Wednesday, November 18, 2026

Naik sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

Naik sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ini hukum alam. Banyak perkara-perkara yang hebat dan bernilai dalam alam ini mengambil masa yang lama untuk dia jadi. 

Minyak di dalam lautan terjadi dengan mengambil masa yang lama. 

Pokok-pokok balak yang bernilai mengambil masa ratusan tahun. 

Begitu juga dengan hidup kita, sudah tentu ia mengambil masa lama untuk kita naik dalam kehidupan. 

Kita konsisten naikan tahap kehidupan kita sikit-sikit. Kita tak gelojoh dan terburu-buru. Kita ada masa untuk berfikir, bereksperimen dan belajar.

Dari situ kita bina asas yang kukuh yang untuk pergi lebih jauh dan bertahan lama.

Berbanding, jenis yang semua nak cepat, semua nak ekspress, mereka mana ada masa untuk berfikir, bereksperimen dan belajar. 

Bila macam itu, asas mereka tak kukuh. Bila datang masalah atau badai melanda mereka mudah jatuh. 

Ia seperti kita tuangkan minyak petrol ke atas kayu, dia cepat marak, dan cepat juga padam. 

Berbanding api yang membakar senyap-senyap dalam sekam, ambil masa lama untuk terbakar, tapi bila terbakar ia susah dipadamkan.

Tuesday, November 17, 2026

Kenapa kena ada 3 tahap matlamat dalam hidup?

Kenapa kena ada 3 tahap matlamat hidup yang kita nak?

Kita ada :-

Tahap 1 - tahap asas. 
Matlamat untuk penuhi perkara asas dalam kehidupan seperti tempat tinggal, makanan dan kenderaan. 

Tahap 2 - tahap pertengahan, kita sudah melebihi tahap asas, kita sudah naik ke tahap selesa.

Tahap 3 - tahap advance, tahap dikategorikan sebagai mewah. 

Ramai orang hidup tak tenang, stress, terlampau busy dan terabai banyak perkara kerana mengejar matlamat atau impian yang terlalu tinggi. 

Mereka kena langkau banyak tahap yang menyebabkan mereka terlalu hustle. 

Kita tak mahu macam itu. 

Kita nak hidup yang tenang, tidak terlalu hustle dan tidak mahu terabai banyak perkara dalam mengejar matlamat. 

Sebab itu kita kena lihat situasi kita. Kita naik dan kejar ikut tahap di mana kita berada sekarang. Kita tidak melangkau tinggi melebihi tahap dah situasi kita. 

3 tahap ini umpama milestone atau perhentian kita perlu berhenti. 

Setiap milestone ada skil yang dipelajari dan dibangunkan untuk pergi ke milestone seterusnya. 

Monday, November 16, 2026

Ini rupanya 3 tahap kehidupan yang kita mahu supaya tidak stress

Bagaimana kita mahu menetapkan matlamat hidup kita?

Ramai orang menetapkan matlamat yang tinggi dalam hidup. Maka dia bekerja keras untuk mencapainya.

Ok ja. Tapi yang tak ok atau jadi masalah apabila kerja keras itu memberi mudarat pada diri. Dia mula rasa terlalu stress, rasa tak bahagia, abaikan banyak perkara sehingga dia terlepas banyak perkara penting seperti masa bersama keluarga, masa untuk diri berehat dan masa beribadah. 

Apa yang kita mahu ialah matlamat yang beri kita arah, yang boleh tolak kita bekerja keras dan dalam masa yang sama kita masih ada masa untuk keluarga, masa untuk diri sendiri dan paling penting masa untuk beribadah.

Bagaimana nak dapatkan benda ini? Kita perlu jelas dengan matlamat kita. Kita perlu ada 3 matlamat mengikut tingkatan atau tahap. 

