Tuesday, September 2, 2025

Cara praktikal nak jadi orang yang bernilai di tempat kerja.

Ramai orang cakap, kalau nak naik gaji atau naik pangkat, kita kena jadi orang yang bernilai pada syarikat.


Kita sudah faham bahawa kita boleh memberi nilai dengan menyelesaikan masalah orang lain dan bantu orang untuk capai apa yang mereka mahu.

Soalan seterusnya:

“Macam mana nak praktikkan benda ini di tempat kerja kita sekarang?”

Ini antara 2 langkah yang kita boleh mula praktikan di tempat kerja atau di mana-mana saja.

1. Peka dengan masalah sekeliling


Nilai wujud bila ada masalah yang nak diselesaikan.
Kalau kita tak nampak masalah, kita takkan nampak peluang untuk memberi nilai.

Oleh itu, kita kena kenal pasti masalah yang berlaku di sekeliling kita.
Kita kena ada empati iaitu kita cuba faham apa yang orang lain sedang hadapi.

Kita boleh praktik dengan tanya soalan-soalan berikut:-

  • Apa matlamat yang syarikat mahu capai?
  • Apa cabaran yang syarikat sedang hadapi sekarang?
  • Apa masalah atau cabaran yang dihadapi dalam department atau bahagian anda sekarang?
  • Apa halangan  yang buat kerja orang lain jadi lambat, susah atau rumit?
  • Apa masalah dan cabaran yang bos anda sedang hadapi sekarang?
  • Apa cara untuk anda bantu syarikat capai matlamat ?

Ini antara cara untuk kita kenal pasti masalah yang berlaku di sekeliling kita.
Kita kena peka dengan situasi yang berlaku di sekitar kita.

Cuba dengar apa yang bos selalu ulang dalam mesyuarat.
Perhatikan apa yang rakan sekerja selalu merungut.

Kita sebagai pekerja di situ, cuba lihat apa masalah yang kita selalu hadapi.
Lihat bahagian mana dalam kerja kita yang selalu ambil masa lama atau selalu salah.

Kita sendiri cara jalan penyelesaiannya atau kita tambah baik.

Biasanya, masalah yang kita hadapi itu, pekerja lain juga menghadapi masalah yang sama.

Selain itu, kita boleh tanya dan bincang terus dengas bos tentang masalah dan matlamat yang syarikat mahu capai.

Bila anda nampak masalah, anda sebenarnya sudah jumpa pintu masuk untuk jadi orang bernilai.
 
2. Ambil inisiatif jangan tunggu arahan.


Kebanyakan pekerja hanya buat bila disuruh. 
Mereka tidak pro-aktif, mereka hanya menunggu arahan.

Cuba bayangkan anda sebagai bos, ada dua orang staf.

Seorang hanya menunggu arahan dan  seorang lagi bersikap proaktif.
Bila nampak masalah dia terus bertindak cari jalan penyelesaian,

Staf mana yang anda rasa ada potensi untuk pergi lebih jauh? 
Sudah tentu staf yang bersikap proaktif.

Oleh itu, kalau mahu jadi orang yang bernilai:

  • Jangan tunggu disuruh baru nak buat, kita sendiri cari jalan selesaikan masalah yang ada.
  • Kita cari cara untuk bantu syarikat capai matlamat yang ditetapkan
  • Kita obses untuk tambah baik sistem yang ada supaya syarikat berkembang maju.
  • Kita buat kerja dengan tujuan nak beri nilai pada orang lain.
  • Kita beriya-iya mahu bantu orang lain capai apa yang mereka mahu.


Benda simple tapi susah

Sebenarnya, konsep memberi nilai ini simple dan mudah.
Ia mudah difahami.

Cumanya, ramai orang hanya mahu faham sekadar di permukaan saja.
Mereka tak nak faham dan pergi ke lapisan mendalam lagi.

Kenapa? Sebab ia susah.

Ia susah nak dipraktikan.
Ia melawan kebiasaan kita.

Ia adalah satu perjalanan yang jauh, sunyi dan penuh liku.
Ia perlukan usaha berterusan dan keberaniaan.

Dan sudah tentu tak ramai yang berani mahu ikut jalan ini.

Tapi, ia jalan yang berbaloi untuk diterokai.
Ia jalan yang dilalui oleh ramai orang berjaya di luar sana.

Bak kata Charlie Munger - seorang bilionair dan pelabur terkenal. Dia kata :- 

“To get what you want, you have to deserve what you want. The world is not yet a crazy enough place to reward a bunch of undeserving people.” 

~ Buku "Poor Charlie’s Almanack: The Wit and Wisdom of Charles T. Munger"
    
Maksudnya lebih kurang.

Kalau kita nak sesuatu - contohnya nak gaji naik, nak naik pangkat, nak hidup lebih selesa & etc, kita kena jadi orang yang layak untuk benda itu dulu.

Sebab dunia ini tak berhutang apa-apa dengan kita.
Ia tak gila untuk beri ganjaran pada orang yang tak layak.

Persoalan yang kita boleh tanya pada diri sendiri dan refleksi - adakah kita layak untuk dapat apa yang kita nak?

Benda ini panjang nak cerita.
Nanti saya akan cerita lagi di post akan datang.

Monday, August 25, 2025

Nak naik gaji tanpa tukar kerja? Ini skil mudah yang pekerja SME patut kuasai.

Pernah tak anda rasa penat bekerja, tapi gaji tetap tak naik-naik?
Setiap bulan cukup-cukup makan saja.
Bayar rumah, bayar kereta, bayar taska anak – lepas tu habis.
Sikit pun tak sempat nak simpan.

Mungkin anda pernah terfikir soalan-soalan macam ni:-

Macam mana nak tambah pendapatan?
Macam mana nak naik gaji tanpa perlu berhenti dan cari kerja baru?
Macam mana nak naik gaji tanpa perlu bodek bos atau tanpa perlu tunggu belas kasihan bos?

Kalau tanya saya, ini jawapannya → tingkatkan nilai diri anda.

Iya anda boleh tingkatkan pendapatan, boleh naik gaji dengan meningkat NILAI diri anda di tempat kerja sekarang.

Bos bayar gaji berdasarkan nilai

Kenapa syarikat bayar anda gaji?
Sebab anda buat kerja yang syarikat perlukan. Itu bermaksud anda telah memberi nilai kepada syarikat.

Asasnya mudah:

Jika nilai yang kita beri tinggi → syarikat akan bayar tinggi.
Jika nilai yang kita beri rendah → syarikat akan bayar rendah.

Syarikat takkan bayar kita tinggi hanya sebab kita rajin, kerja kuat atau datang awal.
Apa guna rajin, kerja kuat dan datang awal kalau takda hasil yang kita berikan pada syarikat?

Syarikat mahu lihat hasil. 
Syarikat mahu lihat nilai yang kita berikan.

Apa itu NILAI?

Secara mudah, nilai ialah manfaat yang kita beri pada orang lain dan orang dapat manfaat tersebut.

Lagi besar manfaat yang kita beri, lagi tinggi nilai kita.

Bagaimana nak beri nilai?

Cara mudah untuk beri nilai ialah:

1. Dengan kita selesaikan masalah orang.
2. Dan bantu orang dapat apa yang mereka mahu

Dalam hidup ini - orang tak nak ada masalah. 
Sebab itu, sedaya upaya orang akan cari cara untuk selesaikan masalah dia.

