Tuesday, November 26, 2024

3 fasa perjalanan bisnes

Setiap perkara ada fasa atau tahapnya. Macam manusialah, ada tahap atau fasa perkembangannya.

Begitu juga bisnes, ada fasa atau tahap perkembangannya.
Setiap fasa ada matlamat tertentu yang kita nak capai. Ada kerja-kerja tertentu yang kita perlu buat.

Kita akan lebih fokus untuk buat kerja jika kita ikut 3 fasa ini tanpa skip. Ini 3 fasa tersebut.
.

1. Fasa permulaan (start)

Fasa ini kita masih tidak ada apa-apa lagi. Kita bermula dari kosong.

Matlamat pada fasa ini ialah untuk validate the market. Kita nak sahkan idea bisnes kita.

Kita nak tahu siapakah target market kita. Ada tak orang beli produk atau mahukan servis kita.

Kerja kita di sini ialah untuk buat jualan. Jual dari 1 orang pelanggan, ke 2 orang pelanggan, ke 4 orang, ke 10 orang dan digandakan seterusnya.
.

2. Fasa menyusun sistem (systemize)

Pada fasa ini kita dah jualan yang konsisten setiap bulan jadi kita nak tambah baik proses jualan tersebut.

Matlamat pada fasa ini ialah kita nak susun proses jualan supaya dapat jual dengan mudah dan berganda.

Buat jualan pada 10 orang pelanggan sama mudahnya macam buat jualan pada 1 orang.

Apa kerja yang perlu dibuat pada fasa ini?

Bina aturan kerja (SOP) dan bina ahli pasukan yang akan menjalankan aturan kerja tersebut.
.

3. Fasa mengembangkan (scale)

Kita dah ada system yang tersusun, kita dah ada ahli pasukan yang boleh menjalankan sistem dengan baik.

Sekarang, tiba masanya untuk kembangkan bisnes.

Kita curah lagi minyak pada bisnes. Kita tekan lagi bajet marketing untuk gandakan pelanggan.

3 fasa ini hanyalah panduan dalam perjalanan mengembangkan bisnes.

Secara realitinya ia tak lah tersusun macam tu. Biasanya tungang terbalik, terkeluar juga dari landasan, Tapi dengan ada panduan ini kita boleh cepat-cepat patah balik masuk pada landasan.

Monday, November 25, 2024

3 tugas pemimpin bisnes.

1. Bina strategi bisnes

Tentukan halatuju syarikat.
Kemana syarikat nak pergi dalam jangka masa 1 tahun, 5 tahun & 10 tahun akan datang.

Apa visi syarikat, apa misi syarikat. Dari situ kita bina peta perjalanan bisnes.

Kita tentukan kerja-kerja yang perlu dibuat untuk capai visi dan misi syarikat.

Bagaimana nak bina strategi bisnes?

Mulakan dengan who is for. Siapa pelanggan yang kita nak serve.
Apa masalah yang mereka hadapi.

Kemudian jawab soalan , What is for. Apa solusi yang kita boleh tawarkan. Apa perubahan yang kita nak bawa dan berikan pada pelanggan.

2. Bina ahli pasukan bisnes dan SOP.

"The team you build is the company you build." - Naval Ravikant, Investor.

"Hire the right people to the right job" - Jim Collin, writer.

"Hire the smartest people than you to develop your business" - Balaji, investor

Ramai bijak pandai bagi nasihat tentang kepentingan bina team untuk membangunkan bisnes.

Ia bukan kerja yang mudah, tapi takpa kita akan terus explore.

Ahli pasukan yang kita bina itu akan menjalankan operasi bisnes yang kita rancang.

Dan supaya operasi bisnes atau proses yang dijalankan itu mudah dipantau, diukur dan dikembangkan, kita bina SOP pada setiap proses kerja.

3. Pastikan sumber mencukupi.

Kita berikan sokongan cukup kepada pasukan bisnes supaya mereka boleh buat kerja dengan berkesan.

