Thursday, July 31, 2025

Bagaimana nak jadi kreatif, walaupun anda rasa anda tak kreatif langsung.

Ramai orang mahu jadi kreatif. Dalam iklan jawatan kosong, kita sering lihat majikan mencari calon yang “kreatif dan inovatif.” Malah, ada juga kursus dan bengkel khas ditawarkan semata-mata untuk mengajar kita bagaimana mahu jadi kreatif.

Tapi sebelum kita pergi jauh, mari kita kembali kepada asas terlebih dahulu:

Apa Maksud Kreatif?

Pada saya, kreatif bermaksud kebolehan untuk menggabungkan dua atau lebih perkara yang nampak tidak berkaitan dan menghasilkan sesuatu yang baru, bermanfaat dan unik.

Steve Jobs pernah kata:

“Creativity is just connecting things.” ~ Wired Magazine

Contoh paling klasik – iPhone.

Sebelum iPhone, handphone kelihatan hampir sama semuanya: rupa yang hampir sama, ada keypad dan hanya ada fungsi asas iaitu call dan SMS.

Ia nampak boring. Tak menarik.

Bila Steve Jobs datang, dia ubah semuanya. Dia gabungkan beberapa teknologi yang berasingan:

  • Internet (sebelum ini hanya di komputer)

  • MP3 player (guna iPod atau peranti khas)

  • Email (bukan dalam telefon, kalau adapun masa tu dalam Blackberry dan hanya digunakan oleh orang korporat saja)

  • Handphone biasa

Kesemua ini digabungkan menjadi satu alat iaitu iPhone. Ia bukan saja menjadikan fungsi lebih efisien malah nampak menarik dan cool.

Ia juga menukar terus lanskap telefon bimbit di seluruh dunia. Semua orang nak ikut macam iPhone.

Inilah kekuatan kreativiti. Gabungkan perkara yang kelihatan tidak berkaitan, hasilkan sesuatu yang rare dan berimpak.

Macam mana nak jadi kreatif?

Ini antara cara yang kita boleh amalkan:

1. Dapatkan input dari pelbagai sumber

Kita perlu faham yang kreatif ini tidak datang tiba-tiba. Ia tidak datang dari out of no where. Ia datang dari input dalam kepala otak kita. 

Garbage in, garbage out. Kalau maklumat sampah yang masuk dalam kepala kita, maka sampah la yang akan keluar. Jadi kita perlu masukan input atau maklumat yang bermanfaat dalam minda kita. Kita masukan input atau maklumat dari pelbagai sumber.

  • Baca buku dari pelbagai genre, bukan satu bidang sahaja

  • Tonton dokumentari, filem dan konten dari budaya lain

  • Cuba hobi baru atau aktiviti luar kebiasaan

  • Bergaul dengan orang luar dari circle biasa kita – orang industri lain, latar belakang berbeza

2. Simpan dan catat semua input

Jangan harap otak kita boleh simpan semuanya. Kreatif bermula bila kita boleh ingat atau rujuk semula input yang ada.

  • Bawa buku nota, kalau saya, saya tulis dalam telegram ja.

  • Tangkap gambar, simpan artikel, rekod perbualan menarik

  • Idea kecil hari ini mungkin jadi big idea esok

3. Hasilkan sesuatu

Inilah proses sebenar kreativiti. Kita perlu hasilkan sesuatu. Hasilkan sesuatu yang menyelesaikan masalah orang.

Tulis buku, cipta lagu, buat applikasi, kongsi idea, buat konten, rekod podcast, tulis blog atau apa saja perkara yang beri manfaat pada orang ramai.

Buat sungguh-sungguh. Be generous - bak kata Seth Godin.

Cuba ambil dua atau lebih idea yang nampak tak ada kaitan, fikirkan bagaimana ia boleh digabungkan.

Proses ini bukan berlaku sekali. Kadang-kadang ambil masa, tapi bila berlaku hasilnya magik.

Kreativiti bukan bakat semula jadi semata-mata. Ia satu kemahiran yang boleh dibina dan diasah. 

Ia bermula dengan sifat ingin tahu kita, bermula dengan sifat kemurahan hati kita untuk beri manfaat pada orang, bermula dari sifat mahu selesaikan masalah orang dan akhirnya keberanian untuk menghasilkan sesuatu.

