Monday, October 26, 2026

Antara sebab kita susah nak dapat apa yang kita mahu ialah kita tak jelas apa yang kita mahu.

Kejelasan itu sangat penting. 

Contoh:-

Katakanlah kita sekarang tinggal di Kuala Lumpur. Kita mahu pergi ke rumah kawan yang sudah lama tak jumpa di Johor Bahru.

Kita tak pernah pergi ke rumah dia sebelum ini.

Boleh kah kita sampai ke rumah kawan tanpa alamat yang jelas?

Sudah tentu tidak. 

Kita perlu alamat rumah yang jelas seperti nombor rumah, jalan apa, taman apa, daerah mana dan sebagainya.

Barulah boleh sampai. 

Cara untuk sampai tu tak kisah pun bagaimana. 

Kita mahu pandu kereta, menaiki motor, naik bas atau sebagainya.

Nak guna lebuhraya ke, nak ikut jalan lama ke atau sebagainya.

Jadi begitulah, dengan hidup kita. 
Kita kena tahu dengan jelas apa yang kita mahu, apa matlamat kita, apa impian kita.

Bila dah jelas barulah kita boleh bina cara untuk capainya.

Tak kisah pun bagaimana caranya.

No comments:

Post a Comment

Antara sebab kita susah nak dapat apa yang kita mahu ialah kita tak jelas apa yang kita mahu.

Kejelasan itu sangat penting.  Contoh:- Katakanlah kita sekarang tinggal di Kuala Lumpur. Kita mahu pergi ke rumah kawan yang sudah lama tak...