Ada banyak perkara kita boleh terokai.
Ada banyak masalah yang boleh kita selesaikan.
Ada banyak perkara kita boleh cuba dan bereksperimen.
Contoh -
Tapi kenapa orang tak buat?
Ada banyak punca.
Antaranya puncanya ialah mereka tak sedar tentang perkara ini - mereka tak sedar tentang hakikat dunia ini luas dan boleh diterokai.
Mereka tak pernah fikir pun perkara ini.
Kenapa?
Mungkin disebabkan, mereka sibuk bekerja.
Mereka sibuk menguruskan keterdesakan yang ada.
Perkara asas dalam hidup masih belum cukup.
Sekarang ini, perkara asasnya ialah duit.
Setiap bulan duit yang masuk tidak cukup untuk menampung duit yang keluar.
Setiap bulan duit yang masuk tidak cukup untuk menampung duit yang keluar.
Tak cukup menampung perbelanjaan bulanan.
Oleh itu, setiap hari mereka sibuk bekerja untuk mencukupkan keperluan.
Mereka tak sempat untuk duduk berfikir secara mendalam.
Mereka tak sempat fikir untuk menerokai dunia yang luas ini.
Ada 2 jenis atau golongan orang yang tak cukup duit ini.
Golongan pertama - duit masuk memang betul-betul tak cukup.
Ada 2 jenis atau golongan orang yang tak cukup duit ini.
Golongan pertama - duit masuk memang betul-betul tak cukup.
Gaji yang dia dapat memang rendah sangat.
Pendapatan masuk terlalu kecil berbanding perbelanjaan asas yang perlu dibayar setiap bulan. Perbelanjaan itu memang sudah tidak boleh dipotong.
Contoh - sewa rumah, bil air, bil elektrik, makanan setiap bulan, perbelanjaan anak-anak sekolah.
Ini memang asas, tak boleh dipotong dah.
Golongan pertama ini dia kena cari sedikit leverage dalam pekerjaan dia.
Golongan kedua - duit atau pendapatan masuk kurang daripada perbelanjaan asas + perbelanjaan kehendak.
Golongan kedua - duit atau pendapatan masuk kurang daripada perbelanjaan asas + perbelanjaan kehendak.
Ini beza dari golongan pertama.
Golongan kedua ini dia tak cukup duit sebab dia tak boleh kawal kehendak dia.
Kalau dia dapat kawal kehendak, biasanya pendapatan masuk cukup untuk tampung perbelanjaan asas.
Tapi disebabkan dia tak mampu nak kawal kehendak, maka pendapatan dia tak cukup.
Contoh -
Dia hanya mampu duduk di rumah kecil, tapi nak juga duduk di rumah yang besar.
Atau sepatutnya, dia mampu sewa rumah, tapi nak juga beli rumah impian dia.
Atau, duit yang ada cukup untuk beli makanan asas, tapi nak juga makan di tempat mewah.
Dan sebagainya.
Kebanyakan orang mungkin dalam kategori ini.
Dan mungkin anda yang sedang membaca pun masuk dalam kategori ini.
No comments:
Post a Comment