Ada orang fikir strategi ini hanya untuk orang bisnes, untuk CEO syarikat besar. Kalau dalam sebuah organisasi pula, ada yang fikir strategi hanya untuk mereka yang duduk di level pengurusan saja.
Mereka yang berada di level seperti kerani, admin, eksekutif biasa tak perlukan strategi. Tak perlu nak belajar tentang strategi. Tak perlu nak berfikir secara berstrategi.
Kalau kita fikir macam itu, maksudnya kita kena besarkan lagi pemahaman kita tentang peranan strategi.
Strategi bukan hanya untuk orang bisnes saja, malah sebagai orang bisnes pun kita tidaklah sepanjang masa berfikir tentang bisnes.
Kita juga akan fikir tentang kehidupan kita. Bagaimana nak tambah baik kehidupan kita, bagaimana nak tambah pendapatan kita, bagaimana nak bina keluarga kita, bagaimana nak berjaya dalam kerjaya kita dan sebagainya. Semua ini perlukan strategi.
Selagi kita berhubung dan berinteraksi dalam dunia ini, kita perlukan strategi. Malah jika kita terkandas seorang diri di satu pulau kita juga perlukan strategi untuk hidup.
Dengan kata lain selagi kita masih hidup kita perlukan strategi.
Bagaimana nak berfikir secara berstrategi?
Seth Godin, dalam buku dia This is strategi, berikan 4 perkara penting yang kita kena masukan dalam membina strategi.
1. Faktor Masa.
Masa memainkan peranan penting dalam strategi. Kalau kita tanam durian hari ini, 5 tahun akan datang baru kita boleh nikmati hasilnya.
Seperti pokok durian yang perlukan masa untuk berkembang dan dapat hasil, begitu juga strategi, ia perlukan masa untuk lihat hasilnya.
Jadi soalan yang kita kena tanya, apa benih yang kita tanam hari ini untuk dapatkan hasil yang kita mahu dalam masa 1 tahun akan datang, 3 tahun akan datang atau 5 tahun akan datang?
2. Emphaty.
Kita tak hidup sendiri dalam dunia ni. Kita hidup dengan berinteraksi dengan orang lain. Kita ada empati apabila kita faham setiap orang ada pilihan mereka sendiri.
Kenapa mereka perlu pilih untuk buat apa yang kita mahu mereka buat? Sebagai peniaga, kita perlu faham kenapa mereka perlu beli dari kita bukan dari orang lain? Sebagai freelancer, kenapa mereka perlu ambil servis kita bukan dari orang lain? Sebagai bos, kenapa staf perlu dengar cakap kita, buat apa yang kita suruh buat?
Apabila kita ada empati kita tidak terkejut apabila orang lain pilih apa yang mereka pilih.
3. Ketiga ialah games
Kita perlu pilih permainan apa yang kita nak main dan padang mana yang kita nak masuk. Setiap permainan ada peraturan dan syarat dia. Jangan main permainan yang kita tak boleh menang, jangan masuk padang yang kita tak yakin boleh main.
4. Dan yang ke empat ialah sistem.
Apabila kita bekerjasama, saling berinteraksi maka sistem akan tercipta. Sistem akan push seseorang itu untuk buat apa yang dia perlu buat, sama ada rela atau paksa.
Jadi kita perlu kenal pasti sistem tersebut, kita perlu lihat kita sedang ikut sistem atau lawan sistem. Lebih mudah ikut sistem, tapi kita akan hustle. Lawan sistem itu susah, tapi kalau berjaya hasilnya lumayan.