Wednesday, July 30, 2025

First Who, Then What: pelajaran penting untuk bisnes kecil

Antara perkara yang saya belajar dari buku Good to Great ialah konsep ini: First Who, Then What? Maksudnya lebih kurang, cari orang yang betul dahulu, kemudian baru fikir strategi.

Mula-mula saya tak berapa faham. Susah juga nak hadam dan terima konsep ini sebab selama ini saya banyak fokus pada strategi, keduanya, terus terang saya katakan yang saya tak suka konsep ini kerana ia berlawanan dengan fahaman saya sebelum ini dan ketiga ialah susah nak implement konsep ini.

Saya selalu fikir kalau ada strategi dan produk bagus, barulah bisnes akan naik. Tapi bila saya sendiri bina syarikat Sk Biz Solution ini, saya perasan – masalah utama bukan produk, bukan strategi tapi orang.

Persoalan yang perlu dijawab.

Siapa yang nak implement strategi?

Sebaga pembina bisnes, kita terlalu sibuk memikirkan strategi, tapi siapakah yang akan menjalankan strategi tersebut? Siapakah yang akan merealisasikan strategi yang kita buat itu.

Kita semua faham, kita tak akan mampu untuk buat semua. Ketika bisnes masih kecil kita tak cukup kaki dan tangan. Maka sudah tentu kita perlukan orang lain untuk menjalankan strategi yang kita bina.

Maka dari situ, konsep "first who, then what?" sangat reasonate dengan saya.

Then seterusnya, persoalan yang kita kena jawab, siapa orang yang betul itu? 

Jim Collin kata  bukan semua orang sesuai untuk kita bawa “naik bas” kita. Kita perlu kenalpasti dan bawa orang yang betul ke dalam bas kita.

Siapa Sebenarnya “Orang yang Betul” Itu?

Saya sendiri pernah tanya soalan ni masa cari staf: 
“Macam mana nak tahu calon ni betul atau tidak?”

Sebab kalau saya silap pilih, bukan saja kerja saya bertambah, tapi kos gaji hangus tanpa hasil.

Berdasarkan pengalaman saya, staf yang saya cari mesti ada ciri-ciri ini:

*Boleh buat kerja sendiri tanpa tunggu arahan saya setiap masa.
*Capai target (atau lebih) tanpa saya perlu kejar.
*Boleh selesaikan masalah, bukan sekadar lapor masalah.
*Ada idea dan berani cadangkan cara baru.
*Boleh pimpin projek kecil, walaupun bukan “bos”.
*Ada sifat builder – suka membina sesuatu, bukan hanya datang kerja untuk gaji.

Masalahnya – susah nak tahu semua ni dari resume. Resume semua nampak cantik.

Ia adalah cabaran untuk orang macam saya yang belum ada pengalaman banyak dalam menemuduga orang.

Ini antara cara yang saya buat.

Saya cari mindset yang betul , skil kemudian.

Kenapa?
Sebab saya percaya, mindset susah nak ubah, tapi skil boleh diajar dan dibangunkan jika mindset nya betul.

Saya juga percaya - Mindset yang betul, akan mempengaruhi sikap yang betul, dan sikap yang betul akan mempengaruhi skil yang betul.

Contohnya.

*Growth Mindset - Orang yang ada growth mindset dia tak putus asa dan sanggup belajar perkara baru.

*Proactive Mindset - Orang yang ada proactive mindset dia akan cari jalan penyelesaian sendiri tanpa tunggu arahan.

*Ownership Mindset - Dia rasa bertanggungjawab pada kerja, bukan buat ala kadar.

Cabaran diwaktu bisnes kita masih kecil ini ialah kos gaji. Kadang-kadang kita jumpa calon yang kita rasa “betul”. Tapi gaji dia tinggi. Bisnes pula belum untung besar.

Apa saya buat?

*Ambil staf yang ada mindset betul tapi kurang pengalaman, kemudian saya latih mereka ikut cara kerja syarikat saya.

*Gunakan freelancer atau kontrak sementara untuk projek tertentu – supaya kos tak berat sangat.

*Bina sistem dan budaya kerja yang jelas, supaya walaupun staf belum hebat, mereka boleh berkembang dengan lebih cepat.
 
Ini antara perkara yang saya belajar dari pengalaman saya.

Kalau kita tengah cari staf, saya cadangkan:

*Tulis ciri dan mindset yang anda betul-betul mahu. Jangan sekadar tulis “3 tahun pengalaman.”

*Buat soalan temuduga yang uji sikap dan cara fikir.

Contohnya - 

“Ceritakan masa anda gagal. Apa yang anda buat selepas itu?” (uji growth mindset)
“Kalau anda nampak masalah tapi bos tak ada, apa anda buat?” (uji proaktif)

*Jangan takut ambil orang yang kurang pengalaman tapi ada sikap yang betul. Latih mereka.

Kesimpulan

Bisnes yang berkembang bukan bermula dengan produk, atau strategi hebat tapi ia bermula dengan siapa yang kita pilih untuk masuk dalam pasukan kita.

Dapat orang yang betul, dengan mindset yang betul, barulah strategi dan pertumbuhan jadi lebih mudah.

No comments:

Post a Comment

Bagaimana nak bina bisnes ketika kita tiada apa-apa?

Kita tiada modal, tiada kenalan, tiada pengalaman, tiada idea nak jual apa. Kita betul-betul kosong. Apa nak buat? Di mana nak mula? Mula de...