Sunday, February 2, 2025

Kenapa anda perlu belajar berfikir dengan baik?

"Eh berfikir pun kena belajar ke? Setiap hari aku berfikir"

Kalau anda kata begitu tunggu sekejap, cuba fikir dan faham betul-betul dulu apa yang anda fikir setiap hari tu.

Kebanyakan orang hanya berfikir perkara yang mudah. Maksudnya mereka hanya berfikir pada perkara yang tidak memberi kesan atau impak besar pada kehidupan kalau salah dalam membuat keputusan.

Mereka hanya berfikir perkara yang kecil-kecil seperti mahu makan di mana, mahu makan apa, nak lepak dimana dan sebagainya.

Benda-benda ini tak perlu fikir pun. Sepatutnya kita sudah tentukan awal lagi keputusan tersebut.

Tak perlu buang masa nak fikir makan apa macam sesetengah orang tu. Nak pilih makanan pun ambil masa 15 minit.

Kita perlu habiskan masa untuk fikir perkara yang besar. Perkara yang beri kesan atau impak besar pada kehidupan kita.

Nak kerja apa? Nak ambil jurusan apa? Nak meniaga apa? Apa strategi untuk capai impian kita? dan sebagainya.

Perkara ini memerlukan kita berfikir secara mendalam. Bukan berfikir secara permukaan.

Kita berfikir sebab kita nak buat keputusan yang betul.

Hidup kita hari ini adalah hasil dari pilihan yang kita buat sebelum ini.

Jika hidup kita susah cuba lihat apa yang kita dah buat sebelum ini. Apa pilihan yang kita buat 5 tahun lepas. Kita pilih untuk buat apa?

Kita juga berfikir sebab nak selesaikan sesuatu masalah.

Albert Eintein kata apabila dia jumpa sesuatu masalah yang susah, dia akan habiskan banyak masa untuk memahami masalah tersebut dengan jelas.

Dia kata lagi, memahami sesuatu masalah dengan jelas telah menyelesaikan 80 peratus masalah tersebut.

Oleh itu, kita perlu duduk berfikir dengan mendalam jika menghadapi sesuatu masalah.

Terutamanya pada masalah yang besar, pada masalah yang beri kesan besar pada hidup kita,

Kita boleh datangkan banyak idea yang bernas dengan berfikir secara mendalam.

Apabila kita berhenti berfikir pada sesuatu perkara seperti orang lain, maka kita akan sampai pada satu kesimpulan yang sama seperti lain.

Sebab itu idea kita juga sama seperti orang lain. Kita tidak istimewa.

Dalam bisnes, jika kita sama seperti orang lain, kita tak boleh nak jual mahal. Kita juga mungkin susah nak jual produk kita.

Kenapa pelanggan nak beli dari kita bukan dari orang lain. Sudahnya kita buang harga sebab nak bersaing.

Edward Oakley Thorp, seorang Professor Matematik dan penulis buku terkenal.

Dia kata ""Dari mana sesuatu idea itu datang? Idea saya datang duduk dan berfikir "

No comments:

Post a Comment

Bagaimana nak bina bisnes ketika kita tiada apa-apa?

Kita tiada modal, tiada kenalan, tiada pengalaman, tiada idea nak jual apa. Kita betul-betul kosong. Apa nak buat? Di mana nak mula? Mula de...