Tahap satu, tahap paling rendah atau paling asas sekali. Apakah perkara asas sekali yang kita mesti ada supaya kita masih boleh bergerak maju kehidupan. Contoh tahap satu - mungkin kita masih boleh duduk menyewa di flat, ada sebiji kereta second hand myv, atau kereta baru saga. Makan 2 kali sehari, nasi dengan telur atau ayam goreng. 

Tahap dua, tahap pertengahan. Perkara asas sudah boleh dipenuhi dan kita tambah dengan perkara kehendak. Contoh - kita boleh menyewa di rumah teres atau appartmen. Boleh makan 3 kali sehari, makan diluar, makan sedap apa saja yang kita mahu tanpa perlu fikir sangat duit yang akan tinggal. Ada 2 biji kereta baru. 1 kereta myv, dan 1 lagi kereta mahal sikit seperti Toyota, Honda atau kereta yang berharga 150k ke atas. 

Tahap 3, tahap tinggi yang kita mahu capai. Mungkin kita sudah boleh beli rumah teres 2 tingkat berharga 500k tanpa risau nak bayar bulanan. Ada kereta mewah seperti BMW dan Mercedes. Boleh pergi bercuti luar negara 2 kali setahun dan sebagainya. 

Bila kita sudah ada matlamat yang jelas, kita boleh ukur dan lihat tahap kehidupan kita di mana. Jikalau kita belum sampai tahap pertama, janganlah kita letak matlamat kita terus pada tahap 3. Stress dan sakit kepala kita nanti. 

Kita kejarlah impian kita ikut tahap. Naik perlahan-lahan tanpa melangkau. Itu lebih konsisten dan bagus. 

Sunday, November 15, 2026

Kerja keras perlu ditafsir semula

Hari itu saya terlihat potongan video tik tok ZRA atau Zainal Rashid. Banyak perkara yang saya belajar dari perkongsian tersebut dan ini antaranya:-

*Zra datang dari budaya waktu itu mentaliti bekerja keras, waktu itu Malaysia baru saja pulih dari kemelesatan ekonomi tahun 1997 n 1998, waktu itu ketika 750k orang dibuang kerja, bila dapat kerja orang rasa sangat bersyukur ada kerja. 

Waktu itu orang bekerja untuk majukan diri, tiada istilah healing, work life balance, bos narcisist, mental health dan sebagainya. Ketika bos boleh marah dan baling benda. Ketika itu hanya ada 2 istilah saja iaitu bos garang atau anda yang tak boleh uruskan bos. Ketika itu belum ada istilah work smart. 

Jika jadi manager atau bos, kita sudah ada pelan dan visi untuk staff, dalam masa 3 bulan kita sudah lihat potensi staf nak pergi kemana, itu tugas manager. 

Pada awal2 tahun 2015, ketika itu baru muncul mentaliti follow the flow, healing dan sebagainya. Baru muncul budaya orang pergi bercuti untuk buat posting di media sosial. Baru muncul orang yang sanggup berhutang dengan bank rakyat untuk buat kenduri, untuk bercuti dan sebagainya. 

Ketika itu ZRA rasa budaya sudah berubah, dia sudah tidak releven lagi. 

Apa yang saya belajar dari ZRA, dia tidak menyalahkan orang, tak salahkan persekitaran dan sebagainya. Dia tetap salahkan diri sendiri dengan mengatakan dia sudah tidak releven. Dia tidak ada mentaliti victim mindset. 

Zra membangunkan sesuatu yang bermanfaat. Dia bangunkan TV Alhijrah, dia bangunkan syarikat kecil dalam astro. Dia ada kepakaran dalam bidang dia. 

Dari situ saya terfikir, apa kepakaran aku selama 20 tahun ni? Apa yang aku bangunkan?  

Kalau lah aku kena mula dari kosong apa yang aku buat? Aku kena duduk balik dan fikirkan apa kepakaran aku dan apa yang aku nak bangunkan dalam masa 10 tahun akan datang. 

