Monday, August 4, 2025

Apa itu " Visionary Company" ?

Sebagai orang yang membangunkan bisnes, kita akan selalu dengar dan jumpa perkataan - "Visionary company" atau syarikat yang ada visi. 

Tapi, adakah kita faham maksud sebenar perkataan tersebut. 

Saya pun macam tu lah, selalu dengar tapi tak pernah ambil tahu secara mendalam maksud perkataan tersebut. 

Sebelum ini saya hanya tahu syarikat mesti ada visi dan misi yang jelas untuk berkembang.

Setakat itu sajalah pengetahuan saya sehinggalah saya baca buku " Built to Last " tulisas Jim Collins dan Jerry Porras.

Sedikit sebanyak dapat mencerahkan lagi pandangan dan pemahaman saya berkenaan konsep "Visionary Company" lebih mendalam.

Apa maksud "visionary company"?

Secara ringkas, visionary company ialah syarikat yang dibina untuk kekal lama. 

Bukan syarikat yang hanya kejar keuntungan cepat. Tapi syarikat yang mampu bertahan dalam jangka masa yang lama. Mungkin 10, 20 ke 50 tahun akan datang. 

Ia kekal relevan, dominan dalam market dan memberi impak besar dalam industri.

Ada ke syarikat macam ini? 

Ada, antaranya  seperti - IBM, Disney, 3M, Hewlett-Packard (HP), Procter & Gamble (P&G). 

Nama-nama ini bukan saja bertahan lama, tapi ia juga menjadi pemain utama dalam industri masing-masing.

Apakah ciri-ciri "visionary company"?

Ini antara yang disebut dalam buku :-

1. Kekal releven dan dominan dalam jangka masa panjang.

Kita tidak bina syarikat yang hanya nak untung dalam masa singkat. 
Kita tidak akan ikut shortcut atau trend.

Tapi kita bina syarikat yang ada visi besar untuk kekal bertahan dan terus berkembang dalam jangka masa yang panjang.

2. Tidak bergantung pada produk atau strategi hebat semata-mata.

Sekarang ini semua orang ada capaian kepada produk hebat. Begitu juga dengan strategi, dengan adanya AI, kita boleh dapat berbagai strategi yang hebat. 

Tapi kejayaan sebuah syarikat tidak bergantung pada strategi tapi siapa yang menjalankan strategi.

Topik strategi ini pun ialah topik yang panjang dan menarik untuk kita kupas. Ada masa nanti saya akan kupas lepas lanjut berkenaan strategi,.

3. Ada nilai asas, budaya kerja dan tujuan yang jelas

Visionary company ada nilai asas yang teguh untuk mereka pegang dan tujuan yang jelas - kenapa syarikat ini wujud?

Contohnya, di Sk Biz Solution sendiri, kita sedang bina nilai asas:

Berilmu – sentiasa belajar dan tambah pengetahuan
Beramal – guna ilmu untuk perbaiki kerja dan hasil
Memberi manfaat – bantu orang lain menjadi jadi lebih baik

Nilai inilah yang kita bawa dalam training, dalam konten, dalam cara kita melayan pelanggan.

Selain itu, visionary company juga ada tujuan yang jelas - Why does this company exist?

Soalan ini nampak mudah, tapi ramai pemilik bisnes tak dapat jawab dengan tepat.
Tujuan inilah yang beri arah dan semangat dalam perjalanan syarikat.

4. Tidak bergantung kepada pemimpin hebat semata-mata

Ramai fikir kejayaan syarikat datang dari seorang CEO yang luar biasa.
Tapi hakikatnya pemimpin boleh datang dan pergi. 

Visionary company tak bergantung pada satu individu semata-mata. Mereka bina sistem yang boleh berdiri sendiri. Sistem yang kekal walaupun pemimpin bertukar.

5. Ada matlamat yang jelas - BHAG ( Big Hairy Audacious Goals)

Visionary company bukan syarikat yang hanya duduk dalam comfort zone.

Mereka letak impian yang besar dan mencabar  atau BHAG 

BHAG ialah singkatan bagi Big Hairy Audacious Goal satu istilah yang diperkenalkan oleh Jim Collins dalam buku Built to Last.

Secara ringkasnya, BHAG bermaksud matlamat besar, mencabar dan berani yang mungkin nampak gila atau mustahil pada awalnya tapi dalam masa yang sama, ia memberi semangat luar biasa untuk seluruh organisasi bergerak ke hadapan.

Kesimpulan

Visionary company ialah syarikat yang dibina untuk kekal lama. 
Ia wujud untuk memberi manfaat kepada manusia.

Bukan syarikat yang dibina untuk mencari untung sahaja.
Bukan syarikat yang kejar viral atau trend semata-mata.

Kita bina syarikat bukan sebab nak untung, tapi kita perlu untung untuk memberi manfaat pada orang.

No comments:

Post a Comment

Bagaimana nak bina bisnes ketika kita tiada apa-apa?

Kita tiada modal, tiada kenalan, tiada pengalaman, tiada idea nak jual apa. Kita betul-betul kosong. Apa nak buat? Di mana nak mula? Mula de...