Antara ciri-ciri impian yang bagus ialah
1.Ia realistik - tidak terlalu menekan dan membuatkan kita terlalu stress
2.Ia mestilah jelas dan spesifik.
3.Ia bersifat jangka panjang
4.Ia bantu untuk kita bergerak kehadapan
5.Ia tidak berlawanan dengan hukum alam
Mungkin ada yang tanya bagaimana nak applikasi ciri-ciri ini dalam hidup.
Ada tak tips atau langkah yang boleh diikuti?
Ada tak panduan yang kita boleh ikut?
Jawabnya ada. Dan pada saya ia 100% betul.
Sebagai muslim, kita sudah ada panduan dan idola yang kita boleh ikuti iaitu Nabi kita Muhammad Ibni Abdullah.
Baginda adalah contoh terbaik yang kita boleh ikuti.
Jadi kita lihat dan belajar dari sirah baginda untuk kita contohi.
Segala perlakuan dan percakapan baginda seharian boleh dijadikan contoh untuk kita.
Bagaimana nak applikasikan dalam membina impian kita.
Ini antara contohnya.
Baginda pernah bersabda, mafhumnya orang yang cerdik adalah orang mengingati mati dan membuat persediaan untuk menghadapinya.
Dari perkataan tersebut kita faham realiti dan hukum alam yang menyatakan bahawa kita akan mati.
Oleh itu antara impian besar, jelas dan spesifik yang kita kena letakan ialah kita mahu mati dalam keadaan baik.
Bila masuk kubur kita mahu terhindar dari azab dan mahukan nikmat.
Ini impian yang besar, jelas, spesifik, bersifat jangka panjang, menolak kita untuk bergerak kehadapan dan mengikut hukum alam.
Sebenarnya ada banyak lagi pelajaran dan perkara yang kita boleh ambil dari Nabi kita, untuk kita applikasi kan dalam kehidupan kita.
Nanti saya akan kongsikan lagi.
No comments:
Post a Comment