Zra juga cepat beradaptasi atau menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Dia tidak statik duduk mempertahankan perkara yang tak boleh dipertahankan. Dia tidak mempertahankan  old quo status. 

Contoh - ZRA masih berpegang dengan budaya kerja keras, tapi zaman itu sudah tidak releven bila datangnya Internet yang mana kita memerlukan kerja smart. 

Pada saya prinsip kerja keras itu masih lagi mesti dipegang, cumanya ia perlu ditafsirkan semula. 

Tafsiran lama - kerja keras kita bekerja mengunakan kaki dan tangan. Menggunakan tenaga dan masa kita. Badan kita kena ada ditempat kerja untuk bekerja. Kita tahan panas dan hujan. Kita tahan bekerja lama dengan rehat yang sedikit. 

Tafsiran baru - kita bekerja keras dan juga smart. Kita masih kekalkan sikap rajin bekerja, tidak mudah putus asa, faham kejayaan tidak datang dalam satu malam, kejayaan itu perlukan masa, oleh itu, kita sanggup bersusah-susah dahulu. Tapi dalam masa yang sama kita pilih kerja yang kita mahu bersusah2 itu. Kita tidak buat semua kerja, kita pilih kerja yang beri impak besar pada matlamat kita. Kita pilih kerja yang ada leverage besar pada matlamat kita. Kita tahu halatuju kita nak bawa ke mana, kita ada strategi kita. 

Saturday, November 14, 2026

Prinsip untuk tenang di dunia

Perasaan cukup atau qanaah itu penting supaya kita dapat hidup dengan tenang. 

Perasaan ini bantu kita untuk kawal hati daripada rakus dan tamak dengan dunia. 

Dalam bab dunia kita kena selalu lihat orang di bawah kita. Sekiranya kita hanya ada kereta, kita kena lihat pada orang yang hanya ada motor. 

Orang yang hanya ada motor, kena lihat pada orang yang hanya basikal, dan begitulah seterusnya.

Manakala, dalam bab akhirat, kita kena lihat orang di atas kita. 

Kalau kita sudah solat 5 waktu, kita lihat orang yang sentiasa solat 5 waktu berjemaah di masjid, dan begitulah seterusnya. 


Friday, November 13, 2026

Kenapa dunia itu bahaya?

Dunia ini sifatnya seronok dan lazat.
Kata ulama dunia ini macam ular, ia sangat bahaya. 
Kalau ia masuk dalam hati, ia boleh bawa seseorang itu sampai lupa diri. 
Lupa diri sampai berani ambil yang haram. Abaikan perkara yang wajib

Lupa diri sampai jadi tamak dan sombong. 

Dunia ini sifatnya tidak pernah cukup dan puas. 

Kata ulama, mafhumnya dunia ini, kalau manusia itu sudah ada 2 bukit emas, dia akan mahukan bukit emas yang ketiga. 

Dunia ini juga sifatnya menipu daya.
Ia hanya gurauan, kerana ia tidak kekal. 

Ada orang bertahun kumpul duit beratus ribu, buat rumah besar, kejar pangkat tapi bila mati, dia tinggal semua itu.

Semua benda yang dia kumpul tak ikut masuk dalam kubur. Itu yang kita takut.

Jadi, berhati-hati dengan dunia. Ambil sekadarnya untuk jalani kehidupan. Biarkan ia di tapak tangan jangan dihati. 

Thursday, November 12, 2026

Ingat mati dan tidak buang dunia

Ingat mati bukan bermaksud kita tak mahu dunia, bukan bermaksud buang dunia terus, kita tak mahu kerja dan sebagainya. 

Kita masih mahu dunia, kita tak tinggalkan kerja. Dunia ini kita mesti cari kerana kita sudah duduk di dalam dunia ini.

Malah kita digalakkan cari dunia, kita mesti cari dunia kerana dengan dunia ini kita mahu capai kejayaan diakhirat. 

