Saturday, October 31, 2026

Orang Lain Nak, Kita Pun Nak. Tapi Kenapa?

Sekarang kita dalam dunia tanpa sempadan. Kita boleh tahu banyak maklumat dari mana saja. 

Ramai orang suka berkongsi perkara berkaitan hidup dia, idea, maklumat dan sebagainya. 

Mereka suka memperlihatkan gaya hidup mereka terutamanya di sosial media. 

Kita yang melihat konten-konten tersebut sedikit sebanyak akan terikut dan terpengaruh juga. 

Masalahnya, tak semua perkara itu boleh kita ikut membuta tuli. 

Kita perlu timbang baik dan buruknya

Kita perlu berfikir untuk tapis maklumat tersebut. 

Jangan kita terikut-ikut orang. 
Jangan jadi FOMO. 

Orang mahu itu, kita pun mahu itu.
Orang mahu ini, kita pun mahu ini.
Orang pergi sana, kita pun mahu ke sana.
Orang masuk lombong, kita pun masuk lombong.

Salah ke nak semua tu?
Tak salah pun.

Apa yang penting kita tahu kenapa kita  nak benda itu.

Kita faham kenapa kita pilih benda itu.

Itu yang penting

No comments:

Post a Comment

Naik sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

Naik sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ini hukum alam. Banyak perkara-perkara yang hebat dan bernilai dalam alam ini mengambil masa yang la...