Semua orang mahukan hidup yang lebih baik
Orang nak kerja mudah, nak cepat, nak selamat, nak gembira.
Orang tak nak susah, orang tak nak serabut-serabut.

Jadi kalau kita boleh bantu orang capai semua itu, kita sedang memberi nilai.

Contoh Nilai di Tempat Kerja:-

1. Kita siapkan minutes meeting ringkas dan teratur → kita beri nilai dengan selesaikan masalah team yang selalu lupa keputusan mesyuarat. Ini memudahkan semua orang ikut tindakan seterusnya.

2. Kita siapkan laporan dengan jelas dan kemas → kita beri nilai dengan selesaikan masalah bos yang tak sempat nak semak data. Ini mudahkan bos buat keputusan penting.

3. Kita buat template email standard untuk jawab pelanggan → kita beri nilai dengan selesaikan masalah staf customer service yang selalu ambil masa lama nak karang ayat. Ini menjimatkan masa dan elak jawapan bercelaru.

4. Kita buat template dalam Excel untuk kira overtime pekerja → kita beri nilai dengan selesaikan masalah staf HR yang selalu ambil masa lama nak kira manual. Ini menjimatkan masa dan elak kesilapan kiraan.

5. Kita buat SOP langkah demi langkah cara nak cari pekerja baru → kita beri nilai dengan selesaikan masalah staf HR baru yang masih nak belajar. Ini menjimatkan masa dan elak kesilapan berulang.

Dan banyak lagi.

Inilah kuncinya.

Ramai orang terlepas pandang hal ini.
Nak naik gaji, kena jadi orang yang bernilai.

Dan cara mudah nak jadi orang bernilai ialah dengan selesaikan masalah orang lain dan bantu mereka capai apa yang mereka mahukan.

Itulah kunci yang ramai orang terlepas pandang. 

Simple bukan? 
Semua orang boleh faham konsep memberi nilai ini.

Tapi itulah, tak ramai yang nak buat benda simple ini.
 
Kenapa 
tak ramai yang nak buat?
Benda ini saya akan cerita lagi dalam posting akan datang. Tunggu...

Anda ada benda nak tanya?
Komen di bawah.

Monday, August 18, 2025

Kuasai 1% - Rahsia jadi lebih baik dari semalam

Hari ini mesti lebih baik dari semalam.
Kalau nak berjaya, kita mesti ada perubahan dan peningkatan setiap hari, walaupun sedikit.

James Clear, ada terangkan berkenaan konsep 1% improvement setiap hari dalam buku dia "Atomic Habit"

Dalam buku tu, dia cerita berkenaan bagaimana pasukan berbasikal British yang berubah dari pasukan yang biasa-biasa kepada luar biasa.

Pada tahun 2003, pasukan berbasikal British hanya pasukan biasa-biasa. Mereka tak pernah menang Tour de France. Sukan Olimpik pun hanya pernah dapat 1 ja pingat emas.

Malah sampai ada satu kilang basikal dekat Eropah ni tak nak jual basikal pada pasukan British ni sebab takut nanti jualan basikal mereka menurun apabila pasukan profesional lain nampak mereka ni guna basikal kilang tu.

Punya la teruk pasukan British ni.

Tapi semua itu berubah apabila mereka lantik Dave Brailsford sebagai performance director yang baru.

Apa yang Brailsford buat ialah dia tidak cari dan buat perubahan besar. 

Dia cuma cari dan perbaiki perkara kecil iaitu sebanyak 1% dalam semua aspek yang berkaitan perlumbaan basikal ini.

Konsep dia mudah,

Brailsford kata - 

"The whole principle came from the idea that if you broke down everything you could think of that goes into riding a bike, and then improve it by 1 percent, you will get a significant increase when you put them all together.”

Jadi apa yang antara Brailsford buat ialah :

Cat pelana basikal supaya mudah kesan habuk .
Tukar fabrik baju pelumba supaya lebih selesa.
Ubah posisi duduk pelumba untuk kurangkan rintangan angin.
Malah, bawa tilam sendiri ketika bertanding supaya tidur lebih berkualiti.

Perubahan kecil ini nampak remeh…
Tapi bila digabungkan, hasilnya luar biasa.

Dalam 5 tahun selepas Brailsford ambil alih, mereka menang 60% pingat emas Olimpik sukan berbasikal dan beberapa kali menjuarai Tour de France.

Bagaimana mahu improve 1% setiap hari? 
Ini antara halangan yang kita selalu hadapi.

Sebenarnya kita susah nak jadi lebih baik setiap hari kerana:-

1. Kita tak tahu apa yang kita buat setiap hari. Kita tidak design hidup kita sendiri. Kebanyakan masa kita hidup ikut arus.

2. Kita tak jelas nak improve apa. Bila matlamat tak jelas, kita hanya bergerak ikut keadaan sekeliling kita. bukan ikut tujuan yang kita mahu

3. Kita tak konsisten. Walaupun kita tahu apa nak diperbaiki tapi kita tak mampu buat secara berterusan.

So apa penyelesaiannya?

Mulakan dengan 3 langkah kecil ini

Ini antara cara yang saya gunakan untuk improve diri saya setiap hari.

Langkah 1: Pilih 1 perkara spesifik yang kita nak perbaiki setiap hari.

Manusia ni suka tamak dan nak cepat.
Kalau boleh kita nak improve semua benda serentak.
Kita nak cepat dapat hasil dia.

Akhirnya, tak ada satu pun yang berubah. 
Tak da satu pun yang dibuat.

Jadi, sebagai permulaan kita pilih satu saja dulu perkara yang kita nak perbaiki setiap hari.

Contoh - saya pilih untuk kurangkan kebodohan setiap hari.

Banyak perkara yang kita tak tahu dalam dunia ini.
Sedikit sangat perkara yang kita tahu.

Oleh kerana itu saya target untuk kurangkan kebodohan saya itu.

Katakanlah, kebodohan saya ini saya anggap 100%

Maka, setiap hari, saya target untuk kurangkan 1% daripada kebodohan tersebut.

Itu saja. Fokus satu perkara.

Langkah 2: Cari cara yang simple & terbukti berkesan

Ramai orang dia suka benda yang komplikated dan shortcut. 
Dia suka cari cara yang magic.

Tapi Charlie Munger, seorang pelabur bilionair terkenal di US. Dia kata:-

"Take a simple idea & take it seriously" ~ Charlie Munger

“Pilih sesuatu yang mudah dan buat dengan bersungguh-sungguh.”

Jadi saya pilih cara yang mudah dan semua orang faham iaitu belajar setiap hari.
Ia tak hype, tak glamour, tak seksi tapi ia terbukti berkesan.

Langkah 3: Buat sikit tapi berterusan (konsisten)

Bila orang tanya, “Macam mana nak kira 1% tu?”
Saya jawab - tak payah kira.
1% tu cuma simbol yang bermaksud buat sikit, tapi berterusan

*Baca 1 muka surat buku setiap hari.
*Buat 10 push-up setiap hari.
*Berlari 500 meter setiap hari

Dan sebagainya.

Saya pilih cara mudah untuk belajar dengan membaca 5 muka surat buku setiap hari.
Nampak sikit? Ya, memang sikit.

Tapi hukum compounding kata, perkara kecil yang dibuat berulang-ulang akan terkumpul jadi hasil besar.

Macam ombak kecil yang terkumpul jadi tsunami.
Macam duit sikit-sikit yang dilabur, akhirnya jadi ribuan ringgit.

