Tuesday, October 27, 2026

Maksud tak jelas dengan apa yang kita mahu?

Apa maksud tak jelas dengan apa yang kita mahu?

Tak jelas dengan maksud :-

1.Kita tak tahu pun kenapa kita pilih perkara tersebut?

Adakah sebab kita betul-betul nak kan perkara tersebut?
Atau kita hanya ikut-ikut orang? 
Terutamanya sekarang ini ramai orang berkongsi kehidupan dia di sosial media.
Bila lihat kita pun rasa terikut, kita pun rasa nak kehidupan sebegitu.

Kita tak lihat situasi kita, adakah kita sesuai mahu ikut orang itu?
Adakah kita memang nak jadi macam itu?

Dari satu sudut iya kita mahu jadi seperti mereka, tapi dari satu sudut yang lain pula adakah kita mahu jadi seperti mereka juga.

Contoh.

Kita lihat seseorang yang ternama, semua orang kenal, banyak duit dan sebagainya.
Kita pun mendambakan kehidupan yang sebegitu.

Kita mahu ternam, terkenal dan hasilnya kita boleh buat banyak duit.
Dari satu sudut, iya kita mahukan kehidupan yang sama.

Tapi dari satu sudut, adakah kita sanggup kehilangan privacy?
Pergi ke mana-mana saja orang kenal,  Orang sentiasa perhatikan kita, orang sentiasa mahu mengambil gambar bersama kita.

Adakah kita sanggup untuk hidup macam itu?
Atau adakah kita betul-betul mahukan kehidupan macam itu?



No comments:

Post a Comment

Maksud tak jelas dengan apa yang kita mahu?

Apa maksud tak jelas dengan apa yang kita mahu? Tak jelas dengan maksud :- 1.Kita tak tahu pun kenapa kita pilih perkara tersebut? Adakah se...