Thursday, October 29, 2026

Apakah dia kesan pertama, kedua dan ketiga dalam membuat keputusan?

Dunia ini tidak bergerak secara asing atau solo.

Apabila sesuatu berlaku ia hanya memberi kesan pada satu perkara saja.

Bukan macam itu, tapi ia bergerak secara bersistem.

Sistem maksudnya ia saling berkait dengan satu sama lain.

Jika sesuatu perkara itu berlaku, kesan dan akibatnya tidak hanya berlaku pada satu, tapi ia akan berlaku kepada perkara yang berkaitan juga.

Sebab itu , apabila kita membuat sesuatu keputusan atau pilihan ia turut memberi kesan kepada perkara yang berkaitan.

Ia akan ada kesan pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.

Ia kesan kepada kesan kepada kesan kepada kesan......

Contoh.

Dikatakan pada zaman pemerintahan British di India, kerajaan menghadapi masalah kerana terlalu banyak ular tedung (cobra) yang berbahaya.

Untuk mengurangkan populasi ular, kerajaan memperkenalkan satu insentif.

Sesiapa yang menangkap dan membunuh ular tedung akan menerima wang bagi setiap ular yang diserahkan.

Pada mulanya, rancangan itu nampak berjaya.

Kesan pertama - Ular semakin berkurang

Orang ramai mula menangkap dan membunuh ular kerana mahu mendapatkan ganjaran.

Kerajaan melihat banyak ular diserahkan dan menganggap program itu berjaya.

Kesan kedua  - orang mula menternak ular.

Apabila orang menyedari bahawa setiap ular mempunyai nilai wang, sebahagiannya mula membiak dan menternak ular.

Mereka tidak lagi sekadar menangkap ular liar.

Mereka menghasilkan lebih banyak ular untuk mendapatkan ganjaran.

Kesan ketiga - ular semakin bertambah.

Apabila kerajaan mengetahui perkara itu, program ganjaran dihentikan.

Penternak tidak lagi boleh menjual ular kepada kerajaan.

Menurut cerita tersebut, mereka melepaskan ular yang diternak ke persekitaran.

Akibatnya, populasi ular menjadi lebih banyak daripada sebelum program diperkenalkan.

Matlamat asal: Kurangkan ular.

Hasil akhir: Lebih banyak ular.

Apa pengajaran kita boleh dapat dalam cerita ini?

Penting untuk kita lihat kesan kepada kesan kepada kesan, apabila kita mahu membuat sesuatu keputusan dalam hidup.

Terutamanya jika keputusan tersebut melibatkan perkara yang besar seperti mahu berhenti kerja, tukar kerja, mahu membina bisnes, mahu membuat pelaburan atau sebagainya.

Perkara besar seperti ini akan memberi impak besar dalam kehidupan kita.

Sebab itu, kita jangan malas berfikir dalam hidup ini.



No comments:

Post a Comment

Naik sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

Naik sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ini hukum alam. Banyak perkara-perkara yang hebat dan bernilai dalam alam ini mengambil masa yang la...