Orang yang kreatif ialah orang yang berani berfikir di luar kebiasaan bukan kerana mereka mahu nampak pelik, tetapi kerana mereka mahu cari solusi baru yang memberi manfaat pada orang.

Wednesday, July 30, 2025

First Who, Then What: pelajaran penting untuk bisnes kecil

Antara perkara yang saya belajar dari buku Good to Great ialah konsep ini: First Who, Then What? Maksudnya lebih kurang, cari orang yang betul dahulu, kemudian baru fikir strategi.

Mula-mula saya tak berapa faham. Susah juga nak hadam dan terima konsep ini sebab selama ini saya banyak fokus pada strategi, keduanya, terus terang saya katakan yang saya tak suka konsep ini kerana ia berlawanan dengan fahaman saya sebelum ini dan ketiga ialah susah nak implement konsep ini.

Saya selalu fikir kalau ada strategi dan produk bagus, barulah bisnes akan naik. Tapi bila saya sendiri bina syarikat Sk Biz Solution ini, saya perasan – masalah utama bukan produk, bukan strategi tapi orang.

Persoalan yang perlu dijawab.

Siapa yang nak implement strategi?

Sebaga pembina bisnes, kita terlalu sibuk memikirkan strategi, tapi siapakah yang akan menjalankan strategi tersebut? Siapakah yang akan merealisasikan strategi yang kita buat itu.

Kita semua faham, kita tak akan mampu untuk buat semua. Ketika bisnes masih kecil kita tak cukup kaki dan tangan. Maka sudah tentu kita perlukan orang lain untuk menjalankan strategi yang kita bina.

Maka dari situ, konsep "first who, then what?" sangat reasonate dengan saya.

Then seterusnya, persoalan yang kita kena jawab, siapa orang yang betul itu? 

Jim Collin kata  bukan semua orang sesuai untuk kita bawa “naik bas” kita. Kita perlu kenalpasti dan bawa orang yang betul ke dalam bas kita.

Siapa Sebenarnya “Orang yang Betul” Itu?

Saya sendiri pernah tanya soalan ni masa cari staf: 
“Macam mana nak tahu calon ni betul atau tidak?”

Sebab kalau saya silap pilih, bukan saja kerja saya bertambah, tapi kos gaji hangus tanpa hasil.

Berdasarkan pengalaman saya, staf yang saya cari mesti ada ciri-ciri ini:

*Boleh buat kerja sendiri tanpa tunggu arahan saya setiap masa.
*Capai target (atau lebih) tanpa saya perlu kejar.
*Boleh selesaikan masalah, bukan sekadar lapor masalah.
*Ada idea dan berani cadangkan cara baru.
*Boleh pimpin projek kecil, walaupun bukan “bos”.
*Ada sifat builder – suka membina sesuatu, bukan hanya datang kerja untuk gaji.

Masalahnya – susah nak tahu semua ni dari resume. Resume semua nampak cantik.

Ia adalah cabaran untuk orang macam saya yang belum ada pengalaman banyak dalam menemuduga orang.

Ini antara cara yang saya buat.

Saya cari mindset yang betul , skil kemudian.

Kenapa?
Sebab saya percaya, mindset susah nak ubah, tapi skil boleh diajar dan dibangunkan jika mindset nya betul.

Saya juga percaya - Mindset yang betul, akan mempengaruhi sikap yang betul, dan sikap yang betul akan mempengaruhi skil yang betul.

Contohnya.

*Growth Mindset - Orang yang ada growth mindset dia tak putus asa dan sanggup belajar perkara baru.

*Proactive Mindset - Orang yang ada proactive mindset dia akan cari jalan penyelesaian sendiri tanpa tunggu arahan.

*Ownership Mindset - Dia rasa bertanggungjawab pada kerja, bukan buat ala kadar.

Cabaran diwaktu bisnes kita masih kecil ini ialah kos gaji. Kadang-kadang kita jumpa calon yang kita rasa “betul”. Tapi gaji dia tinggi. Bisnes pula belum untung besar.

Apa saya buat?

*Ambil staf yang ada mindset betul tapi kurang pengalaman, kemudian saya latih mereka ikut cara kerja syarikat saya.

*Gunakan freelancer atau kontrak sementara untuk projek tertentu – supaya kos tak berat sangat.

*Bina sistem dan budaya kerja yang jelas, supaya walaupun staf belum hebat, mereka boleh berkembang dengan lebih cepat.
 
Ini antara perkara yang saya belajar dari pengalaman saya.