Ini termasuklah - duit, ruang kerja, alatan kerja, latihan, bimbingan dan sebagainya.

Kita bina environment atau infrastruktur yang menggalakan mereka berkembang.

Kerja pemimpin bisnes bukan buat kerja-kerja di dalam bisnes.
Kerja pemimpin bisnes ialah membina organisasi bisnes.

Organisasi itu yang buat kerja-kerja dalam bisnes

Kesan "compound" , kesan yang berganda.

Setiap tindakan dan usaha yang kita buat ada kesannya pada diri kita. Cuma ia terlalu kecil dan halus untuk kita lihat dan rasai pada awal permulaannya.

Ramai orang putus asa dan rasa membazir apabila dia tak dapat hasil dari usaha atau tindakan yang dia buat. Lepas tu dia terus berhenti.

Kita kena faham faktor masa sangat penting dalam konsep compound.

Kesan yang kecil tadi, jika ia dibuat setiap hari secara konsisten, ia akan terkumpul dan menjadi besar sehingga mampu memberi kesan yang kita boleh lihat dan rasai apabila sampai masanya.

Kesan compound ni memberi kesan gandaan kepada tindakan kecil yang diulang setiap hari.

Setiap kesan atau hasil baru akan menambah nilai kepada asas sebelumnya, yang kemudiannya menghasilkan hasil yang lebih besar lagi pada pusingan seterusnya.

Ia seperti membina bangunan, setiap tingkat adalah asas kepada tingkat seterusnya.

Contoh - kita nak belajar menulis

Kita menulis setiap hari selama setengah jam. Hari pertama kita menulis itu ada kesannya cuma ia terlalu kecil untuk dilihat.

Hari kedua kita menulis, kesan hari pertama itu akan tambah nilai pada kesan hari kedua.

Hari ketiga kita menulis, kesan hari pertama dan hari kedua akan menambah nilai pada kesan hari ketiga dan begitulah seterusnya berlaku sehingga kesan itu mula berkumpul menjadi kemahiran, pengetahuan, atau hasil yang lebih besar.

Kesan berganda menunjukkan bahawa hasil bukan hanya datang daripada usaha asal tetapi daripada kesan usaha sebelumnya.

Kesimpulannya, kita jangan pandang kecil terhadap usaha kecil yang kita buat.

Setiap usaha dan tindakan yang kita buat tu tak sia-sia. Ia ada kesannya.

Kita hanya perlu bersabar dan memberi masa untuk hasilnya berkembang.

Friday, November 22, 2024

Sikit-sikit lama-lama jadi bukit, the power of compounding effect.

Jika diberikan pilihan seperti di bawah, anda pilih yang mana?
Pilihan A :- Anda diberikan duit RM1 juta hari ini.
Pilihan B :- Anda diberikan duit 1 sen hari ini, tapi nilainya akan berganda setiap hari selama 31 hari.
Anda pilih A atau pilih B?
Kalau anda fikir short term anda mungkin akan pilih A, tapi, jikalau anda fikir long term anda akan pilih B.
Kenapa? Jom kita lihat dengan lebih dekat.
Katakanlah anda memilih A dan kawan anda iaitu Ali telah memilih B.
Anda sudah menerima duit RM1 juta hari ini. Manakala, Ali yang memilih B, baru menerima 16 sen pada hari ke 5.
Pada hari ke 10, Ali baru menerima RM5.12 berbanding anda yang sudah menerima RM1 juta.
Pada hari ke 20, Ali baru menerima RM5,243.
Bayangkan perasaan Ali ketika itu?
Dia baru ada RM5 ribu lebih, berbanding anda yang sudah ada RM1 juta.
" 1 sen, 2 sen, 4 sen, 8 sen, 16 sen, 32 sen, 64 sen, RM1.28, RM2.56, RM5.12, RM10.24, RM20.48, RM40.96, RM81.92, RM163.84, RM327.68 (kira secara berganda sehingga hari ke 31) "
Ali terpaksa bersabar dan menunggu, manakala anda dah boleh buat macam-macam dengan duit tersebut.
Pada hari keseterusnya, keajaiban sudah boleh dilihat sedikit demi sedikit, kesan "compounding effect" sudah boleh dilihat.
Pada hari ke 31, Ali menerima RM10,737,418.24 . Ia lebih banyak dari anda yang menerima RM1 juta pada hari pertama.
Itu lah konsep compounding effect yang sentiasa mempengaruhi kehidupan kita.
Apakah dia " compounding effect"?
Compound effect ialah prinsip di mana kita menuai hasil yang besar dari tindakan kecil dan betul yang kita buat secara konsisten.
Berikan masa yang cukup, anda akan capai kejayaan yang anda mahukan.
Apa yang kita boleh belajar dari konsep compounding effect ni?