Kita kena ada duit dan harta untuk bantu orang, beri sedekah, berzakat, bangunkan masjid, sekolah dan sebagainya. 

Ingat mati akan perlahankan kita dengan dunia. Tidak terlalu tamak dan lahap dengan dunia. Kita mampu bersederhana dengan dunia yang bahaya ini. 

Wednesday, November 11, 2026

Ini antara cara hidup tenang dan bahagia

Sebenarnya kita bukanlah nak kaya sangat seperti Bill Gates, Elon Musk, Steve Jobs dan para belionair yang punya harta berbilion dolar tu. 

Tapi kita hanya mahu hidup yang cukup dan bahagia dalam dunia ini. 

Dan antara cara untuk dapatkan itu dengan rendahkan impian anda terhadap dunia ini. 

Bak kata Charlie Mungger - "The first rule of a happy life is low expectations.”

Tapi benda ni susah, sebab sifat kita yang memang nak kan lebih dalam hal dunia. 

Ada tak cara untuk pujuk dan lembutkan hati ni. 

Ya ada. 

Caranya banyakkan ingat mati. 

Ingat mati akan memotong keinginan kita dengan kelazatan dunia. Sebab itu kita kena sentiasa ziarah orang sakit, orang mati dan juga kubur, kerana ia boleh mengingatkan kita tentang mati. 




Tuesday, November 10, 2026

Apa yang anda kejar dalam dunia ini?

Sebagai muslim, keutamaan kita bukan dunia ni, kerana nikmat di dunia ini tidak kekal, ia hanya sebentar jua.

Ada orang simpan duit beratus ribu dalam bank, bila dia mati, dia tinggal duit itu. Duit itu tidak ikut masuk dalam kubur dia. Duit yang dia kumpul itu dibahagikan kepada warisnya.

Ada orang buat rumah besar, setiap hari dia datang lihat masa pembinaan. Tapi bila rumah itu siap, dia baru duduk satu hari, esoknya dia meninggal. Rumah tersebut tidak ikut dia dalam kubur. Rumah tersebut untuk warisnya. 

Begitulah sifat dunia, ianya sangat menarik, berkelirpan, ramai orang tertarik kepadanya, tapi ia mudah tipu kita. 

Jadi salah ke kejar dunia?

Tak salah.
Islam tak suruh buang dunia. 
Islam suruh ambil dunia. 
Tapi biar berpada.
Ambil yang halal dan tinggalkan yang haram. 
Ambil dunia untuk buat ketaatan. 
Tidak terleka dan terlalu bersedap-sedap dengan dunia. 

Kita mahu hidup yang tenang. 
Cukup duit untuk keperluan hidup kita. 
Mampu memberi manfaat kepada orang lain. 

Kita boleh buat kerja yang kita suka. 
Tidak terlalu hustle, sehingga abaikan banyak benda. 

Ada masa untuk bekerja, untuk keluarga, untuk ibadah dan untuk diri sendiri. 

Akhirnya, kita mahu kehidupan bahagia di dunia dan terutamanya di akhirat. 

Monday, November 9, 2026

Bad money dan good money

Kita sudah faham yang money is everywhere. Duit ada di mana-mana.

Selain itu kita juga kena faham dalam dunia ini ada good money dan ada bad money. 

Good money - duit yang kita dapat dengan cara halal. 

Kita dapat dengan cara kita berusaha bersungguh-sunguh tapi tidak lah terlalu "hustle", tidaklah sampai kita tertinggal banyak perkara.

Dalam kita berusaha, kita masih lagi ada masa untuk diri sendiri, ada masa dengan keluarga, ada masa untuk beribadah.

Kita puas hati dengan duit tersebut, kita dapat apa yang kita impikan.

Kita dapatkan gunakan dan salurkan kepada perkara bermanfaat.

Bad money - duit yang dapat itu mungkin cara halal dan mungkin juga cara haram.