Kalau kita tengah cari staf, saya cadangkan:

*Tulis ciri dan mindset yang anda betul-betul mahu. Jangan sekadar tulis “3 tahun pengalaman.”

*Buat soalan temuduga yang uji sikap dan cara fikir.

Contohnya - 

“Ceritakan masa anda gagal. Apa yang anda buat selepas itu?” (uji growth mindset)
“Kalau anda nampak masalah tapi bos tak ada, apa anda buat?” (uji proaktif)

*Jangan takut ambil orang yang kurang pengalaman tapi ada sikap yang betul. Latih mereka.

Kesimpulan

Bisnes yang berkembang bukan bermula dengan produk, atau strategi hebat tapi ia bermula dengan siapa yang kita pilih untuk masuk dalam pasukan kita.

Dapat orang yang betul, dengan mindset yang betul, barulah strategi dan pertumbuhan jadi lebih mudah.

Tuesday, July 29, 2025

Bina Flywheel – Jangan Terlalu Gopoh Mengejar Kejayaan

Saya sangat suka membaca buku tulisan Jim Collins. Banyak kesedaran baru yang saya dapat dan yang paling menarik, kesedaran ini realistik. Ia tidak melawan hukum alam dan masuk akal.

Kenapa saya kata begitu? Kerana ramai orang suka buat perkara yang tidak realistik, melawan hukum, dan tidak rasional.

Jom saya beri contoh dalam membangunkan bisnes.

Ramai usahawan mahukan hasil yang cepat.
Bayangkan, anda baru mula bisnes bulan lepas, tiba-tiba mahu capai jualan RM50,000 sebulan.

Baru belajar pemasaran hari ini, bulan depan mahu jualan RM50,000.
Baru belajar buat iklan minggu ini, bulan depan mahu RM100,000.

Tidak salah berimpian tinggi, tapi kita mesti realistik dan rasional.

Kita kena faham, kejayaan bisnes tidak datang daripada satu “magic bullet”. Ia bukan kerana satu strategi hebat atau satu keputusan besar yang betul.

Kejayaan datang daripada banyak keputusan kecil yang betul, diulang secara konsisten dalam jangka masa panjang.

Kejayaan tidak berlaku dalam satu malam. Dan jika ia berlaku dengan pantas, percayalah, ia jarang bertahan lama kerana asasnya rapuh.

Bayangkan api kecil. Jika anda tuang minyak petrol, ia marak dengan cepat, tapi cepat juga ia padam.

Berbeza jika api itu menyala perlahan dari dalam, membakar arang hingga bara jadi kuat. Api itu sukar dipadam.

Begitulah kejayaan, ia dibina sedikit demi sedikit, konsisten, sehingga menjadi kukuh. Bukan dengan gopoh, bukan dengan jalan pintas.

Konsep Flywheel.

Dalam membina kejayaan saya suka dengan konsep flywheel yang dipopularkan oleh Jim Collin dalam buku Good to great ni.

Konsep Flywheel merujuk kepada proses pertumbuhan atau kejayaan yang dibina melalui momentum kecil tetapi konsisten, sehingga akhirnya mencipta “kuasa pecutan” (breakthrough).

Flywheel (roda tenaga) ialah kiasan kepada roda besar yang sangat berat – pada awalnya sukar digerakkan, tetapi bila kita tolak berulang kali, ia akan mula berpusing, perlahan-lahan semakin laju, dan akhirnya terus berputar sendiri tanpa perlu tenaga yang besar.

Maksud Flywheel dalam konteks bisnes

1. Tiada satu tindakan besar yang menyebabkan syarikat jadi hebat. 
  • Kejayaan bukan datang dari satu strategi “magic” atau keputusan sekali gus. 
  • Ia hasil daripada banyak langkah kecil yang konsisten, berlandaskan visi dan disiplin.
2. Momentum dibina secara berperingkat.
  • Setiap tindakan yang betul (walaupun nampak kecil) menambah tenaga pada roda.
  • Lama-kelamaan, usaha ini berkumpul dan mencetuskan “momentum” yang sukar dihentikan.
3. Bila momentum cukup kuat, bisnes berkembang lebih mudah.
  • Pesaing sukar mengejar sebab kita sudah bergerak dengan tenaga sendiri.
  • Tapi untuk sampai ke tahap itu, ia perlu kesabaran, fokus dan konsistensi. Bukan kita lompat-lompat strategi.
Begitulah dalam kehidupan kita. Tak kiralah sama ada dalam bisnes atau apa jua bidang yang kita ceburi, kita perlu cari  dan bina flywheel kita.

