Saturday, September 19, 2026

Salah ke kejar impian?

Mungkin ada orang tanya, salah ke kejar impian? 
Kejar matlamat yang kita mahu dalam hidup ini?

Jawabnya tak salah. 
Tiada siapa pun kata salah untuk kita kejar dan berusaha capai impian kita.

Malah, kita digalakan untuk berusaha dan bekerja untuk capai impian dan matlamat yang kita mahu.
Setiap orang secara semulajadi ada perasaan ini.
Perasaan mahu capai impian dan kehendak kita dalam hidup.

Kita mahu hidup yang selesa dan lebih baik daripada apa yang kita ada. Itu normal.

Apa yang tidak boleh ialah kita berlebih-lebih dalam mengejar impian dan matlamat sehingga tidak mengira halal dan haram.

Semua kita langgar, kita tidak kisah cara halal atau haram, itu yang tidak boleh.

Apa yang tak boleh ialah kita kejar impian dan matlamat hingga mengabaikan perkara yang penting juga.

Abaikan diri sendiri, anak dan isteri, tidak kisah pasal keluarga, memperdayakan orang, menganiaya orang, menipu dan sebagainya.

Sanggup buat apa saja untuk mencapai impian dan matlamat.

Apa yang tak boleh ialah mengejar impian dengan tamak dan haloba,

Tidak bersyukur dengan apa yang ada.

Itu lah yang menyebabkan kita akan stress dan tertekan.

Kesimpulannya, nak kejar dan berusaha mencapai matlamat itu boleh, tapi adalah batas-batasnya.

Dan janganlah berlebih-lebih melangkaui batas.

No comments:

Post a Comment

Bagaimana nak bina bisnes ketika kita tiada apa-apa?

Kita tiada modal, tiada kenalan, tiada pengalaman, tiada idea nak jual apa. Kita betul-betul kosong. Apa nak buat? Di mana nak mula? Mula de...