Hari ini kita baca 5 muka surat.
Esok tambah lagi 5 muka surat.
Dalam setahun, kita dah habiskan 1,800 muka surat tanpa kita sedar. 

Bayangkan berapa baca kebodohan yang kita dapat kurangkan?

Kesimpulan 

Anda nak hidup yang lebih baik tahun depan?
Jangan sibuk nak perbaiki perkara yang besara.

Mulakan dengan satu perkara kecil yang anda boleh ulang setiap hari.
Saya pilih untuk baca 5 muka surat buku setiap hari.

Itu cara saya kurangkan 1% kebodohan  saya. 
Itu cara saya perbaiki 1% kehidupan saya setiap hari.

Saya masukan aktiviti ini dalam jadual harian saya.

Sudah tentu kita tak nampak hasilnya sekarang. 

Tapi saya percaya kita akan nampak hasil compounding nya dalam 5 tahun akan datang.

Tuesday, August 12, 2025

Sunk Cost Fallacy - Perangkap halus yang buat anda terus dalam jalan yang salah

"Anda belajar kejuruteraan mekanikal selama 4 tahun di Universiti. 
Tapi sekarang anda bekerja sebagai seorang seorang juru jual kereta,tak rasa rugi ke? 
Sia-sia ja belajar kejuruteraan selama 4 tahun tapi tak praktis sebagai jurutera."

"Anda pernah bekerja sebagai seorang Chef selama 10 tahun di hotel yang ternama. 
Anda ada kemahiran memasak makanan yang sedap-sedap masa kerja di hotel tu. 

Tapi bila buat bisnes, anda buka bisnes konsultan mengajar berkenaan customer service. 
Macam tak kena ja? Napa tak buka bisnes yang berkaitan makanan. 
Anda ada pengalaman sebagai seorang chef di Hotel lima bintang kot."

Anda pernah dengar ayat di atas atau yang seumpama dengannya sebelum ini?

Atau anda sendiri pernah berfikir begitu terutamanya ketika mahu membuat sesuatu keputusan atau membuat pilihan.

Anda rasa rugi kalau tak teruskan jalan yang anda mulakan dulu.
Anda rasa bersalah kalau tak gunakan apa yang anda pernah usahakan sebelum ini.
Anda rasa macam membazir ja masa dan tenaga yang digunakan sebelum ini.

Disebabkan itu, anda teruskan juga apa yang anda buat sekarang walaupun anda tak suka dan tahu ia susah nak berjaya.

Kalau anda macam itu, ketahuilah bahawasanya anda sudah termasuk perangkap - Sunk Cost Fallacy, dalam membuat keputusan.

Apa dia "Sunk Cost Fallacy"

Sunk Cost Fallacy – iaitu kita susah untuk melepaskan sesuatu hanya kerana kita dah laburkan masa, tenaga atau duit ke dalamnya.

Dan ia sangat berkait dengan satu lagi kecenderungan manusia - Loss Aversion:
Kita lebih takut kehilangan berbanding keinginan untuk mendapat sesuatu yang baru.

Daniel Kahneman, penerima hadiah Nobel dan pakar psikologi terkenal ada terangkan tentang pemikiran kita yang tak rasional ini dalam buku dia - Thinking, Fast and Slow.

Dia kata :-

“A decision maker who has already invested a great deal of effort in a project is reluctant to admit that past costs are sunk and that continuing the project is a mistake.” 

Ini adalah intipati kepada sunk cost fallacy dan dia kaitkan terus dengan bias kognitif yang berlaku apabila kita terlalu emosional terhadap pelaburan masa lalu.

Daniel Kahneman juga mengaitkan perkara ini dengan loss aversion - Kita lebih takut kehilangan sesuatu daripada seronok dapat sesuatu yang sama nilai.

“When making decisions, people are more sensitive to potential losses than to potential gains.”

Ini menjelaskan kenapa kita rasa rugi kalau berhenti sesuatu yang dah lama kita buat walaupun sebenarnya ia dah tak berbaloi untuk diteruskan.

Antara contoh yang biasa kita jumpa.

*Kita takut tukar kerjaya sebab kita takut kehilangan 10 tahun pengalaman yang kita kumpul.

*Kita tak nak tukar haluan bisnes sebab dah keluar banyak modal, walaupun kita tahu bisnes tu tak boleh nak pergi jauh.

*Kita rasa bersalah kalau tak gunakan ijazah kita walaupun kita dah tak minat langsung bidang tu.

Hakikatnya,

Apa yang kita belajar dulu, tak semestinya kita kena terus guna hari ini.
Apa yang kita buat dulu, tak bermakna itu juga yang terbaik untuk masa depan kita.

Pengalaman lepas itupun bukan sia-sia. 

Ia mungkin membentuk cara kita berfikir, cara kita bekerja, cara kita memahami dunia. 
Tapi ia tak patut mengikat kita bila buat keputusan hari ini.

Contoh:-

Situasi A: Anda belajar kejuruteraan selama 4 tahun.
Situasi B: Anda sekarang jual kereta dan suka kerja tu. Malah, gaji pun lebih tinggi dari gaji jurutera baru.

Soalan: Perlu ke anda rasa bersalah sebab tak jadi jurutera?

Jawapannya: Tidak.

Kenapa? Sebab dua situasi itu adalah dua dunia yang berbeza. 
Apa yang anda buat sekarang tidak wajib berkait dengan apa yang anda buat dulu.

Situasi ini pernah berlaku pada saya juga dulu.

Saya penah belajar 3 tahun Diploma Quantity Surveying (QS) di UiTM dulu.
Sebenarnya, saya pun tak tahu sama ada saya minat atau tidak dengan jurusan ni.
Saya ambil pun sebab kakak saya yang suruh.

Bila habis belajar, saya tak kerja sebagai QS pun. 
Saya pergi buat sale di sebuah syarikat latihan korporat.
Saya belajar banyak tentang sale di syarikat tesebut dan rasa seronok pula buat sale ni.

Akhirnya saya tinggalkan terus bidang QS ni sehingga sekarang.

Bila orang tanya, tak rasa rugi ke belajar QS 3 tahun ni? (Ehem, sebenarnya 3 tahun setengah, sebab saya repeat paper) 
Saya kata tidak, kenapa perlu rasa rugi?

Disebabkan saya belajar QS itulah saya berjumpa dengan bidang sale yang sebelum ini saya tak tahu pun tentang kewujudannya.

Kadang-kadang, pengalaman yang lepas itulah yang membuka jalan atau batu loncatan kepada apa yang anda nak kan sekarang.

Cara nak keluar dari perangkap Sunk Cost Fallacy.

Kalau anda sedar anda sedang terperangkap dalam sunk cost, berikut adalah 3 langkah untuk keluar dari perangkap ini:

1. Asingkan masa lalu dan masa depan

Cuba tanya soalan ini pada diri sendiri:-

“Kalau aku baru bermula hari ini, tanpa kisah masa lalu - adakah aku masih akan pilih jalan ini?”

Kalau jawapannya TIDAK, itu isyarat jelas bahawa anda hanya terikat dengan masa lalu.

2. Fokus pada potensi masa depan, bukan kerugian masa lalu

Tukar soalan daripada - “Apa yang aku akan rugi kalau aku berhenti?”

kepada - “Apa yang aku boleh dapat kalau aku mulakan semula?”

3. Ubah perspektif 

Anggap pengalaman lalu sebagai modal dan hadiah untuk kita, bukan sebagai beban untuk difikirkan.

