Dalam hidup, kita mungkin selalu dalam dilema ketika membuat keputusan.
Nak untung jangka masa pendek atau jangka masa panjang?
Nak belajar atau nak kerja?
Nak kerja makan gaji atau berniaga?
Perasan tak?
Setiap kali kita nak buat keputusan besar dalam hidup, kita selalu hadkan pilihan kepada satu pilihan saja. Kita suka pakai "OR" (ATAU).
Masalahnya, bila kita guna OR, kita sendiri yang mengecilkan pilihan hidup kita.
Kita cipta satu dunia di mana seolah-olah hanya ada dua pintu. Pilih satu, tinggal satu.
Sedangkan, dunia ini sebenar tak sempit macam itu.
Dunia ini luas. Maka sepatutnya kita ada banyak pilihan.
No "Tyranny of the OR" (Embrace the "Genius of the AND")
Jim Collins dalam buku Built to Last panggil ini sebagai prinsip “No Tyranny of the OR” (Embrace the "Genius of the AND")
Maksudnya: Kenapa perlu hadkan diri kepada satu pilihan (OR) , sedangkan kita boleh ja pilih kedua-duanya (AND) ?
Dengan hanya tukar perkataan OR kepada AND, kita dah besarkan pilihan kita.
Daripada - Nak untung jangka pendek atau jangka panjang? Boleh ja kepada - Nak untung jangka pendek dan juga jangka panjang.
Daripada - Nak belajar atau nak kerja? Boleh ja kepada - belajar sambil bekerja.
Daripada - Nak kerja makan gaji atau berniaga?Boleh ja kepada - kerja makan gaji sambil belajar berniaga.
Bila kita tukar “ATAU” kepada “DAN”, kita sudah ubah cara kita berfikir.
Kita sudah besarkan pandangan kita.
Kita jadi lebih kreatif, lebih terbuka dan lebih berani mencipta jalan baru.
Kenapa ini penting?
Kerana,
Hidup ini bukan hanya ada hitam dan putih.
Hidup ini bukan hanya ada satu jawapan - Betul atau salah.
Tapi hidup ini ada berbagai-bagai warna.
Ada berbagai jawapan dan pilihan.
Selagi perkara itu tidak menyalahi agama dan menyalahi undang-undang - Kenapa kita perlu hadkan pilihan kita.
Kita perlu melihat dengan lebih luas dan berfikir lebih dalam ketika membuat keputusan.
Orang yang bijak bukan sekadar mereka pilih A dan tolak B.
Tapi orang yang bijak mereka mampu gabungkan A dan B untuk cipta laluan mereka sendiri.
Bak kata F. Scott Fitzgerald
" The test of a first-rate intelligence is the ability to hold two opposed ideas in the mind at the same time and still retain the ability to function".
Kesimpulan
Hidup ini bukan zero-sum game.
Kalau pilih A, kena lepaskan B.
Kalau aku menang , dia mesti kalah.
Kalau aku betul, dia mesti salah.
Tidak, bukan macam itu.
Jangan sempitkan diri dengan "ATAU".
Jangan sempitkan diri dengan "ATAU".
Latih diri kita untuk berfikir lebih mendalam. "Bagaimana aku boleh capai kedua-duanya?"
Bukan - Yang mana satu aku perlu korbankan?
Fikir “AND”, bukan “OR”.
Fikir “AND”, bukan “OR”.
No comments:
Post a Comment