Hari itu saya terlihat potongan video tik tok ZRA atau Zainal Rashid. Banyak perkara yang saya belajar dari perkongsian tersebut dan ini antaranya:-
*Zra datang dari budaya waktu itu mentaliti bekerja keras, waktu itu Malaysia baru saja pulih dari kemelesatan ekonomi tahun 1997 n 1998, waktu itu ketika 750k orang dibuang kerja, bila dapat kerja orang rasa sangat bersyukur ada kerja.
Waktu itu orang bekerja untuk majukan diri, tiada istilah healing, work life balance, bos narcisist, mental health dan sebagainya. Ketika bos boleh marah dan baling benda. Ketika itu hanya ada 2 istilah saja iaitu bos garang atau anda yang tak boleh uruskan bos. Ketika itu belum ada istilah work smart.
Jika jadi manager atau bos, kita sudah ada pelan dan visi untuk staff, dalam masa 3 bulan kita sudah lihat potensi staf nak pergi kemana, itu tugas manager.
Pada awal2 tahun 2015, ketika itu baru muncul mentaliti follow the flow, healing dan sebagainya. Baru muncul budaya orang pergi bercuti untuk buat posting di media sosial. Baru muncul orang yang sanggup berhutang dengan bank rakyat untuk buat kenduri, untuk bercuti dan sebagainya.
Ketika itu ZRA rasa budaya sudah berubah, dia sudah tidak releven lagi.
Apa yang saya belajar dari ZRA, dia tidak menyalahkan orang, tak salahkan persekitaran dan sebagainya. Dia tetap salahkan diri sendiri dengan mengatakan dia sudah tidak releven. Dia tidak ada mentaliti victim mindset.
Zra membangunkan sesuatu yang bermanfaat. Dia bangunkan TV Alhijrah, dia bangunkan syarikat kecil dalam astro. Dia ada kepakaran dalam bidang dia.
Dari situ saya terfikir, apa kepakaran aku selama 20 tahun ni? Apa yang aku bangunkan?
Kalau lah aku kena mula dari kosong apa yang aku buat? Aku kena duduk balik dan fikirkan apa kepakaran aku dan apa yang aku nak bangunkan dalam masa 10 tahun akan datang.
Zra juga cepat beradaptasi atau menyesuaikan diri dengan keadaan sekeliling. Dia tidak statik duduk mempertahankan perkara yang tak boleh dipertahankan. Dia tidak mempertahankan old quo status.
Contoh - ZRA masih berpegang dengan budaya kerja keras, tapi zaman itu sudah tidak releven bila datangnya Internet yang mana kita memerlukan kerja smart.
Pada saya prinsip kerja keras itu masih lagi mesti dipegang, cumanya ia perlu ditafsirkan semula.
Tafsiran lama - kerja keras kita bekerja mengunakan kaki dan tangan. Menggunakan tenaga dan masa kita. Badan kita kena ada ditempat kerja untuk bekerja. Kita tahan panas dan hujan. Kita tahan bekerja lama dengan rehat yang sedikit.
Tafsiran baru - kita bekerja keras dan juga smart. Kita masih kekalkan sikap rajin bekerja, tidak mudah putus asa, faham kejayaan tidak datang dalam satu malam, kejayaan itu perlukan masa, oleh itu, kita sanggup bersusah-susah dahulu. Tapi dalam masa yang sama kita pilih kerja yang kita mahu bersusah2 itu. Kita tidak buat semua kerja, kita pilih kerja yang beri impak besar pada matlamat kita. Kita pilih kerja yang ada leverage besar pada matlamat kita. Kita tahu halatuju kita nak bawa ke mana, kita ada strategi kita.