Manusia secara semulajadinya cenderung atau mudah tertarik pada benda-benda yang berkilau, pada benda yang menonjol, pada benda yang cantik, yang menarik, yang terbaru , yang nampak hebat, yang trending dan sebagainya.
Normal la ada sifat ni, cuma sebagai owner bisnes, yang setiap hari membuat keputusan dalam bisnes, kena berhati-hati dengan sindrom shinny object ni.
Ia akan jadi masalah jika sindrom ini mempengaruhi kita dalam membuat keputusan. Terutamanya dalam keputusan-keputusan yang besar.
Contoh dalam konteks bisnes.
Kita mudah tertarik kepada peluang-peluang yang kata mudahnya berniaga, yang kata dalam masa 7 hari boleh buat duit 5 angka, yang kata tak perlu susah-susah cari pelanggan, yang nampak trending dan sebagainya.
Kemudian mereka tunjukan simbol-simbol kekayaan seperti kereta mahal, rumah besar dan cara hidup mewah dengan hasil perniagaan tadi.
Mereka tunjuk ramainya pelanggan beratur membeli, tunjuk parcel bertimbun-timbun untuk dihantar.
Bahaya "shinny object" ni, kita mudah tertarik untuk mencuba tanpa buat kajian mendalam.
Tanpa lihat keadaan dan keupayaan kita sekarang, tanpa menimbang baik dan buruknya dimasa akan datang.
Kita takut jika kita buat perkara tu sekadar ikut-ikut. Tanpa buat pelan dan strategi yang betul.
Sudahnya kita tinggal projek yang kita usahakan sekarang, buat benda baru, mula balik dari kosong. Kan bazir masa tu
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Bagaimana nak bina bisnes ketika kita tiada apa-apa?
Kita tiada modal, tiada kenalan, tiada pengalaman, tiada idea nak jual apa. Kita betul-betul kosong. Apa nak buat? Di mana nak mula? Mula de...
-
Mungkin ada orang tanya, salah ke kejar impian? Kejar matlamat yang kita mahu dalam hidup ini? Jawabnya tak salah. Tiada siapa pun kata sa...
-
Sekarang ini tahun 2026, banyak perkara yang menjadi mudah dengan adanya AI atau artificial inteligence ni. Terutamanya dalam bab mencari ...
-
Kalau kita tanya orang apakah impian yang dia mahu capai, kebanyakannya akan menjawab seperti:- *Mahu duit yang banyak. *Mahu rumah dan ker...
No comments:
Post a Comment