Kita ini hidup dalam dunia yang sentiasa bergerak.
Malam dan siang silih berganti.
Musim berganti musim.
Hari berganti hari.
Bulan berganti bulan.
Tahun berganti tahun.
Diri kita pun berubah, dari bayi, berubah menjadi kanak-kanak, kemudian menjadi remaja, kemudian menjadi dewasa, kemudian menjadi orang tua, dan akhirnya mati.
Itulah lumrah alam ini. Kita tidak boleh lawan.
Mahu atau tidak, kita tetap kena bergerak ikut ia.
Walaupun kita tidak mahu, alam tetap akan merubah kita.
Oleh itu, kita tidak boleh hidup statik, seperti tidak ada arah.
Kita kena bergerak maju mengikut perubahan alam.
Jika tidak kita akan rugi, kerana bila sampai masa penghujungnya, kita takut kita tak dapat apa-apa hasil dari alam ini.
Alam ini tempat kita bercucuk tanam, dan hasilnya kita akan tuai setelah kita sampai kepenghujungnya iaitu mati.
Itulah pentingnya impian atau matlamat dalam hidup ini.
Ia menjadikan kita ada arah dan destinasi.
Kita mudah untuk bergerak dengan ada nya arah atau destinasi.
Bayangkan anda memandu kereta tanpa arah?
Bayangkan seorang juruterbang membawa kapal terbang tanpa arah?
Bayangkan seorang kepten kapal berlayar dilautan tanpa arah?
Tanpa arah anda mungkin akan sesat memandu, tanpa arah kapal terbang tidak boleh terbang, tanpa arah kapal dilautan akan karam.
Ia tidak boleh bergerak.
Susah kan?
Jadi kita perlukan arah untuk bergerak dalam kehidupan.
Kita perlukan impian untuk bergerak kehadapan.
Ia menjadi destinasi dan matlamat kita.
Oleh itu penting untuk kita ada impian yang akan menjadi arah kita.
No comments:
Post a Comment