1. Play long term game.
Biasanya kita hanya akan dapat melihat hasil yang besar dalam jangka masa yang panjang. Ini adalah lumrah dunia.
Kalau kita baca buku hari ini, hasilnya kita akan nampak selepas 5 tahun atau 10 tahun akan datang.
Kita bersenam 30 minit setiap hari, hasilnya kita akan lihat selepas 1 tahun akan datang.
Kita menulis setiap selama 30 minit setiap hari, hasilnya kita akan lihat selepas 3 tahun akan datang.
Sesuatu kejayaan atau hasil yang besar biasanya tidak akan datang dalam jangkamasa satu malam.
Oleh itu, kita perlu ada mind set play a long term game untuk berjaya.
Kebolehan kita untuk bersabar adalah satu unfair advantage kerana kita ini sedang duduk di zaman orang yang mahu hasil yang instant.

2. The power of consistency.
Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Itu lah kepentingan konsisten.
Supaya kita dapat mendapat hasil yang berlipat ganda, kita perlu lah melakukan perkara tersebut secara konsisten.
Biar sikit, tapi berterusan.
Lebih baik kita bersenam selama 20 minit, 3 kali seminggu, daripada kita bersenam selama 2 jam lepas tu tak bersenam dah.
Lebih baik kita baca buku sebanyak 5 muka surat setiap hari, daripada kita baca 30 muka surat, bulan depan baru baca balik.
Lebih baik kita menyimpan RM50 setiap bulan selama 5 tahun, daripada menyimpan RM200 sebulan, lepas tu tahun depan baru nak simpan balik.
Secara asasnya, aktiviti yang kita lakukan secara berterusan walaupun kecil akan menghasilkan momentum atau hasil yang besar apabila sampai waktunya.
Inilah yang dinamakan sebagai bola salji atau snowball effect.
Kesimpulannya, orang yang memahami konsep compounding effect ni tidak akan mudah terpengaruh atau tertipu dengan perkara-perkara yang seakan gempak atau "shinny object sindrom".
Kita juga akan lebih fokus dan tenang dalam mengejar kejayaan dan impian yang kita mahu.
Orang yang tenang akan menang.

Thursday, November 21, 2024

Strategi berkesan memperbaiki diri.

Proses memperbaiki diri adalah proses yang berterusan.

Ia adalah perubahan kecil dan pembaikan yang kita kena pastikan untuk buat setiap hari.

Kita harap perubahan atau tindakan kecil yang kita buat setiap hari itu akan memberi kesan yang ketara pada matlamat kita suatu hari nanti

Ramai orang apabila mahu berubah untuk memperbaiki diri, mereka lebih suka menetapkan matlamat yang besar, mereka suka membuat perubahan yang drastik demi untuk mencapai matlamat mereka dalam masa yang singkat.

Kita selalu fikir yang sebarang perubahan yang kita hendak buat mestilah ia perubahan yang besar dan dapat dilihat kesan perubahan serta merta.

Sama ada dalam situasi mahu turunkan berat, membangunkan bisnes, mendapat kenaikan pangkat atau apa sahaja matlamat.

Kita selalu beri tekanan pada diri untuk membuat perubahan yang drastik yang boleh dilihat oleh semua orang.