Apa yang anda belajar dulu tak pernah sia-sia. 

Ia mungkin tak digunakan secara langsung, tapi ia mungkin membentuk cara anda berfikir, cara anda bekerja dan cara anda melihat dunia.

Setiap pengalaman yang lalu adalah hadiah untuk anda bukanya beban.
Jadi terpulanglah pada kita untuk menerimanya atau tidak.

Bak kata Seth Godin dalam buku dia - The Dip

"The time and money you spent... that’s a gift. A gift from your past self to your present self. And like any gift, you’re not required to keep it just because someone gave it to you."

Kesimpulannya,

Saya suka tinggalkan anda dengan kata-kata Seth Godin ini dari buku dia - The Dip: A Little Book That Teaches You When to Quit (and When to Stick)

Dia kata :- 

"Winners quit all the time. They just quit the right stuff at the right time."

"The biggest mistake people make is sticking with something that they should have quit a long time ago."

Berhenti rasa bersalah.
Berhenti rasa rugi.

Kalau anda dah kaji dengan sedalamnya dan anda tahu itu jalan yang anda mahu, maka teruskanlah.

Tak perlu tunggu semua orang faham. Tak perlu dapat pengesahan daripada sesiapa.

Kerana hakikatnya, proses membuat keputusan yang betul adalah proses yang berterusan.


Monday, August 11, 2025

4 Perangkap dalam membuat keputusan & cara mengatasinya.

Hidup kita hari ini ialah hasil dari keputusan atau pilihan yang kita buat sebelum ini.

3 tahun lepas, kita pilih untuk tak sambung belajar. Kita nak duit cepat, terus masuk kerja. Hari ini kita sedar yang gaji susah nak naik. Ia terhenti pada satu tahap.

5 tahun lepas, kita pilih kekal di syarikat sekarang walaupun banyak kerja. Hasilnya, kita ada banyak pengalaman dan dinaikkan pangkat.

10 tahun lepas, kita ambil risiko berhenti kerja dan bina perniagaan yang kita minat. Hari ini, kita sudah ada rangkaian bisnes yang berkembang.

Dari sini kita boleh lihat kemahiran membuat keputusan yang betul adalah salah satu skil penting dalam hidup kita.

=
4 Proses dalam membuat keputusan.

Secara asasnya, ada 4 proses yang terlibat ketika kita membuat keputusan.

1. Kita cari pilihan yang ada.
2. Kita analisa pilihan tersebut.
3. Kita buat keputusan.
4. Kita terima keputusan itu.

Nampak mudah, tapi setiap proses ada perangkap tersembunyi yang boleh buat kita silap langkah.

=
4 perangkap dalam membuat keputusan
=

1. Menyempitkan pilihan: “OR” vs “AND”


Kebanyakan kita suka berfikir dalam bentuk "sama ada – atau" ketika mencari pilihan.

Contohnya:
“Nak berhenti kerja ATAU kekal di sini?”
“Nak sambung belajar ATAU terus kerja?”

Kita suka nak sempitkan pandangan atau pilihan yang ada.
Kita suka nak pilih antara satu.

Contoh: Ali bekerja di ABC Sdn Bhd. Gaji okay, suasana kerja baik. 
Tapi beban kerja buat dia stres.

Jadi pilihan yang biasa orang akan terfikir ialah - berhenti kerja ATAU terus bertahan? 

Sebenarnya, Ali tak perlu pilih salah satu.
Dia boleh saja pilih dua-dua.
Dia boleh tambah pilihan lain juga.
Dia boleh besarkan pandangan dan pilihan dia.

Contoh - Ali boleh “Kekal di syarikat DAN bincang dengan bos untuk kurangkan beban kerja.”

Ini dipanggil prinsip “Genius of the AND” oleh Jim Collins dalam buku Built to Last.

Ada satu study yang dibuat oleh pengkaji dari "faculty business of school, Ohio State University, US".

Pengkaji telah kumpul data dan interview pembuat keputusan seperti CEO dan COO syarikat di US. 
Didapati keputusan yang dibuat mengikut kaedah "whether OR" , 52% gagal dalam jangka masa yang panjang. 

 Berlawanan dengan yang tidak menggunakan kaedah "whether OR" , hanya 32% saja yang gagal. 

Kenapa kaedah "whether OR" ini gagal? 

Apabila seorang pengurus itu menggunakan kaedah "whether OR" dia hanya fokus pada 1 pilihan saja. Dia menghabiskan banyak masa dengan bertanya soalan: 

Bagaimana saya nak jadikan pilihan ini menjadi? 
Bagaimana saya nak rakan sekerja lain menyokong saya? 

 Dia telah mengabaikan soalan yang lagi penting dari itu iaitu: 

Ada tak cara lain yang lebih berkesan? Apa lagi pilihan yang kita boleh buat?  

Jadi, jangan sempitkan pilihan. Buka fikiran. Cari “AND”, bukan hanya “OR”.

=

2. Confirmation Bias - Kita percaya apa yang kita nak percaya saja.

Dalam proses menganalisa pilihan, kita akan cari maklumat yang menyokong kita dan tolak semua yang bercanggah apabila kita sudah cenderung pada satu-satu pilihan. 

Ini bias paling berbahaya. Kita rasa kita buat keputusan rasional, tapi sebenarnya kita sedang mempertahankan ego dan pendapat sendiri.

Daniel Kahneman, seorang ahli Psikologi terkenal, dia panggil ini "Confirmation Bias" dalam membuat keputusan.

“A confirmation bias is a tendency to search for, interpret, and remember information in a way that confirms one’s preconceptions.”

Maksudnya lebih kurang, kalau kita sudah ada kecenderungan pada satu-satu pilihan kita akan cari maklumat lain untuk mengukuhkah dan menyokong lagi kecenderungan kita itu.

Macam mana nak elakkan confirmation bias?

1.Tanya soalan provokasi seperti:-

Betul ke pandangan aku ni? Kalau aku salah macam mana?
Ada tak orang yang fikir berbeza dari aku? Apa hujah mereka?

2. Dapatkan perspektif luar. Tanya orang lain yang kita percayai seperti mentor atau yang pernah lalui situasi sama. Baca buku yang berlawanan dari kecenderungan kita.

3. Buat eksperimen kecil. 

Contoh dalam bisnes - Jangan terus melabur besar, uji dulu dengan langkah kecil.
Buat pre-order dulu sebelum keluarkan produk. Kalau tak dapat sambutan, kita boleh ubah strategi tanpa kerugian besar.

=

3. Terperangkap dengan emosi jangka pendek

Manusia secara semulajadi membuat keputusan mengikut emosi (Sistem 1). Kemudian akan mencari alasan yang logik untuk menyokong keputusan tersebut (Sistem 2).

Dalam buku "Thinking, Fast and Slow," Penulis - Danial Kahneman ada terangkan pasal sistem ni.

Dia kata, otak kita ni ada 2 sistem berfikir, iaitu:-

1. Sistem 1 → Cepat, automatik, emosi.
2. Sistem 2 → Perlahan, analitikal, logikal.

Bila membuat keputusan ketika beremosi - sama ada marah, teruja, takut atau gembira - sistem 1 akan mengawal sepenuhnya keputusan kita. Biasanya kita akan melihat hasil dalam jangka masa yang pendek saja. Kita tidak lihat hasil atau akibat dalam jangka masa yang panjang.

Sebab itu kita mudah membuat keputusan atau keputusan yang salah.