Bagaimana nak bina flywheel? Kita akan terokai lagi nanti.


Monday, July 28, 2025

20 Mile March: Rahsia Disiplin untuk Bertahan & Berjaya

Salah satu idea besar dalam buku Good to Great ialah kejayaan bisnes bukan hanya bergantung kepada strategi hebat atau CEO berkarisma.

Kejayaan sebenar datang daripada disiplin, budaya yang kukuh dan keputusan kecil yang konsisten dalam jangka masa panjang.

Saya nak kongsi berkenaan disiplin - khususnya bagaimana kita boleh kekal konsisten walaupun dunia penuh cabaran dan godaan.

Manusia secara semula jadi suka hasil cepat dan jalan pintas. Lagi sukar bila kita nampak orang lain berjaya dengan cara berbeza, rasa nak tukar haluan dan ikut mereka. 

Masalahnya, tanpa disiplin kita mudah berhenti separuh jalan, bertukar bisnes dan akhirnya tiada apa yang betul-betul jadi.

Jadi, bagaimana nak kekal berdisiplin tanpa rasa penat atau putus asa?

Dalam buku Great by Choice, penulis, Jim Collins ada memperkenalkan konsep 20 Mile March

Apa Itu 20 Mile March?

20 Mile March adalah prinsip disiplin yang membantu kita bertahan dalam keadaan yang tak menentu, sukar diramal dan penuh cabaran.

Prinsipnya mudah: Bergerak secara konsisten - tidak terlalu perlahan, tapi juga tidak terlalu gopoh.

Bayangkan anda berjalan dari Perlis ke Johor Bahru.

Kalau anda komited berjalan 20 km setiap hari, tak kira hujan atau panas, anda pasti sampai.

Tapi kalau satu hari adan berjalan 40 km sebab cuaca baik, kemudian rehat berhari-hari sebab hujan, anda akan penat dan mungkin tak sampai ke destinasi.

Ciri-Ciri 20 Mile March

1.Ada sasaran yang jelas & boleh diukur 
Contoh: berjalan 20 km sehari, close 15 jualan sebulan, atau tulis 2 artikel seminggu.

2. Ada had minimum & maksimum
Minimum: tak boleh kurang dari 20 km.
Maksimum: tak boleh lebih dari 20 km walaupun rasa mampu - supaya tak burnout.

3. Berdasarkan kawalan diri, bukan emosi atau keadaan luar
Tak ikut mood, trend pasaran atau tekanan luar.

4. Konsisten dalam tempoh panjang
Bukan semangat bermusim atau projek sementara

Contoh Dalam Dunia Sebenar

Southwest Airlines adalah contoh klasik.
Ketika banyak syarikat penerbangan rugi, Southwest untung selama 30+ tahun berturut-turut.

Rahsianya? Mereka berdisiplin untuk berkembang pada kadar stabil, bukan terlalu cepat walaupun mampu. Itu adalah "20 Mile March" mereka.

Cara Aplikasi dalam Hidup atau Bisnes

Jika anda usahawan:

  • Tetapkan target harian: hubungi minimum 5 prospek baru setiap hari.
  • Jangan overwork bila bersemangat. Fokus pada konsistensi.
  • Jangan slow down bila mood tiada.

Jika anda nak naik pangkat:

  • Disiplin belajar atau upgrade skill setiap minggu.
  • Hantar laporan tepat waktu walaupun bos tak minta.
  • Konsisten perform walaupun belum ada ganjaran.

Kenapa penting konsep "20 mile march ini?

  • Disiplin membantu kita bertahan dalam ketidakpastian.
  • Konsistensi lebih penting daripada usaha beria-ia tapi sekejap saja.
  • Elak burnout, elak terlalu ikut emosi, dan elak sikap gopoh atau terlalu perlahan.
Soalan untuk anda fikirkan - apakah "20 Mile March" anda untuk 12 bulan akan datang?

Friday, July 25, 2025

Nak Jadi Pemimpin Tahap 5, Tapi Dari Mana Nak Mula?

Bila saya baca buku Good to Great oleh Jim Collins, saya tertarik dengan konsep “Level 5 Leadership”.