Contoh:

* Kalau boleh dari berat 80kg, minggu depan terus turun 60kg atau dah boleh pakai baju saiz M.

* Kalau buat bisnes hari ini, bulan depan dah untung ribu-ribu.

*Sebelum ini kita tak pernah bersenam. Kita nak berubah kearah hidup yang lebih sihat dengan mahu bersenam setiap hari. Terus esok pagi kita lari jogging 10 km.

*Sebelum ini kita tak kisah tentang pemakanan sihat, sebelum ini, kita makan apa saja makanan yang bergula tinggi. Kita nak berubah menjaga kesihatan dengan makan makanan yang sihat. Esoknya kita terus tak makan langsung makanan yang berkarbo dan bergula. Terus nak makan sayur-sayuran saja.

*Dan banyak lagi contoh ekstrem yang biasa dilakukan oleh seseorang apabila mahu berubah.

Bagi sesetengah orang mungkin cara ini berkesan pada mereka, tapi biasanya cara ini akan menyebabkan kita penat dan tak tahan lama atau konsisten.

Kita semua faham yang kejayaan itu tak datang dalam satu malam. Ia memerlukan masa.

Jadi, sepatutnya kita fokus pada pembaikan yang berterusan. Kita buat tindakan-tindakan kecil setiap hari, Sedikit demi sedikit kita tambah baik diri kita setiap hari.

Contoh.

*Kita nak mula bersenam, jangan la pergi lari terus 5 km. Kita berjalanlah kaki satu pusingan taman setiap hari. Kalau tak mampu setiap hari, dapat buat 3 kali seminggu pun ok dah. Tapi pastikan setiap minggu.

*Kita nak mula makan makanan yang sihat, kurang gula, kurang karbo. Janganlah terus tak makan langsung, terus makan sayur saja. Buat lah jadual, isnin, selasa, rabu tak yah makan. Hari seterusnya makan lah sikit. Kemudian ulang jadual seterusnya.

*Kita nak mula berbisnes, janganlah terus pergi sewa kedai ribu-ribu, borong produk banyak-banyak. Cuba jual sikit-sikit dulu.

Sebenarnya, tindakan kecil atau perubahan kecil yang kita buat secara konsisten itu sangat bermakna dan memberi kesan terutamanya dalam jangka masa panjang.

Kita selalu terlepas pandang kelebihan membuat tindakan kecil yang betul setiap hari.

Memang pada permulaan, kita tak nampak sangat kesan tindakan kecil tu, tak nampak kesan yang ketara pada kita.

Tapi kita harus ingat yang masa berjalan dengan cepat, tindakan kecil yang kita buat setiap hari tu akan terkumpul dan sampai masa ia akan beri kesan pada si pelakunya. Itu lah kesan "compounding"

Ini perkara asas kalau nak berubah. Ia benda yang boring dan tak seksi. Sebab itu kita tak endah sangat.

Tapi sebenarnya, perkara-perkara yang kita terlepas pandang, yang boring dan tak seksi inilah yang akan beri impak besar pada hidup kita satu hari nanti.

Wednesday, November 20, 2024

Apa itu sindrom "shinny object"?

Manusia secara semulajadinya cenderung atau mudah tertarik pada benda-benda yang berkilau, pada benda yang menonjol, pada benda yang cantik, yang menarik, yang terbaru , yang nampak hebat, yang trending dan sebagainya.

Normal la ada sifat ni, cuma sebagai owner bisnes, yang setiap hari membuat keputusan dalam bisnes, kena berhati-hati dengan sindrom shinny object ni.

Ia akan jadi masalah jika sindrom ini mempengaruhi kita dalam membuat keputusan. Terutamanya dalam keputusan-keputusan yang besar.

Contoh dalam konteks bisnes.

Kita mudah tertarik kepada peluang-peluang yang kata mudahnya berniaga, yang kata dalam masa 7 hari boleh buat duit 5 angka, yang kata tak perlu susah-susah cari pelanggan, yang nampak trending dan sebagainya.