Keputusan yang baik dan betul biasanya perlu keterlibatan berfikir dengan sistem 2. Ia perlu berdasarkan logik jangka panjang, bukan emosi yang sekejap.

Contoh yang biasa kita jumpa - Anda pergi seminar jualan yang hype. Jurujual tunjuk kereta mewah, rumah besar, duit berkepuk. Anda rasa seronok dan teruja melihatnya.

Tiba-tiba, jurujual berikan tawaran diskaun yang “tak masuk akal", jika anda daftar kelas dalam waktu yang tertentu. Maka, anda pun beli atau daftar kelas - Ketika itu, sistem 1 anda telah mengawal anda sepenuhnya. Anda beli bukan sebab logik, tapi sebab emosi.

Cara nak elakkan terperangkap dari sistem 1.

1. Ambil masa dan ruang.

Dalam hidup saya amalkan prinsip ini ketika membuat keputusan - "Jangan buat keputusan ketika emosi terlalu tinggi atau terlalu rendah"

Saya tidak akan buat sesuatu keputusan ketika marah, sedih, gembira, teruja, moody atau sebagainya. Terutamanya yang melibatkan keputusan yang besar.

Saya akan ambil ruang untuk biarkan emosi reda kemudian baru fikir semula. 

2. Tanya soalan "kawan baik"

Cuba tanyakan soalan ini kepada diri anda. “Kalau ini berlaku pada kawan baik aku, apa nasihat aku akan beri?”

Kajian oleh Zhu & Yang (2016) tunjukkan, kita lebih rasional bila beri nasihat kepada orang lain berbanding buat keputusan untuk diri sendiri.

3. Aktifkan sistem 2

Tulis semua pilihan, risiko dan manfaat. Jalankan eksperimen kecil untuk lihat hasil - Ini memaksa otak kita keluar dari mod automatik System 1.

=

4. Terlalu yakin dengan keputusan sendiri (Overconfindence)

Kita rasa kita dah buat kajian mendalam.
Kita dah analisa semua pilihan yang ada.
Dan kita mungkin pernah berjaya sebelum ini. 
Maka kita buat pilihan dengan yakin.

Yakin dengan keputusan yang dibuat itu bagus, tapi terlalu yakin (overconfidence) sehingga tidak nampak risiko yang tersembunyi itu bahaya dan perangkap yang kita tak sedar.

Sehingga kita terlupa yang dunia ini kompleks dan berubah. 
Kita terlupa dengan "Randomness" atau nasib baik.

Nassim Taleb ada cakap dalam buku dia “Fooled by Randomness” - dia kata ramai orang tersilap menilai kejayaan mereka yang lepas.

Kita fikir kejayaan itu hasil daripada kebijaksanaan, analisa yang tepat atau strategi kita yang hebat, sedangkan kadang-kadang ia hanyalah nasib baik (randomness).

Masalahnya, bila kita berjaya sekali, kita percaya kita boleh ulanginya dengan kaedah yang sama.
Kita rasa kita pandai membaca pasaran, pandai memilih peluang dan pandai strategi - disebabkan itu kita berjaya sebelum ini. 
Padahal sebenarnya mungkin semua itu berlaku kerana kita bernasib baik.

Bila kita terlalu yakin atau overconfident. 
Kita cenderung untuk buat keputusan besar tanpa persediaan.
Ini menyebabkan kita akan terduduk susah nak bangun jika keputusan yang kita buat itu salah.

Cara nak elak perangkap overconfidence.

1.Faham tentang konsep "Nasib Baik" (Randomness)

Kita perlu faham ada banyak perkara dalam dunia ini yang kita tak boleh nak kawal.
Kita tak boleh nak kawal hasil. 
Kita hanya boleh kawal proses untuk capai hasil,itu pun tidak lah sepenuhnya.
Oleh itu, risiko untuk tak berjaya itu sentiasa ada.

2.Sediakan buffer.

Setiap kali kita membuat keputusan atau pilihan, always tanya satu soalan ini.

"Apa perkara paling teruk akan berlaku pada aku sekiranya keputusan aku ini salah?"
"Dan sekiranya keputusan aku ini salah, apa "buffer" yang aku ada?"

Nassim Taleb kata - apa margin of safety yang aku ada?

Contoh - 

Bisnes - Kalau tiba-tiba berlaku perkara macam PKP semasa Covid-19 hari tu, adakah kita mempunyai duit cash yang cukup untuk tampung operasi bisnes.

Pekerjaan - Kalau tiba-tiba anda dibuang kerja 24 jam, adakah anda mempunyai wang simpanan yang cukup untuk tampung perbenlanjaan harian.

Dan sebagainya.

Kesimpulan

Secara ringkas ini kesimpulan dari 4 proses dalam membuat keputusan. 

 1. Dalam proses mencari pilihan, pandangan yang sempit menyebabkan kita kehilangan banyak pilihan yang lain. 

*Solusinya ialah besarkan pandangan kita. 
*Gunakan kaedah "whether AND" dalam mencari pilihan. 

 2. Apabila kita menganalisa pilihan yang ada, kecenderung pada diri sendiri (confirmation bias) menyebabkan kita mengumpul bukti atau maklumat yang kita suka saja. 

*Solusinya ialah uji andaian atau pendapat kita. 
*Tanya soalan-soalan provokasi pada diri kita.
*Lihat pandangan yang berlawanan dengan kita. 
*Jalankan eksperimen kecil terhadap idea kita. 

 3. Ketika kita membuat pilihan, emosi jangka pendek selalu mempengaruhi kita. 

*Solusinya ialah jangan buat keputusan ketika beremosi. 
*Ambil masa dan ruang sebelum membuat keputusan. 
*Tanyakan soalan ""Apa nasihat yang akan aku beri pada kawan baik aku jika dia dalam situasi yang sama? 

 4. Dan akhir sekali, setelah membuat keputusan, kita terlalu yakin dengan pilihan kita. 

*Solusinya ialah buat persediaan sekiranya kita salah. 
*Sediakan buffer atau ruang sekiranya berlaku sesuatu yang tidak dijangka berlaku.

Ini antara catatan atau nota saya berkenaan buku Decisive : How to Make Better Decisions, tulisan Chip & Dan Heath

Bagus buku ni.

Tuesday, August 5, 2025

Genius of the AND: Formula Buat Keputusan yang Lebih Luas dan Bijak

Dalam hidup, kita mungkin selalu dalam dilema ketika membuat keputusan.

Nak untung jangka masa pendek atau jangka masa panjang?
Nak belajar atau nak kerja?
Nak kerja makan gaji atau berniaga?

Perasan tak? 

Setiap kali kita nak buat keputusan besar dalam hidup, kita selalu hadkan pilihan kepada satu pilihan saja. Kita suka pakai "OR" (ATAU).

Masalahnya, bila kita guna OR, kita sendiri yang mengecilkan pilihan hidup kita.
Kita cipta satu dunia di mana seolah-olah hanya ada dua pintu. Pilih satu, tinggal satu.

Sedangkan, dunia ini sebenar tak sempit macam itu.
Dunia ini luas. Maka sepatutnya kita ada banyak pilihan.

No "Tyranny of the OR" (Embrace the "Genius of the AND")

Jim Collins dalam buku Built to Last panggil ini sebagai prinsip “No Tyranny of the OR” (Embrace the "Genius of the AND")

Maksudnya: Kenapa perlu hadkan diri kepada satu pilihan (OR) , sedangkan kita boleh ja pilih kedua-duanya (AND) ?