Pemimpin tahap 5 digambarkan sebagai pemimpin yang sangat berdisiplin, rendah hati tapi berwawasan besar.

Terus terang, saya rasa jauh lagi perjalanan saya. Kalau ikut skala tu, mungkin saya baru di Level 3 – seorang pengurus (manager) yang tengah belajar bina operasi dan sistem syarikat.

Malah sekarang pun saya masih terkial-kial. Sistem syarikat saya pun masih dalam fasa permulaan.

Soalan yang selalu saya tanya pada diri sendiri: "Nak capai tahap tu, dari mana aku patut mula?"

Ramai orang (termasuk saya) terperangkap dengan framework 5 tahap ni. Kita terlalu sibuk fikir “Aku kat tahap mana sekarang? Macam mana nak pergi ke tahap seterusnya?”
  
Akhirnya kita rasa stuck dan tak tahu nak mula dari mana, sebab kita berfikir dalam “kotak” yang sempit.
 
Jadi bagaimana nak mula?
 
Kita buang kotak tersebut, kita jangan terlalu fikirkan 5 tahap pemimpin tu. 

Kita mula dari asas terus.

Daripada fokus kepada 5 tahap pemimpin, lebih baik kita mulakan dengan soalan-soalan asas, seperti berikut:

1.Apa visi jangka panjang aku?

2.Apa passion aku? (Apa yang betul-betul buat aku bersemangat untuk bangun setiap hari?)

3.Apa yang aku nak jadi terbaik dalam dunia?

4. Dan yang paling penting: Siapa sebenarnya yang aku nak bantu?

Di sinilah datangnya "Konsep Hedgehog"

Dalam buku Good to Great, Jim Collins perkenalkan konsep Hedgehog – satu cara mudah untuk cari kejelasan hala tuju bisnes.

Konsep ini ada tiga soalan utama iaitu:

1.Apa yang kita sangat bersemangat (passion) nak buat?
– Benda yang buat kita rasa hidup, walaupun susah atau tiada hasil segera.

2. Apa yang kita boleh jadi the best in the world?
– Bukan sekadar “bagus”, tapi betul-betul pakar dan menonjol.

3. Apa yang jadi “engine” untuk hasilkan keuntungan secara berterusan?
– Apa metrik atau model bisnes yang pastikan bisnes kita berdaya maju?

Bagi saya, untuk bisnes yang masih baru, kita fokus pada dua soalan pertama dulu. 

Profit akan datang bila kita jelas siapa yang kita nak bantu dan nilai apa yang kita bawa.
 
Siapa Yang Kita Nak Bantu? (Who is it for?) & Masalah Apa Yang Kita Nak Selesaikan? (What is it for?)

Supaya konsep Hedgehog ini lebih mudah dipraktikkan, saya pecahkan kepada dua soalan asas lagi:

1.Siapa kumpulan sasaran utama yang kita nak bantu?

2. Masalah apa yang kita nak selesaikan untuk mereka?

Ini mungkin kedengaran seperti soalan marketing biasa, tapi inilah asas untuk bina strategi yang kukuh.

Contoh Saya Sendiri

Bila saya gunakan konsep Hedgehog ni, saya sedar saya sebenarnya nak bantu 1 kumpulan utama iaitu:

Pekerja swasta yang rasa tersekat dalam kerjaya, yang dah lama tak naik pangkat dan perlukan skil baru untuk ubah hidup mereka. Sebab ini lah tertubuhnya Sk Biz Solution.

Bila saya jelas dua perkara ini, saya boleh mula susun strategi, pilih program latihan yang relevan, dan buat pemasaran yang lebih fokus.

Pengajaran utama yang saya belajar ialah:-

Kadang-kadang, perjalanan untuk jadi pemimpin atau membesarkan bisnes bukan tentang cari formula atau framework yang sempurna, tapi tentang mulakan dengan soalan yang betul.

Dan konsep Hedgehog ini bantu kita cari kejelasan – supaya setiap langkah kita lebih fokus dan terarah.

Thursday, July 24, 2025

5 tahap kepimpinan dalam buku good to great

Salah satu ciri penting untuk membangunkan syarikat dari biasa kepada luarbiasa (good to great) ialah kita perlu jadi pemimpin pada tahap 5.

Ada 5 tahap pemimpin yang penulis terangkan dalam buku iaitu:-

Level 1: Capable Individual (Individu Berkeupayaan)

Seorang yang berkemahiran tinggi secara teknikal dan mampu buat kerja sendiri dengan baik.
Mereka seorang produktif dan  boleh menyumbang bakat mereka kepada syarikat.