Kemudian mereka tunjukan simbol-simbol kekayaan seperti kereta mahal, rumah besar dan cara hidup mewah dengan hasil perniagaan tadi.

Mereka tunjuk ramainya pelanggan beratur membeli, tunjuk parcel bertimbun-timbun untuk dihantar.

Bahaya "shinny object" ni, kita mudah tertarik untuk mencuba tanpa buat kajian mendalam.


Tanpa lihat keadaan dan keupayaan kita sekarang, tanpa menimbang baik dan buruknya dimasa akan datang.

Kita takut jika kita buat perkara tu sekadar ikut-ikut. Tanpa buat pelan dan strategi yang betul.

Sudahnya kita tinggal projek yang kita usahakan sekarang, buat benda baru, mula balik dari kosong. Kan bazir masa tu

Tuesday, November 19, 2024

Kelebihan berkata TIDAK.

Pada tahap permulaan bisnes, kita perlu berkata tidak pada perkara yang tidak menyumbang pada matlamat bisnes. Sebab, dua sumber penting ketika itu iaitu duit dan masa adalah terhad.

Kita tak punya banyak duit dan kita tak boleh berada pada dua tempat pada satu masa.

Bila kita pilih untuk buat banyak benda, fokus mudah terganggu. Nak buat yang itu, nak buat yang ini, akhirnya semua tak buat.

Dan kalau buat pun hasilnya biasa-biasa saja (mediocre). Hasil yang biasa-biasa tak boleh nak pergi jauh.

Biasanya pada tahap bisnes belum buat duit, orang mudah tergoda dengan peluang-peluang yang ada disekeliling mereka.

Peluang-peluang yang nampak senang, nampak mudah untuk buat untung, yang trending, yang bersifat jangka pendek ni mudah menggoda dan mempersonakan kita.

Kita kena hati-hati dengan sindrom "shinny object" ni. Takut-takut apa yang dikejar tak dapat, yang dikendong berciciran.

Selain itu, pada tahap permulaan ni, kita masih lagi tak pandai, kita masih lagi belajar. Bila semua benda nak buat, takut tak cukup masa.

Nak belajar sesuatu benda, ia perlukan masa dan komitmen. Kita bukan belajar sekadar baca dan serap ilmu.

Kita belajar dengan cara baca dan praktik ilmu. Dari situ kita akan dapat insight dan pengalaman baru. Kita perbaiki dari situ.

Setiap perkara ada tempoh matang dia. Kejayaan perlukan masa. Itu hukum alam.

Kita kena masukan faktor masa dalam setiap pelan dan strategi kita. Katakan TIDAK pada perkara yang bukan dalam pelan dan strategi.

Pilih kerja yang nak dibuat, pilih permainan yang kita nak main, pilih padang yang kita nak masuk. Itu kunci dia.

Monday, November 18, 2024

Fikirkan "opportunity cost" dalam membuat keputusan.

Nak mudah faham opportunity cost ni ialah apabila kita buat yang ini, kita dah tak boleh nak buat yang itu.

Contoh.

Kita dah guna RM10 dalam poket seluar ni untuk beli makanan, jadi kita dah tak boleh nak guna untuk isi minyak kereta dah.

Kita dah guna satu jam masa kita layan netflx, jadi kita dah tak boleh nak guna untuk baca buku.

Ketika membuat keputusan atau pilihan, kita kena fikirkan tentang opportunity cost ni. Tambahan lagi kita tak mempunyai banyak sumber. Sumber yang kita ada terhad.

2 sumber yan penting dan terhad sekarang ini ialah duit dan masa. Kita tak punya banyak duit dan masa.

Oleh itu kita perlu gunakan 2 sumber ini sebaiknya.

Di mana kita nak laburkan duit kita supaya kita dapat pulangan yang berganda.

Di mana kita nak luangkan masa kita supaya kita dapat capai apa yang kita mahu.

Sebab, bila kita dah laburkan duit tu, bila kita dah gunakan masa tu, kita tak boleh gunakannya pada tempat lain.