Dengan hanya tukar perkataan OR kepada AND, kita dah besarkan pilihan kita.

Daripada - Nak untung jangka pendek atau jangka panjang? Boleh ja kepada - Nak untung jangka pendek dan juga jangka panjang.

Daripada - Nak belajar atau nak kerja? 
Boleh ja kepada - belajar sambil bekerja.

Daripada - Nak kerja makan gaji atau berniaga?
Boleh ja kepada - kerja makan gaji sambil belajar berniaga.

Bila kita tukar “ATAU” kepada “DAN”, kita sudah ubah cara kita berfikir. 

Kita sudah besarkan pandangan kita.
Kita jadi lebih kreatif, lebih terbuka dan lebih berani mencipta jalan baru.

Kenapa ini penting?

Kerana, 

Hidup ini bukan hanya ada hitam dan putih.
Hidup ini bukan hanya ada satu jawapan - Betul atau salah.

Tapi hidup ini ada berbagai-bagai warna.
Ada berbagai jawapan dan pilihan.

Selagi perkara itu tidak menyalahi agama dan menyalahi undang-undang - Kenapa kita perlu hadkan pilihan kita.

Kita perlu melihat dengan lebih luas dan berfikir  lebih dalam ketika membuat keputusan.

Orang yang bijak bukan sekadar mereka pilih A dan tolak B.
Tapi orang yang bijak mereka  mampu gabungkan A dan B untuk cipta laluan mereka sendiri.

Bak kata F. Scott Fitzgerald 

" The test of a first-rate intelligence is the ability to hold two opposed ideas in the mind at the same time and still retain the ability to function".

Kesimpulan

Hidup ini bukan zero-sum game.

Kalau pilih A, kena lepaskan B.
Kalau aku menang , dia mesti kalah.
Kalau aku betul, dia mesti salah.

Tidak, bukan macam itu.
Jangan sempitkan diri dengan "ATAU".

Latih diri kita untuk berfikir lebih mendalam. "Bagaimana aku boleh capai kedua-duanya?"

Bukan - Yang mana satu aku perlu korbankan?
Fikir “AND”, bukan “OR”.

Monday, August 4, 2025

Apa itu " Visionary Company" ?

Sebagai orang yang membangunkan bisnes, kita akan selalu dengar dan jumpa perkataan - "Visionary company" atau syarikat yang ada visi. 

Tapi, adakah kita faham maksud sebenar perkataan tersebut. 

Saya pun macam tu lah, selalu dengar tapi tak pernah ambil tahu secara mendalam maksud perkataan tersebut. 

Sebelum ini saya hanya tahu syarikat mesti ada visi dan misi yang jelas untuk berkembang.

Setakat itu sajalah pengetahuan saya sehinggalah saya baca buku " Built to Last " tulisas Jim Collins dan Jerry Porras.

Sedikit sebanyak dapat mencerahkan lagi pandangan dan pemahaman saya berkenaan konsep "Visionary Company" lebih mendalam.

Apa maksud "visionary company"?

Secara ringkas, visionary company ialah syarikat yang dibina untuk kekal lama. 

Bukan syarikat yang hanya kejar keuntungan cepat. Tapi syarikat yang mampu bertahan dalam jangka masa yang lama. Mungkin 10, 20 ke 50 tahun akan datang. 

Ia kekal relevan, dominan dalam market dan memberi impak besar dalam industri.

Ada ke syarikat macam ini? 

Ada, antaranya  seperti - IBM, Disney, 3M, Hewlett-Packard (HP), Procter & Gamble (P&G). 

Nama-nama ini bukan saja bertahan lama, tapi ia juga menjadi pemain utama dalam industri masing-masing.

Apakah ciri-ciri "visionary company"?

Ini antara yang disebut dalam buku :-

1. Kekal releven dan dominan dalam jangka masa panjang.

Kita tidak bina syarikat yang hanya nak untung dalam masa singkat. 
Kita tidak akan ikut shortcut atau trend.

Tapi kita bina syarikat yang ada visi besar untuk kekal bertahan dan terus berkembang dalam jangka masa yang panjang.

2. Tidak bergantung pada produk atau strategi hebat semata-mata.

Sekarang ini semua orang ada capaian kepada produk hebat. Begitu juga dengan strategi, dengan adanya AI, kita boleh dapat berbagai strategi yang hebat. 

Tapi kejayaan sebuah syarikat tidak bergantung pada strategi tapi siapa yang menjalankan strategi.

Topik strategi ini pun ialah topik yang panjang dan menarik untuk kita kupas. Ada masa nanti saya akan kupas lepas lanjut berkenaan strategi,.

3. Ada nilai asas, budaya kerja dan tujuan yang jelas

Visionary company ada nilai asas yang teguh untuk mereka pegang dan tujuan yang jelas - kenapa syarikat ini wujud?

Contohnya, di Sk Biz Solution sendiri, kita sedang bina nilai asas:

Berilmu – sentiasa belajar dan tambah pengetahuan
Beramal – guna ilmu untuk perbaiki kerja dan hasil
Memberi manfaat – bantu orang lain menjadi jadi lebih baik

Nilai inilah yang kita bawa dalam training, dalam konten, dalam cara kita melayan pelanggan.

Selain itu, visionary company juga ada tujuan yang jelas - Why does this company exist?

Soalan ini nampak mudah, tapi ramai pemilik bisnes tak dapat jawab dengan tepat.
Tujuan inilah yang beri arah dan semangat dalam perjalanan syarikat.

4. Tidak bergantung kepada pemimpin hebat semata-mata

Ramai fikir kejayaan syarikat datang dari seorang CEO yang luar biasa.
Tapi hakikatnya pemimpin boleh datang dan pergi. 

Visionary company tak bergantung pada satu individu semata-mata. Mereka bina sistem yang boleh berdiri sendiri. Sistem yang kekal walaupun pemimpin bertukar.

5. Ada matlamat yang jelas - BHAG ( Big Hairy Audacious Goals)

Visionary company bukan syarikat yang hanya duduk dalam comfort zone.

Mereka letak impian yang besar dan mencabar  atau BHAG 

BHAG ialah singkatan bagi Big Hairy Audacious Goal satu istilah yang diperkenalkan oleh Jim Collins dalam buku Built to Last.

Secara ringkasnya, BHAG bermaksud matlamat besar, mencabar dan berani yang mungkin nampak gila atau mustahil pada awalnya tapi dalam masa yang sama, ia memberi semangat luar biasa untuk seluruh organisasi bergerak ke hadapan.

Kesimpulan

Visionary company ialah syarikat yang dibina untuk kekal lama. 
Ia wujud untuk memberi manfaat kepada manusia.

Bukan syarikat yang dibina untuk mencari untung sahaja.
Bukan syarikat yang kejar viral atau trend semata-mata.

Kita bina syarikat bukan sebab nak untung, tapi kita perlu untung untuk memberi manfaat pada orang.

Friday, August 1, 2025

Kenapa ramai orang gagal capai impian? Jawapannya mungkin ada di sini

Kita semua ada impian.

Ada yang nak naik pangkat.
Ada yang nak naik gaji.
Ada yang nak bisnes lebih stabil.
Ada juga yang hanya nak rasa tenang dalam hidup tak nak terlalu penat kejar itu ini.

Tapi berapa ramai yang capai apa yang mereka nak?
Kenapa ramai orang tak sampai ke destinasi yang dia impikan?