Kelemahan - Individu pada tahap ini hanya fokus pada diri sendiri. Mereka masih tidak pandai bekerja dalam pasukan atau memimpin orang lain

Contoh:- Jurulatih atau jurutera yang hebat tetapi tak pandai memimpin atau membina pasukan.
 
Level 2: Contributing Team Member (Ahli Pasukan Penyumbang)

Merek boleh bekerja dengan baik dalam pasukan, bukan hanya fokus pada diri sendiri. Mereka mampu menggunakan kemahiran dan pengetahuan untuk membantu pasukan mencapai objektif.

Kelemahan - mereka masih tak mampu memimpin secara rasmi. Mereka masih bergantung pada arahan daripada pemimpin.

Contoh:- Seorang salesperson atau eksekutif yang bagus bekerjasama tapi belum ada kebolehan memimpin.

Level 3: Competent Manager (Pengurus Kompeten)

Mereka boleh mengurus orang dan sumber dengan berkesan. Mereka mampu mencapai objektif jangka pendek dengan mengurus pasukan.

Kelemahan - fokus utama masih pada operasi, KPI dan hasil segera. Belum ada visi jangka panjang atau keberanian untuk ubah permainan.

Contoh:- Manager biasa yang pandai urus operasi tapi kalau dia takda, sistem mungkin tak bertahan.
 
Level 4: Effective Leader (Pemimpin Berkesan)

Mampu mencipta visi dan motivasi untuk capai prestasi yang tinggi. Mereka pandai memberi inspirasi dan menggerakkan orang untuk capai matlamat besar.

Kelemahan - Kejayaan banyak bergantung pada karisma dan kehadiran mereka. Bila mereka pergi, syarikat mungkin jatuh sebab budaya dan sistem tak cukup kuat.

Contoh: CEO yang terkenal dan karismatik, tapi kejayaan syarikat tak bertahan bila dia tiada.

Level 5: High Effective Leader (Pemimpin Tahap Tertinggi)

Gabungan kerendahan hati peribadi dan keazaman profesional yang tinggi. Fokus pada kejayaan jangka panjang syarikat bukan kemasyhuran peribadi.

Mereka Membina budaya, sistem dan pasukan yang terus berjaya walaupun pemimpin pergi. Inilah jenis pemimpin yang bawa syarikat dari “good” ke “great.”

Ini antara ciri-ciri utama seorang pemimpin tahap 5.

1. Merendah diri tapi bukanlah lemah

*Bukan “soft” atau takut buat keputusan tetapi tidak sombong.
*Lebih suka puji pasukan berbanding ambil kredit.

2. Fokus pada kejayaan syarikat bukan kejayaan peribadi

*Tidak kejar populariti atau kekayaan peribadi sahaja.
*Jika perlu, mereka sanggup kekal di belakang tabir demi syarikat.

3. Sedia Mengambil Tanggungjawab Penuh

*Bila gagal mereka salahkan diri sendiri bukan orang lain.
*Bila berjaya mereka puji pasukan bukan diri sendiri.

4. Membina sistem dan ahli pasukan yang kuat

*Mereka mencari orang yang betul untuk naik bas mereka, sebelum fikir strategi.
*Membina budaya disiplin supaya syarikat boleh kekal berjaya walaupun pemimpin tiada.

5. Kebanyakan mereka tak popular

*Ramai antara mereka bukan nama besar di media tetapi hasil kerja mereka menjadikan syarikat bertahan lama.

What's next?

Kita dah tahu ciri-ciri pemimpin yang diperlukan untuk membina sebuah syarikat yang luar biasa, then apa seterusnya?

Apa seterusnya tindakan yang kita perlu lakukan supaya kita dapat sampai pada tahap pemimpin level 5.

Bagaimana kita nak mula? Dari mana kita nak mula?

Again, persoalan ini hanya kita saja yang boleh jawab, dan sudah tentu semua tindakan ini mesti bermula dari diri kita sendiri. 

Di tahap mana kita berada sekarang? Jika kita masih di tahap 4 dan ke bawah, sanggupkah kita untuk berubah dari segi tindakan, disiplin dan cara fikir kita untuk sampai ke tahap 5.

