Tuesday, September 2, 2025

Cara praktikal nak jadi orang yang bernilai di tempat kerja.

Ramai orang cakap, kalau nak naik gaji atau naik pangkat, kita kena jadi orang yang bernilai pada syarikat.


Kita sudah faham bahawa kita boleh memberi nilai dengan menyelesaikan masalah orang lain dan bantu orang untuk capai apa yang mereka mahu.

Soalan seterusnya:

“Macam mana nak praktikkan benda ini di tempat kerja kita sekarang?”

Ini antara 2 langkah yang kita boleh mula praktikan di tempat kerja atau di mana-mana saja.

1. Peka dengan masalah sekeliling


Nilai wujud bila ada masalah yang nak diselesaikan.
Kalau kita tak nampak masalah, kita takkan nampak peluang untuk memberi nilai.

Oleh itu, kita kena kenal pasti masalah yang berlaku di sekeliling kita.
Kita kena ada empati iaitu kita cuba faham apa yang orang lain sedang hadapi.

Kita boleh praktik dengan tanya soalan-soalan berikut:-

  • Apa matlamat yang syarikat mahu capai?
  • Apa cabaran yang syarikat sedang hadapi sekarang?
  • Apa masalah atau cabaran yang dihadapi dalam department atau bahagian anda sekarang?
  • Apa halangan  yang buat kerja orang lain jadi lambat, susah atau rumit?
  • Apa masalah dan cabaran yang bos anda sedang hadapi sekarang?
  • Apa cara untuk anda bantu syarikat capai matlamat ?

Ini antara cara untuk kita kenal pasti masalah yang berlaku di sekeliling kita.
Kita kena peka dengan situasi yang berlaku di sekitar kita.

Cuba dengar apa yang bos selalu ulang dalam mesyuarat.
Perhatikan apa yang rakan sekerja selalu merungut.

Kita sebagai pekerja di situ, cuba lihat apa masalah yang kita selalu hadapi.
Lihat bahagian mana dalam kerja kita yang selalu ambil masa lama atau selalu salah.

Kita sendiri cara jalan penyelesaiannya atau kita tambah baik.

Biasanya, masalah yang kita hadapi itu, pekerja lain juga menghadapi masalah yang sama.

Selain itu, kita boleh tanya dan bincang terus dengas bos tentang masalah dan matlamat yang syarikat mahu capai.

Bila anda nampak masalah, anda sebenarnya sudah jumpa pintu masuk untuk jadi orang bernilai.
 
2. Ambil inisiatif jangan tunggu arahan.


Kebanyakan pekerja hanya buat bila disuruh. 
Mereka tidak pro-aktif, mereka hanya menunggu arahan.

Cuba bayangkan anda sebagai bos, ada dua orang staf.

Seorang hanya menunggu arahan dan  seorang lagi bersikap proaktif.
Bila nampak masalah dia terus bertindak cari jalan penyelesaian,

Staf mana yang anda rasa ada potensi untuk pergi lebih jauh? 
Sudah tentu staf yang bersikap proaktif.

Oleh itu, kalau mahu jadi orang yang bernilai:

  • Jangan tunggu disuruh baru nak buat, kita sendiri cari jalan selesaikan masalah yang ada.
  • Kita cari cara untuk bantu syarikat capai matlamat yang ditetapkan
  • Kita obses untuk tambah baik sistem yang ada supaya syarikat berkembang maju.
  • Kita buat kerja dengan tujuan nak beri nilai pada orang lain.
  • Kita beriya-iya mahu bantu orang lain capai apa yang mereka mahu.


Benda simple tapi susah

Sebenarnya, konsep memberi nilai ini simple dan mudah.
Ia mudah difahami.

Cumanya, ramai orang hanya mahu faham sekadar di permukaan saja.
Mereka tak nak faham dan pergi ke lapisan mendalam lagi.

Kenapa? Sebab ia susah.

Ia susah nak dipraktikan.
Ia melawan kebiasaan kita.

Ia adalah satu perjalanan yang jauh, sunyi dan penuh liku.
Ia perlukan usaha berterusan dan keberaniaan.

Dan sudah tentu tak ramai yang berani mahu ikut jalan ini.

Tapi, ia jalan yang berbaloi untuk diterokai.
Ia jalan yang dilalui oleh ramai orang berjaya di luar sana.

Bak kata Charlie Munger - seorang bilionair dan pelabur terkenal. Dia kata :- 

“To get what you want, you have to deserve what you want. The world is not yet a crazy enough place to reward a bunch of undeserving people.” 

~ Buku "Poor Charlie’s Almanack: The Wit and Wisdom of Charles T. Munger"
    
Maksudnya lebih kurang.

Kalau kita nak sesuatu - contohnya nak gaji naik, nak naik pangkat, nak hidup lebih selesa & etc, kita kena jadi orang yang layak untuk benda itu dulu.

Sebab dunia ini tak berhutang apa-apa dengan kita.
Ia tak gila untuk beri ganjaran pada orang yang tak layak.

Persoalan yang kita boleh tanya pada diri sendiri dan refleksi - adakah kita layak untuk dapat apa yang kita nak?

Benda ini panjang nak cerita.
Nanti saya akan cerita lagi di post akan datang.

No comments:

Post a Comment

Bagaimana nak bina bisnes ketika kita tiada apa-apa?

Kita tiada modal, tiada kenalan, tiada pengalaman, tiada idea nak jual apa. Kita betul-betul kosong. Apa nak buat? Di mana nak mula? Mula de...