Ramai orang mahu jadi kreatif. Dalam iklan jawatan kosong, kita sering lihat majikan mencari calon yang “kreatif dan inovatif.” Malah, ada juga kursus dan bengkel khas ditawarkan semata-mata untuk mengajar kita bagaimana mahu jadi kreatif.
Tapi sebelum kita pergi jauh, mari kita kembali kepada asas terlebih dahulu:
Apa Maksud Kreatif?Pada saya, kreatif bermaksud kebolehan untuk menggabungkan dua atau lebih perkara yang nampak tidak berkaitan dan menghasilkan sesuatu yang baru, bermanfaat dan unik.
Steve Jobs pernah kata:
“Creativity is just connecting things.” ~ Wired Magazine
Contoh paling klasik – iPhone.
Sebelum iPhone, handphone kelihatan hampir sama semuanya: rupa yang hampir sama, ada keypad dan hanya ada fungsi asas iaitu call dan SMS.
Ia nampak boring. Tak menarik.
Bila Steve Jobs datang, dia ubah semuanya. Dia gabungkan beberapa teknologi yang berasingan:
-
Internet (sebelum ini hanya di komputer)
-
MP3 player (guna iPod atau peranti khas)
-
Email (bukan dalam telefon, kalau adapun masa tu dalam Blackberry dan hanya digunakan oleh orang korporat saja)
-
Handphone biasa
Kesemua ini digabungkan menjadi satu alat iaitu iPhone. Ia bukan saja menjadikan fungsi lebih efisien malah nampak menarik dan cool.
Ia juga menukar terus lanskap telefon bimbit di seluruh dunia. Semua orang nak ikut macam iPhone.
Inilah kekuatan kreativiti. Gabungkan perkara yang kelihatan tidak berkaitan, hasilkan sesuatu yang rare dan berimpak.
Macam mana nak jadi kreatif?Ini antara cara yang kita boleh amalkan:
1. Dapatkan input dari pelbagai sumberKita perlu faham yang kreatif ini tidak datang tiba-tiba. Ia tidak datang dari out of no where. Ia datang dari input dalam kepala otak kita.
Garbage in, garbage out. Kalau maklumat sampah yang masuk dalam kepala kita, maka sampah la yang akan keluar. Jadi kita perlu masukan input atau maklumat yang bermanfaat dalam minda kita. Kita masukan input atau maklumat dari pelbagai sumber.
-
Baca buku dari pelbagai genre, bukan satu bidang sahaja
-
Tonton dokumentari, filem dan konten dari budaya lain
-
Cuba hobi baru atau aktiviti luar kebiasaan
-
Bergaul dengan orang luar dari circle biasa kita – orang industri lain, latar belakang berbeza
Jangan harap otak kita boleh simpan semuanya. Kreatif bermula bila kita boleh ingat atau rujuk semula input yang ada.
-
Bawa buku nota, kalau saya, saya tulis dalam telegram ja.
-
Tangkap gambar, simpan artikel, rekod perbualan menarik
-
Idea kecil hari ini mungkin jadi big idea esok
Inilah proses sebenar kreativiti. Kita perlu hasilkan sesuatu. Hasilkan sesuatu yang menyelesaikan masalah orang.
Tulis buku, cipta lagu, buat applikasi, kongsi idea, buat konten, rekod podcast, tulis blog atau apa saja perkara yang beri manfaat pada orang ramai.
Buat sungguh-sungguh. Be generous - bak kata Seth Godin.
Cuba ambil dua atau lebih idea yang nampak tak ada kaitan, fikirkan bagaimana ia boleh digabungkan.
Proses ini bukan berlaku sekali. Kadang-kadang ambil masa, tapi bila berlaku hasilnya magik.
Kreativiti bukan bakat semula jadi semata-mata. Ia satu kemahiran yang boleh dibina dan diasah.
Ia bermula dengan sifat ingin tahu kita, bermula dengan sifat kemurahan hati kita untuk beri manfaat pada orang, bermula dari sifat mahu selesaikan masalah orang dan akhirnya keberanian untuk menghasilkan sesuatu.
Orang yang kreatif ialah orang yang berani berfikir di luar kebiasaan bukan kerana mereka mahu nampak pelik, tetapi kerana mereka mahu cari solusi baru yang memberi manfaat pada orang.
No comments:
Post a Comment