Ada orang kata jangan berfikir sangat terus buat action atau tindakan.
Nanti kalau berfikir sangat, kerja tak jalan.
Kalau berfikir sangat, tunggu setahun pun tak mula buat.
Betul ke?
Ya betul tu. Memang ada jenis orang yang tak suka bertindak, jenis yang asyik rancang dan mesyuarat saja.
Jenis orang yang suka cari alasan. Tujuan dia berfikir itu hanya sekadar alasan untuk sedapkan diri sendiri.
Dia kata "aku sedang berfikir untuk cari cara terbaik, aku sedang berfikir untuk buat rancangan terbaik". Akhirnya satu kerja pun tak jalan.
Kepada golongan macam ini, iya. Kena fokus pada tindakan.
Di satu sudut pula, ada satu jenis golongan yang jenis bertindak membuta tuli.
Buat saja tanpa berfikir, tanpa merancang dan strategi.
Dia langgar dinding berkali-kali sampai berdarah teruk. Dia rugi berkali-kali sampai tak boleh bangun.
Buat kesalahan bodoh berkali-kali,tanpa belajar dari kesilapan lepas.
Dia rajin dan berkerja keras setiap hari. Dia sentiasa sibuk tapi tak da hasil.
Kita pun tidak mahu jadi macam golongan ni juga.
Jadi apa solusi?
Kita kena duduk di tengah-tengah.
Kita kena adil - menggunakan sesuatu pada tempatnya.
Semula mula, kita duduk berfikir dengan mendalama. Apa pelan tindakannya, apa strateginya, apa peluangnya, apa risikonya, apa matlamatnya dan sebagainya.
Kemudian, terus laksanakan tindakan. Buat sikit-sikit tanpa tunggu masa terbaik, tanpa tunggu cara terbaik, kerana kita faham tiada masa dan cara terbaik.
Bila dah buat, kita rekodkan hasilnya, kita analisa datanya, kita perbaiki dan perbetulkan sehingga kita capai matlamat yang kita mahu.
Berfikir dan bertindak ia tidak berlawanan. Ia saling lengkap melengkapi. Ia mesti jalan seiring. Ia umpama 2 sayap burung yang kena berfungsi.
No comments:
Post a Comment