Friday, August 1, 2025

Kenapa ramai orang gagal capai impian? Jawapannya mungkin ada di sini

Kita semua ada impian.

Ada yang nak naik pangkat.
Ada yang nak naik gaji.
Ada yang nak bisnes lebih stabil.
Ada juga yang hanya nak rasa tenang dalam hidup tak nak terlalu penat kejar itu ini.

Tapi berapa ramai yang capai apa yang mereka nak?
Kenapa ramai orang tak sampai ke destinasi yang dia impikan?

Sudah tentu ada banyak faktor penyebabnya. Hidup ini kompleks. 
Dunia ini tidak bergerak secara terus. Ia banyak warna-warninya.

Tapi hari ini saya nak fokus pada satu perkara yang menjadi antara penyumbang besar pada satu kejayaan iaitu - usaha dan tindakan kita sendiri.
 
Ini realiti diri kita sendiri.

Sebagai manusia, kita suka jalan singkat.
Kita suka benda yang cepat.
Kita mudah tergoda dengan benda-benda yang bersinar atau sindrom shinny object

Kita lebih ikut emosi dari ikut sistem.
Waktu motivasi tinggi, kita buat. Tapi bila penat, kecewa, atau “tak ada mood” kita berhenti.

Masalahnya - Dunia ini tidak berfungsi macam itu. Kejayaan tidak berlaku dalam satu malam. Ia perlukan masa.

Orang yang berjaya bukan sebab dia hebat sangat.
Tapi dia disiplin dan konsisten walaupun lambat, dia tetap jalan.

Macam kisah arnab berlumba lari dengan kura-kura. 

Seekor arnab yang berlari laju dipermulaan, kemudian dia penat dan tidur di tengah jalan.
Manakala, kura-kura yang berjalan perlahan tetapi konsisten tidak berhenti, akhirnya memotong arnab yang sedang tidur dan menang perlumbaan. 

Cerita ini banyak pengajarannya. 

Konsep "20 Mile March"

Konsep ini diperkenalkan dalam buku Great by Choice oleh Jim Collins.

Dua pasukan ekspedisi mahu menawan Kutub Selatan.
Satu pasukan berjalan 20 batu setiap hari – walaupun cuaca elok atau buruk.
Satu lagi ikut emosi – kalau cuaca elok, mereka jalan jauh; kalau teruk, mereka berhenti.

Akhirnya, pasukan 20 batu sehari yang sampai dengan selamat.
Yang satu lagi – separuh mati, ada yang maut.

Apa pelajaran yang kita boleh dapat dari sini?

Konsisten lebih penting dari motivasi. 
Disiplin lebih kuat dari semangat sementara.

Bagaimana konsep ini bantu kita?

1. Ia wujudkan sistem.

Sistem bantu kita untuk berdisiplin. Kita tak perlu tunggu motivasi untuk bertindak.
Apa contoh sistem? Jadual sekolah ialah satu sistem. Dengan ada jadual sekolah, anak-anak kita secara automatik dapat pergi sekolah setiap hari.

2. Ia kawal emosi kita.

Emosi akan mempengaruhi tindakan kita. Jadi sistem yang ada akan bantu kita urus emosi dan tindakan. Kita tak buat lebih sangat bila semangat dan tak malas bila down.

3. Ia bantu elak burnout.

Masa mula-mula nak bersenam, masa semangat kita berlari 10 km, esoknya dah tak larat. 
Masa mula-mula nak jaga makan, hari ini terus cut nasi, esoknya makan nasi 2 pinggan.
Konsep ini bantu untuk tidak burn out. Kita tak “gila-gila buat” hari ini, esok terus tak larat.

4. Ia cipta momentum.

Momentum bantu kita untuk terus konsisten. Bila kita buat hari-hari, kita akan rasa bersalah kalau tinggalkan.

Apa ciri-ciri "20 Mile March"

1. Tindakan yang boleh diukur

Contoh: Jalan kaki 5 km, baca buku 10 muka surat, tulis 30 minit dan sebagainya.

2. Ada minimum dan maksimum

Contoh: Jalan kaki 5 km sahaja – bukan 2 km, bukan 10 km. Jangan lebih dan jangan kurang. 
Tujuannya ialah kita nak elak alasan macam: “Semalam dah buat banyak, hari ini cuti la.”

3. Konsisten setiap hari

Buat setiap hari, bak kata Jerry Seinfeld: “Jangan putuskan rantaian.”
Setiap hari ada tanda ‘X’ di kalendar dan tugas kita cuma satu jangan putuskan rantaian itu.

Bagaimana kita nak praktis konsep ini dalam hidup kita?

1. Pilih SATU tindakan

*Jangan tamak nak buat semua benda. Pilih satu dulu tindakan yang kita nak buat setiap hari

*Pastikan ia boleh diukur.
Contoh: baca 10 muka surat buku sehari, berlari 2 km sehari, menulis 1 muka sehari.

2. Masukkan dalam jadual

Tentukan bila nak buat. Jangan tunggu masa “lapang” kerana masa lapang itu selalunya tak datang.

3. Sampai masa, buat saja

Jangan tanya mood, jangan tanya emosi, buat ja.

4.  Jangan putus asa.

Tak berjaya? itu biasa. Kita cuba lagi yang penting jangan putus asa.

Kesimpulan

Dalam hidup ini, b
ukan yang paling bijak, bukan yang paling rajin, tapi yang konsisten tanpa henti akan menang.

Nak merubah hidup menjadi lebih baik? 
Nak berjaya capai impian? 

Pilih satu tindakan kecil yang anda nak buat secara konsisten sampai mati. 


No comments:

Post a Comment

Bagaimana nak bina bisnes ketika kita tiada apa-apa?

Kita tiada modal, tiada kenalan, tiada pengalaman, tiada idea nak jual apa. Kita betul-betul kosong. Apa nak buat? Di mana nak mula? Mula de...