Monday, November 16, 2026

Ini rupanya 3 tahap kehidupan yang kita mahu supaya tidak stress

Bagaimana kita mahu menetapkan matlamat hidup kita?

Ramai orang menetapkan matlamat yang tinggi dalam hidup. Maka dia bekerja keras untuk mencapainya.

Ok ja. Tapi yang tak ok atau jadi masalah apabila kerja keras itu memberi mudarat pada diri. Dia mula rasa terlalu stress, rasa tak bahagia, abaikan banyak perkara sehingga dia terlepas banyak perkara penting seperti masa bersama keluarga, masa untuk diri berehat dan masa beribadah. 

Apa yang kita mahu ialah matlamat yang beri kita arah, yang boleh tolak kita bekerja keras dan dalam masa yang sama kita masih ada masa untuk keluarga, masa untuk diri sendiri dan paling penting masa untuk beribadah.

Bagaimana nak dapatkan benda ini? Kita perlu jelas dengan matlamat kita. Kita perlu ada 3 matlamat mengikut tingkatan atau tahap. 

Tahap satu, tahap paling rendah atau paling asas sekali. Apakah perkara asas sekali yang kita mesti ada supaya kita masih boleh bergerak maju kehidupan. Contoh tahap satu - mungkin kita masih boleh duduk menyewa di flat, ada sebiji kereta second hand myv, atau kereta baru saga. Makan 2 kali sehari, nasi dengan telur atau ayam goreng. 

Tahap dua, tahap pertengahan. Perkara asas sudah boleh dipenuhi dan kita tambah dengan perkara kehendak. Contoh - kita boleh menyewa di rumah teres atau appartmen. Boleh makan 3 kali sehari, makan diluar, makan sedap apa saja yang kita mahu tanpa perlu fikir sangat duit yang akan tinggal. Ada 2 biji kereta baru. 1 kereta myv, dan 1 lagi kereta mahal sikit seperti Toyota, Honda atau kereta yang berharga 150k ke atas. 

Tahap 3, tahap tinggi yang kita mahu capai. Mungkin kita sudah boleh beli rumah teres 2 tingkat berharga 500k tanpa risau nak bayar bulanan. Ada kereta mewah seperti BMW dan Mercedes. Boleh pergi bercuti luar negara 2 kali setahun dan sebagainya. 

Bila kita sudah ada matlamat yang jelas, kita boleh ukur dan lihat tahap kehidupan kita di mana. Jikalau kita belum sampai tahap pertama, janganlah kita letak matlamat kita terus pada tahap 3. Stress dan sakit kepala kita nanti. 

Kita kejarlah impian kita ikut tahap. Naik perlahan-lahan tanpa melangkau. Itu lebih konsisten dan bagus. 

No comments:

Post a Comment

Naik sikit-sikit, lama-lama jadi bukit.

Naik sikit-sikit, lama-lama jadi bukit. Ini hukum alam. Banyak perkara-perkara yang hebat dan bernilai dalam alam ini mengambil masa yang la...