Thursday, October 1, 2026

Bagaimana nak hidup zaman AI ni?

Katakan - Ada orang tanya bagaimana untuk kita hidup zaman Ai ni?

Sebelum kita jawab soalan ini, kita kena tahu dulu, kenapa orang tanya soalan di atas tu?

Orang yang tanya mungkin dia lihat dengan tren zaman sekarang ini yang orang bercakap tentang AI di mana-mana saja.
Orang bercakap tentang kebaikan dan keburukan AI.
Orang takut ketinggalan dengan AI, rasa FOMO dengan AI.
Orang rasa takut dengan ancaman AI.
Orang takut hilang kerja, hilang peluan bisnes dan sebagainya.
Zaman sekarang ini, semua perkara nak di AI kan.

Rasa masa serabut.
Jadi apa tindakan kita?

Jawapan saya, bawa bertenang, releks lah.... 
Jangan gelabah.
Jangan FOMO.
Jangan ikut orang.
Belajar berfikir.

AI bukanlah segala-galanya.
AI ini hanyalah tools atau alat untuk capai matlamat kita.
Apa yang penting sekarang bukan AI, tapi kita tahu dengan jelas apa matlamat kita.
Tahu apa yang kita mahu dalam hidup. Ini lebih penting lagi.

AI ni sama macam internet, telefon, kereta dan segala alatan yang kita guna tu.
Jangan terlalu bergantung pada AI, dan janganlah ignore tak guna langsung AI.

Gunakan semasa ia perlu digunakan.
Jangan berlebih-lebih.
Itu ja,

No comments:

Post a Comment

Bagaimana nak bina bisnes ketika kita tiada apa-apa?

Kita tiada modal, tiada kenalan, tiada pengalaman, tiada idea nak jual apa. Kita betul-betul kosong. Apa nak buat? Di mana nak mula? Mula de...