Cara haram itu sudah tentu ia ialah bad money. Itu tidak payah diterangkan lagi.

Bad money dengan cara halal, itu pun kita taknak.

Kita berkerja keras siang dan malam, banyak perkara tertingal dan terlepas.

Kita terlepas masa untuk diri sendiri, terlepas masa untuk keluarga dan yang paling teruk kita terlepas masa beribadah.

Kalau terlepas ibadah yang wajib itu sudah haram.

Tapi kalau terlepas ibadah yang sunat itu masih halal dan tetap rugi.

Kita tak mahu macam itu.

Kita mahu ada banyak duit yang halal, duit yang diberkati, kita ada masa dengan keluarga.

Dan akhirnya kita seronok dan puas hati.


Sunday, November 8, 2026

Money is everywhere.

Dalam hidup ini kita kena ada mindset yang money is everywhere. 
Kita boleh dapat duit dimana-mana saja. 

Kita tidak terdesak mahu duit. 
Kita boleh pilih projek yang mana kita suka. 
Kita boleh terokai dan bereksperimen dengan banyak perkara.

Kita ada banyak pilihan. 
Kita tidak terikat dengan satu pilihan.

Kita boleh tolak sebarang tawaran jika kita tidak suka.
Kita tolak bukan sebab kita sombong, tapi kita tolak mungkin sebab tawaran tidak sesuai dengan situasi kita.

Ia mungkin berlawanan dengan cara kita, berlawanan dengan prinsip dan nilai kita.
Maka, kita mampu menolaknya dengan senang hati.

Saturday, November 7, 2026

Nak Berjaya, Kita Kena Jadi Optimis dan Pesimis Sekali Gus.

Bila kita memulakan sesuatu projek baru atau sesuatu yang kita tak pernah buat sebelum ini, seperti mahu bertukar kerja, mahu memulakan bisnes baru dan sebagai - kita kena ada 2 cara berfikir ini -optimis dan pesimis. 

Kita optimis dengan hidup kita, kita percaya kejayaan boleh dicapai dengan usaha yang betul, berdoa dan tawakal. 

Selagi kita hidup, selagi tulang empat kerat berfungsi, selagi otak kita boleh berfikir, akan ada sesuatu perkara yang kita boleh beri manfaat pada orang.

Pada masa yang sama kita kena bersikap pesimis dengan perkara baru yang kita nak buat tu. Kita percaya ia tak mudah, ia ada halangan, ada proses yang panjang, ada risiko. 

Oleh itu, kita perlu ada sikap berhati-hati. Kita tidak percaya dengan jalan pintas. Sebelum mula kita sudah fikirkan risiko dan kelebihannya. Kita tidak harap kejayaan yang cepat kerana kita percaya setiapa. Kejayaan ada prosesnya. Kita sudah fikirkan baik dan buruknya.

Bila kita fikir macam itu, kita akan konsisten berusaha untuk capai matlamat kita, kita tak mudah putus asa dan dalam.masa yang sama kita tidak buat perkara - perkara bodoh yang merugikan kita.

Kesimpulannya, optimis memberi kita keberanian dan bergerak kehadapan. Pesimis membantu kita berwaspada dan berhati-hati. 

Friday, November 6, 2026

The first rule of a happy life is low expectations.” Charlie Munger

Saya suka dengan quote dari Charlie Munger ni.

The first rule of a happy life is low expectations.”

Peraturan pertama untuk hidup bahagia ialah mempunya jangkaan yang rendah.

Kenapa orang rasa tak bahagia? 
Rasa gelisah dan stres dengan hidup dia? 

Antara sebabnya ialah dia tak dapat apa yang dia mahu. 
Itu ja... 

Sekarang ini kita banyak impian dsn matlamat yang kita kejar. 
Kita kerja kuat, kita hustle untuk dapatkan apa yang kita mahu. 

Ini bagus. 

