Mungkin ada orang tanya apa impian yang bagus?
Bagaimana mahu bina impian?
Apa indikator impian itu bagus atau tidak?
Susah sebenarnya nak jawab soalan ini kerana setiap orang tak sama.
Setiap orang berbagai perkara yang dia mahu.
Pada saya impian yang bagus ialah impian yang :-
1. Realisti - tak terlalu menekan kita atau membuatkan kita terlalu stress.
Impian kena realistik, tidaklah terlalu kecil, mudah sangat kita mahu capai sehingga tak memberika cabaran.
Dan tidaklah juga terlalu besar dan susah mahu capai, sehingga menekan kita dan membuatkan kita stress.
Ia mesti realistik dengan keadaan diri kita. Kita sendiri tahu diri dan kemampuan kita.
2. Ia bersifat jangka panjang.
Antara sebab ramai orang tertekan kerana impian dia bersifat jangka pendek.
Dia berikan masa yang pendek untuk capai impian tersebut.
Ia menyebabkan impian tersebut tidak realistik.
Sepatutnya impian itu perlu ambil masa dalam masa 10 tahun, dia letak masa 5 tahun.
Itu yang menyebabkan dia stres dan tertekan.
Setiap perkara perlukan masa.
3. Bantu kita untuk bergerak kehadapan.
Impian betul akan tolak kita untuk bergerak kehadapan.
Ia akan beri kita dorongan untuk perbaiki diri menjadi lebih baik.
Tingkatkan skil dan nilai diri, kalau tidak kita susah mahu capai impian tersebut.
4. Jelas dan spesifik.
Kita tidak akan sampai jika impian itu kabur. Ia mestilah jelas dan spesifik.
Ia umpama kita mahu pergi ke satu tempat yang kita tidak pernah sampai, jika kita tidak ada alamat yang jelas dan spesifik sudah tentu kita tak akan sampai.
5. Ia tidak berlawan dengan hukum alam.
Ini sangat penting kerana kita susah nak capai impian tersebut jika berlawan dengan hukum alam. Alam ini sangat besar, susah kita mahu menang.
Ia umpama kita berenang melawan arus yang deras, kita susah nak menang, akhirnya kita akan kalah dan lemas.
Impian yang bagus dia mengikut hukum alam, ia umpama kita berenang mengikut arus sungai ia lebih mudah.
No comments:
Post a Comment