

Kerja-kerja marketing seperti membina funnel, membuat ayat iklan atau copywriting, memantau prestasi iklan, menganalisa data dan sebagainya boleh digantikan dengan Ai.

Ini apa yang saya nampak dalam bidang berkaitan saya.

Bidang atau industri saya tak tahu, tapi saya percaya dengan tren sekarang ini yang mana orang sedang FOMO atau berlumba-lumba menggunakan Ai, akan banyak lagi kerja-kerja atau peluang bisnes yang akan digantikan oleh Ai.

Oleh itu, sebagai pencari kerja atau pekerja, sebagai freelancer atau orang bisnes, kita kena bersedia dan buat sesuatu supaya kita tidak hilang dari radar dengan fenomena ini.

Maksudnya kita kena buat sesuatu supaya tidak terkeluar dari permaianan ini.

No comments:

Post a Comment

Bagaimana nak bina bisnes ketika kita tiada apa-apa?

Kita tiada modal, tiada kenalan, tiada pengalaman, tiada idea nak jual apa. Kita betul-betul kosong. Apa nak buat? Di mana nak mula? Mula de...