Tapi kalau terlebih dan salah jalan ia boleb menyebabkan kita tak bahagia. 

Kita berlebih-lebih dalam berimpian. Kita letakan impian kita terlalu tinggi. Impian yang tak realistik dengan keadaan kita.

Kita tak ukur baju dibadan sendiri. Akhirnya, kita hustle, kita sanggup buat apa saja untuk capai impian, kita letih dan tak bahagia. 

Sebab itu, penting untuk kita bersederhana dalam berimpian.
Kita ukur kemampuan kita, kita lihat situasi kita.

Kita jelas apa yang kita mahu. 
Kadang benda yang kita impikan itu bukanlah benda yang kita betul-betul mahu.

Jadi bersederhanalah dalam berimpian. 

Thursday, November 5, 2026

Masalah Kita: Terlalu Lama Berfikir, Terlalu Cepat Mahu Berjaya

Berfikir dan bertindak tidak berlawanan antara satu sama lain. 

Malah ia saling lengkap melengkapi. Ia umpama 2 sayap burung yang diperlukan untuk terbang.

Sebab itu, Naval Ravikant cakap :-

"Impatience with actions, patience with results.” - Naval Ravikant

Maksudnya tidak sabar untuk bertindak, tetapi bersabar menunggu hasil. 

Apa maksud sebenar Naval ni? 

Apabila kita ada idea, sudah fikirkan strateginya, sudah ambil kira semua perkara, kita terus saja laksanakan dan ambil tindakan. Jangan berlengah, jangan tunggu sempurna. 

Dan setelah kita ambil tindakan, kita bersabar menunggu hasilnya. Jangan terlalu cepat mahu melihat kejayaan, kerana kejayaan itu memerlukan masa. 

Bersabar menunggu hasil di sini bukan bermaksud kita buat tindakan melulu tanpa berfikir. 

Sudah tentu kita kena jelas apa yang mahu dicapai,tentukan masanya, tentukan ukurannya, kita lihat perkembangannya, kita analisa dan perbaiki. 

Ini semua memerlukan kita berfikir.

Wednesday, November 4, 2026

Ada Rumah, Ada Kereta, Ada Duit. Tetapi Kenapa Masih Tak Bahagia?

Dalam bab dunia kita biasanya nak lebih. Nak lebih duit, nak lebih rumah, nak lebih kereta dan sebagainya. 

Manusia ini - jikalau dia sudah ada dua bukit emas, nescaya dia mahukan yang ke tiga. 

Ini memang sifat manusia, tak pernah cukup. 

Sebab itu kita rasa tak tenang, rasa gelisah, rasa tak seronok, rasa tak bahagia. 

Mungkin ada yang sampai, dia tak rasa pun nikmat tu. 

Sayang sungguh lah....

Rasa tak cukup itu membuatkan orang tak menikmati apa yang dia ada. 

Hidup dia sibuk mencari yang lebih itu. 

Sebab itu, pentingnya rasa cukup. 
Sesiapa yang dikurniakan dengan rasa cukup dia kena banyak bersyukur. 

Rasa cukup akan membuatkan kita tenang dan bahagia dengan dunia yang penuh tipu-tipu ini. 


Tuesday, November 3, 2026

Berfikir Vs Tindakan : Anda pilih mana?

Ada orang kata jangan berfikir sangat terus buat action atau tindakan.

Nanti kalau berfikir sangat, kerja tak jalan.

Kalau berfikir sangat, tunggu setahun pun tak mula buat.

Betul ke? 

Ya betul tu. Memang ada jenis orang yang tak suka bertindak, jenis yang asyik rancang dan mesyuarat saja. 

Jenis orang yang suka cari alasan. Tujuan dia berfikir itu hanya sekadar alasan untuk sedapkan diri sendiri.

Dia kata "aku sedang berfikir untuk cari cara terbaik, aku sedang berfikir untuk buat rancangan terbaik". Akhirnya satu kerja pun tak jalan. 

