Friday, September 18, 2026

Cara nak kurangkan stres dan tekanan dalam hidup.

Antara sebab atau penyumbang kepada stres dan tekanan dalam hidup kita ni ialah apabila kita tidak dapat apa yang kita mahu atau kejar dalam hidup

Contoh - anda mahu gaji yang besar, rumah yang mewah, kereta yang hebat dan sebagainya.

Jadi, anda berusaha dan bekerja kuat untuk dapatkannya.
Anda kerja keras siang dan malam.

Tapi tak dapat-dapat juga. Akhirnya, anda stres dan tertekan.

Jadi apa solusinya? 

Mudahnya, kalau tak mahu stres dan tertekan kurang kan atau rendahkan kejar kemahuan kita tersebut.

Gaji tak mesti besar, cukuplah sekadar dapat tampung perbelanjaan dan ada lebihan sedikit, ok dah.

Rumah tak mesti besar macam banglo, cukup sekadar tempat berteduh dan ia selesa untuk keluarga.

Kereta tak mesti hebat mahu BMW, cukup sekadar boleh menyampai kita dari titik A ke titik B dan kita selesa.

Bersederhana saja.

Salah ke nak kejar impian besar tu? Tak salah... 

Kalau tahan dengan tekanan dan stress , teruskan je la kejar, tak siapa larang pun.


No comments:

Post a Comment

Bagaimana nak bina bisnes ketika kita tiada apa-apa?

Kita tiada modal, tiada kenalan, tiada pengalaman, tiada idea nak jual apa. Kita betul-betul kosong. Apa nak buat? Di mana nak mula? Mula de...