Minyak di dalam lautan terjadi dengan mengambil masa yang lama.
Pokok-pokok balak yang bernilai mengambil masa ratusan tahun.
Begitu juga dengan hidup kita, sudah tentu ia mengambil masa lama untuk kita naik dalam kehidupan.
Kita konsisten naikan tahap kehidupan kita sikit-sikit. Kita tak gelojoh dan terburu-buru. Kita ada masa untuk berfikir, bereksperimen dan belajar.
Dari situ kita bina asas yang kukuh yang untuk pergi lebih jauh dan bertahan lama.
Berbanding, jenis yang semua nak cepat, semua nak ekspress, mereka mana ada masa untuk berfikir, bereksperimen dan belajar.
Bila macam itu, asas mereka tak kukuh. Bila datang masalah atau badai melanda mereka mudah jatuh.
Ia seperti kita tuangkan minyak petrol ke atas kayu, dia cepat marak, dan cepat juga padam.
Berbanding api yang membakar senyap-senyap dalam sekam, ambil masa lama untuk terbakar, tapi bila terbakar ia susah dipadamkan.
No comments:
Post a Comment