Tak perlu diperkenalkan lagi Charlie Munger ada seorang pelabur billionair. Macam yang kita tahu dia ini kawan baik dengan Warren Buffet yang juga seorang pelabur bilionair & terkenal sekarang ini.
Prinsip yang mereka berdua guna dalam pelaburan & kehidupan kita boleh belajar dan ambil contoh dalam kehidupan juga.
1. Munger suka perkara yang mudah (simple)
Antara prinsip Munger dalam pelaburan dan dalam kehidupan dia ialah dia suka perkara yang mudah atau simple. Munger tak suka perkara yang susah atau komplikated.
Mudah di sini dengan maksud kita mudah faham prinsip tersebut. Dia bukan perkara yang teknikal yang hanya sesetengah orang saja faham.
Prinsip atau idea yang digunakan mudah difahami oleh orang awam. Tak kira yang belajar tinggi atau rendah semua boleh faham
Mudah atau simple di sini juga bermaksud kita tak masukan perkara yang tak berkaitan dalam membuat keputusan (unnecessary complexity)
Contoh atau cerita yang popular. Apabila "ball pen" tidak boleh digunakan di angkasa lepas, pihak NASA berbelanja banyak untuk menghasilkan pen yang boleh digunakan di angkasa lepas.
Walhal, solusinya amat mudah dan simple saja, Pihak Rusia hanya guna pensel di angkasa lepas.
Tak perlu berbelanja besar untuk hasilkan pen yang boleh digunakan angkasa lepas. Ia perkara yang tak releven.
2. Be a learning machine & tidak buat perkara yang luar dari pengetahuannya.
Antara cara untuk berjaya sekarang ini ialah dengan cepat belajar. Be a learning machine.
Kita boleh buat apa saja jika kita ada skil belajar dan minat untuk belajar.
Munger dan Warren belajar setiap hari. Mereka berdua banyak menghabis masa dengan membaca dan berfikir.
Mungger kata dia tak pernah lagi jumpa jutawan yang tidak membaca.
Selain itu, antara prinsip Munger dalam pelaburan ialah dia tidak akan melabur jika dia tidak faham keadaan sesuatu syarikat itu.
Apabila ditanya kenapa Mungger & Warren tak melabur dalam syarikat teknologi sedangkan banyak orang lain yang melabur dalam syarikat teknologi.
Jawapan mereka berdua mudah dan simple. Mereka tak faham tentang teknologi. Technology is out from their circle of competence. Jadi mereka elak dari melabur ke syarikat yang mereka tak ilmu tentangnya.
3. Prinsip inversion dalam menyelesaikan masalah
Selain itu, Mungger suka guna prinsip inversion dalam menyelesaikan masalah.
Mungger kata, Konsisten untuk tidak jadi bodoh lagi mudah dari kita cuba nak jadi pandai.
Konsisten untuk tidak rugi lagi mudah dari kita konsisten untuk cari untung lebih.
Dalam bisnes, ramai peniaga cuba cari apa yang pelanggan mahu, cuba terbalikan, cari apa yang pelanggan tidak mahu dan hindari.
Kita mungkin akan dapat idea baru dan cara baru dalam menyelesaikan mas