Jadi hati2 dalam memilih, buatlah pilihan yang terbaik untuk masa depan kita. Terutamanya dalam membuat keputusan yang besar.

Saturday, November 16, 2024

Kenapa perlu ambil masa duduk bertenang setiap hari?

Sebagai pemimpin bisnes ada banyak perkara yang kita fikirkan dalam kepala ni. Nak fikir tentang jualan, fikir tentang masalah bisnes yang datang, fikir tentang pelan dan strategi, fikir tentang pelanggan, fikir tentang pekerja dan sebagainya.

Keserabutan dalam memikirkan perkara ini akan menyebabkan kita hilang fokus, rasa tak best, kadang rasa down, dan kadang akan menyebabkan kita terkeluar dari landasan. Bila hilang fokus dan terkeluar dari landasan ni bahaya. Ntah apa-apa dibuat nanti.

Jadi antara cara untuk kurangkan masalah ini ialah dengan kita ambil masa duduk dan bertenang setiap hari sebelum mula kerja.

Kita duduk sorang-sorang, fikir dan tulis apa perkara yang menyebabkan kita serabut, tulis setiap perkara yang kita fikirkan, tulis semua perkara yang terlintas dalam kepala. Luahkan semua di atas kertas.

Apabila kita buat macam itu, ia akan clearkan kepala otak kita, ia akan mengurangkan keserabutan yang ada.

Bila kita baca balik senarai yang ditulis, selalunya tak da lah teruk sangat pun masalah yang ada. Kadang-kadang, kita akan dapat idea-idea baru dan solusi untuk selesaikan masalah tu.

Tak perlu lama, ambil 15 minit ke 20 minit pun ok. Ikut pada situasi diri sendiri, yang penting buat setiap hari. Jadikan ia rutin harian. Tindakan kecil dan mudah macam ni kalau dibuat secara konsisten setiap hari akan beri impak besar pada diri.

Friday, November 15, 2024

Bagaimana nak tahu bila kita perlu ambil pekerja?

 1. Apabila kerja-kerja operasi yang kita buat sekarang ini menghalang kita dari buat kerja-kerja strategik.

2. Apabila kita rasa BOSAN sangat nak buat kerja-kerja operasi sebab dah terlalu lama sangat buat kerja tu.

Itu tanda kita kita kena turunkan kerja-kerja tersebut pada orang lain.

Apa dia kerja-kerja operasi dan kerja-kerja strategik?

Kerja-kerja operasi :-

1. Kerja yang perlu dibuat setiap hari dan berulang-ulang

2. Kerja yang perlu perhatian segera.

3. Kerja ini tak boleh ditinggal, kalau ditinggal ia akan memberi kesan pada bisnes, Ia akan menyebabkan bisnes kita terhenti

4. Kerja ini boleh di SOP kan atau gunakan teknologi seperti AI

5. Kerja ini hasilnya dapat dilihat dengan segera. Ini antara punca ramai owner bisnes sangkut lama dalam ni,

Contoh - melayan pelanggan, membuat jualan, bungkus produk dan sebagainya

Kerja-kerja strategik ialah :-

1. Biasanya kerja ini tak perlu perhatian segera, ia boleh ditangguh, tapi kalau lama ditangguh, ia akan menggangu perkembangan bisnes dan menyebabkan owner bisnes sentiasa sibuk dan tak da masa.

2. Kerja-kerja yang memerlukan kita berfikir dengan mendalam dan ambil masa untuk buatnya.

3. Kerja-kerja strategik ini hasil dan manfaatnya tak dapat dilihat segera, biasanya dia akan ambil masa lama baru nampak hasil. Ini yang menyebabkan ramai owner bisnes tak minat sangat nak buat.

Contoh kerja-kerja strategik - Merancang strategi, membina pasukan bisnes dan sebagainya.

Bagaimana nak bina bisnes ketika kita tiada apa-apa?

Kita tiada modal, tiada kenalan, tiada pengalaman, tiada idea nak jual apa. Kita betul-betul kosong. Apa nak buat? Di mana nak mula? Mula de...