Saturday, September 26, 2026

AI akan menggantikan banyak kerja?

Ramai orang risau sekarang ini yang AI akan menggantikan banyak kerja manusia. 

Ini akan menyebabkan ramai orang akan hilang pekerjaan. 

Dan ya, memang perkara ini sudah dan sedang terjadi, memang banyak kerja yang sudah diganti dengan AI. 

Contohnya, kerja-kerja mendesign poster, menyunting video, menulis iklan, membuat laporan, menganalisa data, membuat website dan sebagainya.

Ai boleh melakukan tugas-tugas admin, membuat pengiraan dan membuat tugas-tugas yang berulang.

Sekarang ini, dengan adanya ejen AI (AI agent), ia boleh melakukan kerja-kerja manusia yang lagi kompleks malah lebih baik dari manusia. 

Ejen Ai ini umpama staff kita. 

Contoh - katakanlah kita mahu hasilkan satu report. KIta boleh arahkan Ai dengan satu prompt, kemudian Ai akan masuk ke dalam komputer atau laptop kita, masuk ke dalam folder cari maklumat yang diperlukan dan hasilkan report. 

Saya pernah lihat ada orang boleh hasilkan ejen Ai untuk bantu dia dalam urusan admin, marketing dan accounting. Ejen Ai ini boleh buat kerja-kerja yang dilakukan oleh 3 bahagian ini sama seperti manusia melakukannya. Kita hanya pantau sedikit saja. 

Ketika saya menulis sekarang ini, masih ramai yang belum sedar perkara ini, saya anggar dalam masa beberapa tahun lagi ia mungkin menjadi tren. 

Kenapa? Kerana saya lihat ramai orang sedang mengajar perkara ni. 

Seperti kita tahu Ai ini akan sentiasa belajar untuk menjadi lebih baik. 
Dan ya, tren ini akan mengurangkan peluang kerja dimasa akan datang. 

No comments:

Post a Comment

Bagaimana nak bina bisnes ketika kita tiada apa-apa?

Kita tiada modal, tiada kenalan, tiada pengalaman, tiada idea nak jual apa. Kita betul-betul kosong. Apa nak buat? Di mana nak mula? Mula de...