Ada orang simpan duit beratus ribu dalam bank, bila dia mati, dia tinggal duit itu. Duit itu tidak ikut masuk dalam kubur dia. Duit yang dia kumpul itu dibahagikan kepada warisnya.
Ada orang buat rumah besar, setiap hari dia datang lihat masa pembinaan. Tapi bila rumah itu siap, dia baru duduk satu hari, esoknya dia meninggal. Rumah tersebut tidak ikut dia dalam kubur. Rumah tersebut untuk warisnya.
Begitulah sifat dunia, ianya sangat menarik, berkelirpan, ramai orang tertarik kepadanya, tapi ia mudah tipu kita.
Jadi salah ke kejar dunia?
Tak salah.
Islam tak suruh buang dunia.
Islam suruh ambil dunia.
Tapi biar berpada.
Ambil yang halal dan tinggalkan yang haram.
Ambil dunia untuk buat ketaatan.
Tidak terleka dan terlalu bersedap-sedap dengan dunia.
Kita mahu hidup yang tenang.
Cukup duit untuk keperluan hidup kita.
Mampu memberi manfaat kepada orang lain.
Kita boleh buat kerja yang kita suka.
Tidak terlalu hustle, sehingga abaikan banyak benda.
Ada masa untuk bekerja, untuk keluarga, untuk ibadah dan untuk diri sendiri.
Akhirnya, kita mahu kehidupan bahagia di dunia dan terutamanya di akhirat.
No comments:
Post a Comment