Seperti kata Seth Godin - “Leadership is a choice. Leaders are volunteers"

Seorang leader akan tempuh jalan itu dulu, walaupun dia tahu jalan itu tidak ada guarantee.

Wednesday, July 23, 2025

Bagaimana nak bangunkan bisnes - dari buku Good to great

 Ini adalah ringkasan dari buku "Good to great" tulisan Jim Collin. 

"Good to Great" bermaksud bagaimana syarikat biasa boleh jadi luar biasa dan kekal di puncak dalam jangka panjang, dengan syarat mereka:

  1. Ada pemimpin Level 5 (rendah hati, berani).

  2. Cari dan letak orang yang betul dalam pasukan.

  3. Fokus pada niche (Hedgehog Concept).

  4. Bina budaya disiplin dan konsisten.

  5. Gunakan teknologi sebagai pemecut, bukan punca.

Saya akan cuba untuk huraikan dan kaji konsep yang ditulis oleh Jim Collin ini dan saya nak applikasinya dalam bisnes yang saya tengah buat ni.

Segala dapatan dan pengalaman yang saya dapat, saya akan tulis dan kongsi dalam blog ini sebagai rujukan saya dimasa akan datang.

Apa maksud Good to great company?

Good company bermaksud syarikat yang memang bagus, dia buat untung tetapi dia tiada prestasi luar biasa jangka panjang.

Great company pula ialah syarikat yang berjaya mencatat prestasi kewangan berlipat kali ganda berbanding pasaran (sekitar 3x ganda dalam tempoh 15 tahun), kekal konsisten walaupun ekonomi berubah dan mempunyai budaya serta sistem yang mampu bertahan walaupun pemimpin bertukar.

Kita nak bangunkan syarikat yang boleh bertahan (sustain) dalam jangka masa panjang. Bukan sekadar untung tapi bertahan dalam jangka masa panjang.

Sekiranya berlaku kejatuhan ekonomi syarikat masih mampu bertahan, sekirang berlaku perkara luar jangka seperti Covid-19 contohnya, syarikat mampu bertahan dan tidap tutup. 

Syarikat yang antifragile - bak kata Nasim Taleeb. Syarikat yang apabila berdepan masalah luarjangka seperti Covid-19, ia tidak mudah lemah, malah yang makin kuat, ia boleh bertahan.

Bagaimana nak bangunkan syarikat kita menjadi macam itu? Nak bangunkan syarikat menjadi syarikat yang luar biasa (great company).

Konsep dalam buku ini adalah antara jawapan atau solusi yang patut kita cuba.

Ini antara idea besar dalam buku.

1. Kejayaan besar bukan sebab strategi ‘gempak’ atau CEO karismatik semata-mata. Ia datang dari disiplin, budaya dan keputusan kecil yang konsisten dalam jangka panjang.

2. Perubahan bermula dengan orang yang betul. 

Collins kata: “First who, then what.” – Pastikan ada orang yang betul atas ‘bas’ (pasukan dan pemimpin yang sesuai) sebelum fikir strategi.

3.Level 5 Leadership.
Pemimpin hebat bukan flamboyan atau ego tinggi. Mereka merendah diri, berdisiplin, tetapi berani buat keputusan sukar.

4. Hedgehog Concept (Konsep Landak).

Fokus pada 3 perkara:
  • Apa yang syarikat boleh jadi terbaik di dunia
  • Apa yang mendorong ekonomi syarikat (profit driver)
  • Apa yang orang dalam syarikat betul-betul bersemangat
Gabungan 3 ini jadi kompas jangka panjang.

5. Budaya Disiplin.

Tiada ruang untuk orang atau tindakan yang tidak selari dengan visi. Semua orang berdisiplin ikut “flywheel” (roda momentum).

6. Teknologi sebagai pemecut, bukan pemula.

Teknologi bantu percepat kejayaan, tetapi bukan faktor utama kejayaan.

7. Flywheel vs Doom Loop.

Flywheel: usaha berterusan dan konsisten → momentum → kejayaan.
Doom Loop: syarikat tukar strategi selalu, ikut trend, akhirnya gagal.

Kita akan terokai konsep ini dan lihat bagaimana hasilnya nanti.

Bagaimana nak bina bisnes ketika kita tiada apa-apa?

Kita tiada modal, tiada kenalan, tiada pengalaman, tiada idea nak jual apa. Kita betul-betul kosong. Apa nak buat? Di mana nak mula? Mula de...