Ada banyak halangan atau cabaran untuk kekal konsisten menulis setiap hari.
Antara yang utama ialah konsisten untuk menulis.
Antara yang utama ialah konsisten untuk menulis.
Konsisten ini topik besar yang boleh kita kupas panjang sebenarnya.
Antara punca ramai orang tak boleh capai impian atau dapat apa yang dia mahu dalam hidup kerana mereka susah mahu konsisten.
Jadi bagaimana mahu konsisten menulis setiap hari?
1.Bina sistem
Sistem bukan bermaksud software atau applikasi IT yang macam dalam handphone kita tu.
Ia adalah proses kerja atau susunan kerja.
Ia adalah alat untuk bantu kita seperti checklist atau jadual.
Kita tidak boleh bergantung pada motivasi atau perasaan, kerana perasaan ini tak menentu.
Hari ini kita bersemangat, esok kita lemau.
Jadi kita kena bergantung pada sistem jadual.
Saya telah masukan siap-siap masa setengah jam dalam jadual hidup saya.
Setiap hari, pada jam 5.30 pagi hingga 6.00 pagi adalah jadual saya menulis.
Saya telah tetapkan siap-siap.
Jadi saya tak bergantung pada motivasi, masuk ja waktu jam 5.30 pagi saya secara automatik akan duduk di hadapan laptop dan terus menulis.
2.Tulis ja
Bila sudah duduk di hadapan laptop, biasanya kita akan ada satu halangan lagi iaitu nak tulis apa?
Kita akan rasa macam tak da idea nak menulis.
Sebenarnya, otak sedang tipu kita.
Pada saya kalau kita boleh bercakap, sebenarnya kita boleh ja menulis.
Kita ada je idea untuk menulis, tapi bila waktu menulis, saja otak tu mainkan kita.
Jadi solusinya, ialah tulis saja.
Tulis saja apa yang anda nak tulis.
Tulis saja apa yang sedang anda fikirkan.
Jangan cuba edit atau betulkan ketika menulis.
Jangan kisah orang kata apa.
Jangan fikir orang suka atau tidak.
Jangan fikir bermanfaat pada orang atau tidak.
Jangan perasan orang tengok kita atau tidak.
Jangan overthinking.
Buat saja.
Tulis saja sampai siap.
3.Tetap masa.
Macam saya, saya suka tetapkan masa ketika menulis.
Saya tetapkan masa menulis selama setengah jam - dari jam 5.30 pagi sampai jam 6.00 pagi.
Alarm akan berbunyi bila habis setengah jam.
Jadi saya akan fokus menulis sehingga alarm berbunyi.
Tak da nak fikir bukan atau overthinking.
Ini kerana objektif kita ialah menulis, bukannya nak orang lain baca.
Bukannya nak orang lain dapat manfaat atau suka.
Hmmm... bukan anda akan bertanya, eh bukan ke menulis ini nak beri manfaat pada orang.
Iya betul, kita menulis ni memang nak beri manfaat pada orang.
Tapi kita kena faham konteks sekarang.
Sekarang ini, konteks kita ialah mahu kekal menulis setiap hari.
Objektif kita mahu menulis setiap hari.
Jadi tulis jelah, yang penting menulis.
Tak faham?
Tak pa, nanti kita sambung lagi.
No comments:
Post a Comment