Bila kita kata berjaya, apa maksudnya?
Maksudnya kita capai apa yang kita mahu.
Apa yang kita mahu?
Sudah tentu banyak yang nak disenaraikan apa yang kita mahu.
Kita mahu duit banyak, mahu seronok, mahu sihat, mahu pasangan yang cantik, mahu anak yang cerdik, mahu rumah yang besar, mahu kereta yang laju, mahu naik pangkat, mahu bercuti setiap tahun, mahu masa yang fleksibel dan sebagainya......
Tapi kan adakah itu kejayaan sebenar?
Kejayaan yang boleh kita nikmati dalam jangka masa lama.
Sudah tentu tidak, ini hanya la kejayaan yang sementara.
Kejayaan yang tak kekal lama.
Kejayaan yang ada penghujung.
Iya, kejayaan ini perlu kita kejar dan dapatkan, tapi jangan lupa kejayaan besar yang lebih hakiki.
Apa dia?
Kejayaan apabila kita mati nanti, kubur kita terang dan luas.
Kejayaan apabila kubur kita jadi salah satu daripada taman-taman syurga, bukan jadi daripada lubang api neraka.
Kejayaan kita untuk masuk syurga, bersama keluarg, bertemu dengan kekasih kita Muhammad, Rasullillah, dan kemuncaknya melihat Allaaah tanpa Allaaah berada di dalam syurga, tanpa jarak dan tanpa tempat.
Amin....
No comments:
Post a Comment