Kepada golongan macam ini, iya. Kena fokus pada tindakan. 

Di satu sudut pula, ada satu jenis golongan yang jenis bertindak membuta tuli. 

Buat saja tanpa berfikir, tanpa merancang dan strategi. 

Dia langgar dinding berkali-kali sampai berdarah teruk. Dia rugi berkali-kali sampai tak boleh bangun. 

Buat kesalahan bodoh berkali-kali,tanpa belajar dari kesilapan lepas. 

Dia rajin dan berkerja keras setiap hari. Dia sentiasa sibuk tapi tak da hasil. 

Kita pun tidak mahu jadi macam golongan ni juga. 

Jadi apa solusi? 

Kita kena duduk di tengah-tengah. 

Kita kena adil - menggunakan sesuatu pada tempatnya. 

Semula mula, kita duduk berfikir dengan mendalama. Apa pelan tindakannya, apa strateginya, apa peluangnya, apa risikonya, apa matlamatnya dan sebagainya.

Kemudian, terus laksanakan tindakan. Buat sikit-sikit tanpa tunggu masa terbaik, tanpa tunggu cara terbaik, kerana kita faham tiada masa dan cara terbaik. 

Bila dah buat, kita rekodkan hasilnya, kita analisa datanya, kita perbaiki dan perbetulkan sehingga kita capai matlamat yang kita mahu. 

Berfikir dan bertindak ia tidak berlawanan. Ia saling lengkap melengkapi. Ia mesti jalan seiring. Ia umpama 2 sayap burung yang kena berfungsi. 

Monday, November 2, 2026

Akibat tinggalkan kerja berfikir.

Setiap hari kita melakukan kerja secara rutin.
Kita buat kerja harian tanpa perlu berfikir mendalam. 

Bangun pagi, mandi, solat, pergi kerja sehingga lah pulang ke rumah.

Ini memang cara badan dan otak kita bekerja. Ia penting supaya dapat mengurangkan tenaga dari otak. 

Namun, bila dah biasa dengan kehidupan secara auto, semua perkara kita nak buat secara auto juga. 

Terutamanya, dalam perkara besar yang melibatkan kehidupan. Kita ikut-ikut orang, kita ikut tren semasa yang viral.

Kita buat pilihan tanpa fikir mendalam. Kita nak cepat dan mudah. 

Kita buat kerja yang tak penting.
Kita rasa kerja tersebut kerja yang betul. 

Kita rasa kerja tersebut memberi impak besar pada matlamat kita. 
Kita rasa sibuk, tapi hasilnya takda. 

Kenapa jadi macam ini? 

Sebab kita tak berfikir. 

Sunday, November 1, 2026

Orang yang tak kejar duit, biasanya dia akan buat duit paling banyak.

Orang yang tak kejar duit, biasanya dia akan buat duit paling banyak.

Kenapa? 

Sebab dia fokus pada nilai yang dia beri. 

Bila kita beri cukup nilai , orang akan percaya (trust). 

Bila orang percaya, orang akan minta kita buat sesuatu untuk mereka (ada permintaan). 

Dan permintaan = duit.

Tapi itu lah, benda ini senang ditulis dan diucapkan, tapi nak diamalkan susah.

Nak buat benda ini perlukan kesabaran.

Sebab nak buat benda ini perlukan masa yang panjang.

Perlu tahan dengan cakap-cakap orang.


Tidak FOMO


Tidak pentingkan diri.

Semua benda-benda ini susah, tapi ia boleh dibuat dan berbaloi untuk diamalkan.

Ia adalah skill.
Bila kata skill, maksudnya ia boleh dilatih.

Tapi again, ia perlukan kesabaran.


Naik sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

Naik sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ini hukum alam. Banyak perkara-perkara yang hebat dan bernilai dalam alam ini mengambil masa yang la...