Sudah tentu ada banyak faktor penyebabnya. Hidup ini kompleks. 
Dunia ini tidak bergerak secara terus. Ia banyak warna-warninya.

Tapi hari ini saya nak fokus pada satu perkara yang menjadi antara penyumbang besar pada satu kejayaan iaitu - usaha dan tindakan kita sendiri.
 
Ini realiti diri kita sendiri.

Sebagai manusia, kita suka jalan singkat.
Kita suka benda yang cepat.
Kita mudah tergoda dengan benda-benda yang bersinar atau sindrom shinny object

Kita lebih ikut emosi dari ikut sistem.
Waktu motivasi tinggi, kita buat. Tapi bila penat, kecewa, atau “tak ada mood” kita berhenti.

Masalahnya - Dunia ini tidak berfungsi macam itu. Kejayaan tidak berlaku dalam satu malam. Ia perlukan masa.

Orang yang berjaya bukan sebab dia hebat sangat.
Tapi dia disiplin dan konsisten walaupun lambat, dia tetap jalan.

Macam kisah arnab berlumba lari dengan kura-kura. 

Seekor arnab yang berlari laju dipermulaan, kemudian dia penat dan tidur di tengah jalan.
Manakala, kura-kura yang berjalan perlahan tetapi konsisten tidak berhenti, akhirnya memotong arnab yang sedang tidur dan menang perlumbaan. 

Cerita ini banyak pengajarannya. 

Konsep "20 Mile March"

Konsep ini diperkenalkan dalam buku Great by Choice oleh Jim Collins.

Dua pasukan ekspedisi mahu menawan Kutub Selatan.
Satu pasukan berjalan 20 batu setiap hari – walaupun cuaca elok atau buruk.
Satu lagi ikut emosi – kalau cuaca elok, mereka jalan jauh; kalau teruk, mereka berhenti.

Akhirnya, pasukan 20 batu sehari yang sampai dengan selamat.
Yang satu lagi – separuh mati, ada yang maut.

Apa pelajaran yang kita boleh dapat dari sini?

Konsisten lebih penting dari motivasi. 
Disiplin lebih kuat dari semangat sementara.

Bagaimana konsep ini bantu kita?

1. Ia wujudkan sistem.

Sistem bantu kita untuk berdisiplin. Kita tak perlu tunggu motivasi untuk bertindak.
Apa contoh sistem? Jadual sekolah ialah satu sistem. Dengan ada jadual sekolah, anak-anak kita secara automatik dapat pergi sekolah setiap hari.

2. Ia kawal emosi kita.

Emosi akan mempengaruhi tindakan kita. Jadi sistem yang ada akan bantu kita urus emosi dan tindakan. Kita tak buat lebih sangat bila semangat dan tak malas bila down.

3. Ia bantu elak burnout.

Masa mula-mula nak bersenam, masa semangat kita berlari 10 km, esoknya dah tak larat. 
Masa mula-mula nak jaga makan, hari ini terus cut nasi, esoknya makan nasi 2 pinggan.
Konsep ini bantu untuk tidak burn out. Kita tak “gila-gila buat” hari ini, esok terus tak larat.

4. Ia cipta momentum.

Momentum bantu kita untuk terus konsisten. Bila kita buat hari-hari, kita akan rasa bersalah kalau tinggalkan.

Apa ciri-ciri "20 Mile March"

1. Tindakan yang boleh diukur

Contoh: Jalan kaki 5 km, baca buku 10 muka surat, tulis 30 minit dan sebagainya.

2. Ada minimum dan maksimum

Contoh: Jalan kaki 5 km sahaja – bukan 2 km, bukan 10 km. Jangan lebih dan jangan kurang. 
Tujuannya ialah kita nak elak alasan macam: “Semalam dah buat banyak, hari ini cuti la.”

3. Konsisten setiap hari

Buat setiap hari, bak kata Jerry Seinfeld: “Jangan putuskan rantaian.”
Setiap hari ada tanda ‘X’ di kalendar dan tugas kita cuma satu jangan putuskan rantaian itu.

Bagaimana kita nak praktis konsep ini dalam hidup kita?

1. Pilih SATU tindakan

*Jangan tamak nak buat semua benda. Pilih satu dulu tindakan yang kita nak buat setiap hari

*Pastikan ia boleh diukur.
Contoh: baca 10 muka surat buku sehari, berlari 2 km sehari, menulis 1 muka sehari.

2. Masukkan dalam jadual

Tentukan bila nak buat. Jangan tunggu masa “lapang” kerana masa lapang itu selalunya tak datang.

3. Sampai masa, buat saja

Jangan tanya mood, jangan tanya emosi, buat ja.

4.  Jangan putus asa.

Tak berjaya? itu biasa. Kita cuba lagi yang penting jangan putus asa.

Kesimpulan

Dalam hidup ini, b
ukan yang paling bijak, bukan yang paling rajin, tapi yang konsisten tanpa henti akan menang.

Nak merubah hidup menjadi lebih baik? 
Nak berjaya capai impian? 

Pilih satu tindakan kecil yang anda nak buat secara konsisten sampai mati. 


Thursday, July 31, 2025

Bagaimana nak jadi kreatif, walaupun anda rasa anda tak kreatif langsung.

Ramai orang mahu jadi kreatif. Dalam iklan jawatan kosong, kita sering lihat majikan mencari calon yang “kreatif dan inovatif.” Malah, ada juga kursus dan bengkel khas ditawarkan semata-mata untuk mengajar kita bagaimana mahu jadi kreatif.

Tapi sebelum kita pergi jauh, mari kita kembali kepada asas terlebih dahulu:

Apa Maksud Kreatif?

Pada saya, kreatif bermaksud kebolehan untuk menggabungkan dua atau lebih perkara yang nampak tidak berkaitan dan menghasilkan sesuatu yang baru, bermanfaat dan unik.

Steve Jobs pernah kata:

“Creativity is just connecting things.” ~ Wired Magazine

Contoh paling klasik – iPhone.

Sebelum iPhone, handphone kelihatan hampir sama semuanya: rupa yang hampir sama, ada keypad dan hanya ada fungsi asas iaitu call dan SMS.

Ia nampak boring. Tak menarik.

Bila Steve Jobs datang, dia ubah semuanya. Dia gabungkan beberapa teknologi yang berasingan:

  • Internet (sebelum ini hanya di komputer)

  • MP3 player (guna iPod atau peranti khas)

  • Email (bukan dalam telefon, kalau adapun masa tu dalam Blackberry dan hanya digunakan oleh orang korporat saja)

  • Handphone biasa

Kesemua ini digabungkan menjadi satu alat iaitu iPhone. Ia bukan saja menjadikan fungsi lebih efisien malah nampak menarik dan cool.

Ia juga menukar terus lanskap telefon bimbit di seluruh dunia. Semua orang nak ikut macam iPhone.

Inilah kekuatan kreativiti. Gabungkan perkara yang kelihatan tidak berkaitan, hasilkan sesuatu yang rare dan berimpak.

Macam mana nak jadi kreatif?

Ini antara cara yang kita boleh amalkan:

1. Dapatkan input dari pelbagai sumber

Kita perlu faham yang kreatif ini tidak datang tiba-tiba. Ia tidak datang dari out of no where. Ia datang dari input dalam kepala otak kita. 

Garbage in, garbage out. Kalau maklumat sampah yang masuk dalam kepala kita, maka sampah la yang akan keluar. Jadi kita perlu masukan input atau maklumat yang bermanfaat dalam minda kita. Kita masukan input atau maklumat dari pelbagai sumber.

