Malah ia saling lengkap melengkapi. Ia umpama 2 sayap burung yang diperlukan untuk terbang.
Sebab itu, Naval Ravikant cakap :-
"Impatience with actions, patience with results.” - Naval Ravikant
Maksudnya tidak sabar untuk bertindak, tetapi bersabar menunggu hasil.
Apa maksud sebenar Naval ni?
Apabila kita ada idea, sudah fikirkan strateginya, sudah ambil kira semua perkara, kita terus saja laksanakan dan ambil tindakan. Jangan berlengah, jangan tunggu sempurna.
Dan setelah kita ambil tindakan, kita bersabar menunggu hasilnya. Jangan terlalu cepat mahu melihat kejayaan, kerana kejayaan itu memerlukan masa.
Bersabar menunggu hasil di sini bukan bermaksud kita buat tindakan melulu tanpa berfikir.
Sudah tentu kita kena jelas apa yang mahu dicapai,tentukan masanya, tentukan ukurannya, kita lihat perkembangannya, kita analisa dan perbaiki.
Ini semua memerlukan kita berfikir.
No comments:
Post a Comment