  • Baca buku dari pelbagai genre, bukan satu bidang sahaja

  • Tonton dokumentari, filem dan konten dari budaya lain

  • Cuba hobi baru atau aktiviti luar kebiasaan

  • Bergaul dengan orang luar dari circle biasa kita – orang industri lain, latar belakang berbeza

2. Simpan dan catat semua input

Jangan harap otak kita boleh simpan semuanya. Kreatif bermula bila kita boleh ingat atau rujuk semula input yang ada.

  • Bawa buku nota, kalau saya, saya tulis dalam telegram ja.

  • Tangkap gambar, simpan artikel, rekod perbualan menarik

  • Idea kecil hari ini mungkin jadi big idea esok

3. Hasilkan sesuatu

Inilah proses sebenar kreativiti. Kita perlu hasilkan sesuatu. Hasilkan sesuatu yang menyelesaikan masalah orang.

Tulis buku, cipta lagu, buat applikasi, kongsi idea, buat konten, rekod podcast, tulis blog atau apa saja perkara yang beri manfaat pada orang ramai.

Buat sungguh-sungguh. Be generous - bak kata Seth Godin.

Cuba ambil dua atau lebih idea yang nampak tak ada kaitan, fikirkan bagaimana ia boleh digabungkan.

Proses ini bukan berlaku sekali. Kadang-kadang ambil masa, tapi bila berlaku hasilnya magik.

Kreativiti bukan bakat semula jadi semata-mata. Ia satu kemahiran yang boleh dibina dan diasah. 

Ia bermula dengan sifat ingin tahu kita, bermula dengan sifat kemurahan hati kita untuk beri manfaat pada orang, bermula dari sifat mahu selesaikan masalah orang dan akhirnya keberanian untuk menghasilkan sesuatu.

Orang yang kreatif ialah orang yang berani berfikir di luar kebiasaan bukan kerana mereka mahu nampak pelik, tetapi kerana mereka mahu cari solusi baru yang memberi manfaat pada orang.

Wednesday, July 30, 2025

First Who, Then What: pelajaran penting untuk bisnes kecil

Antara perkara yang saya belajar dari buku Good to Great ialah konsep ini: First Who, Then What? Maksudnya lebih kurang, cari orang yang betul dahulu, kemudian baru fikir strategi.

Mula-mula saya tak berapa faham. Susah juga nak hadam dan terima konsep ini sebab selama ini saya banyak fokus pada strategi, keduanya, terus terang saya katakan yang saya tak suka konsep ini kerana ia berlawanan dengan fahaman saya sebelum ini dan ketiga ialah susah nak implement konsep ini.

Saya selalu fikir kalau ada strategi dan produk bagus, barulah bisnes akan naik. Tapi bila saya sendiri bina syarikat Sk Biz Solution ini, saya perasan – masalah utama bukan produk, bukan strategi tapi orang.

Persoalan yang perlu dijawab.

Siapa yang nak implement strategi?

Sebaga pembina bisnes, kita terlalu sibuk memikirkan strategi, tapi siapakah yang akan menjalankan strategi tersebut? Siapakah yang akan merealisasikan strategi yang kita buat itu.

Kita semua faham, kita tak akan mampu untuk buat semua. Ketika bisnes masih kecil kita tak cukup kaki dan tangan. Maka sudah tentu kita perlukan orang lain untuk menjalankan strategi yang kita bina.

Maka dari situ, konsep "first who, then what?" sangat reasonate dengan saya.

Then seterusnya, persoalan yang kita kena jawab, siapa orang yang betul itu? 

Jim Collin kata  bukan semua orang sesuai untuk kita bawa “naik bas” kita. Kita perlu kenalpasti dan bawa orang yang betul ke dalam bas kita.

Siapa Sebenarnya “Orang yang Betul” Itu?

Saya sendiri pernah tanya soalan ni masa cari staf: 
“Macam mana nak tahu calon ni betul atau tidak?”

Sebab kalau saya silap pilih, bukan saja kerja saya bertambah, tapi kos gaji hangus tanpa hasil.

Berdasarkan pengalaman saya, staf yang saya cari mesti ada ciri-ciri ini:

*Boleh buat kerja sendiri tanpa tunggu arahan saya setiap masa.
*Capai target (atau lebih) tanpa saya perlu kejar.
*Boleh selesaikan masalah, bukan sekadar lapor masalah.
*Ada idea dan berani cadangkan cara baru.
*Boleh pimpin projek kecil, walaupun bukan “bos”.
*Ada sifat builder – suka membina sesuatu, bukan hanya datang kerja untuk gaji.

Masalahnya – susah nak tahu semua ni dari resume. Resume semua nampak cantik.

Ia adalah cabaran untuk orang macam saya yang belum ada pengalaman banyak dalam menemuduga orang.

Ini antara cara yang saya buat.

Saya cari mindset yang betul , skil kemudian.

Kenapa?
Sebab saya percaya, mindset susah nak ubah, tapi skil boleh diajar dan dibangunkan jika mindset nya betul.

Saya juga percaya - Mindset yang betul, akan mempengaruhi sikap yang betul, dan sikap yang betul akan mempengaruhi skil yang betul.

Contohnya.

*Growth Mindset - Orang yang ada growth mindset dia tak putus asa dan sanggup belajar perkara baru.

*Proactive Mindset - Orang yang ada proactive mindset dia akan cari jalan penyelesaian sendiri tanpa tunggu arahan.

*Ownership Mindset - Dia rasa bertanggungjawab pada kerja, bukan buat ala kadar.

Cabaran diwaktu bisnes kita masih kecil ini ialah kos gaji. Kadang-kadang kita jumpa calon yang kita rasa “betul”. Tapi gaji dia tinggi. Bisnes pula belum untung besar.

Apa saya buat?

*Ambil staf yang ada mindset betul tapi kurang pengalaman, kemudian saya latih mereka ikut cara kerja syarikat saya.

*Gunakan freelancer atau kontrak sementara untuk projek tertentu – supaya kos tak berat sangat.

*Bina sistem dan budaya kerja yang jelas, supaya walaupun staf belum hebat, mereka boleh berkembang dengan lebih cepat.
 
Ini antara perkara yang saya belajar dari pengalaman saya.

Kalau kita tengah cari staf, saya cadangkan:

*Tulis ciri dan mindset yang anda betul-betul mahu. Jangan sekadar tulis “3 tahun pengalaman.”

*Buat soalan temuduga yang uji sikap dan cara fikir.

Contohnya - 

“Ceritakan masa anda gagal. Apa yang anda buat selepas itu?” (uji growth mindset)
“Kalau anda nampak masalah tapi bos tak ada, apa anda buat?” (uji proaktif)

*Jangan takut ambil orang yang kurang pengalaman tapi ada sikap yang betul. Latih mereka.

Kesimpulan

Bisnes yang berkembang bukan bermula dengan produk, atau strategi hebat tapi ia bermula dengan siapa yang kita pilih untuk masuk dalam pasukan kita.

Dapat orang yang betul, dengan mindset yang betul, barulah strategi dan pertumbuhan jadi lebih mudah.

Bagaimana nak bina bisnes ketika kita tiada apa-apa?

Kita tiada modal, tiada kenalan, tiada pengalaman, tiada idea nak jual apa. Kita betul-betul kosong. Apa nak buat? Di mana nak mula? Mula de...