Apa maksud pemimpin?
Bila kita kata pemimpin apa yang kita faham dengan maksud pemimpin? Ini biasanya perkara yang kita faham:-
Pemimpin mesti ada orang dipimpin, atau pengikut. Dia tidak dipanggil pemimpin jika tidak orang yang dipimpin atau pengikut.
Sekiranya kita seorang pemimpin atau mahu jadi seorang pemimpin, persoalan yang sepatutnya kita perlu tanya pada diri sendiri ialah:-
1.Kenapa orang nak ikut kita?
2.Mereka nak ikut kita pergi ke mana? atau kemana kita nak bawa mereka?
3.Apa manfaat yang mereka dapat jika ikut kita?
Kenapa kita kena tanya soalan-soalan seperti ini? Sebab asas dalam kepimpinan ialah empati. Kita melihat sesuatu itu dari sudut pandang orang lain, atau dalam konteks kempimpinan dari sudut pandang pengikut kita.
Jika kita pemimpin bisnes, sepatutnya kita perlu melihat sesuatu itu dari sudut pandang staf kita. Kenapa mereka mahu bekerja di bawah kita, apakah yang mereka mahu capai, apa manfaat yang mereka mahu.
Dari sudut pandang pelanggan pula, kenapa pelanggan mahu membeli dengan kita bukan dari orang lain, apa yang mereka mahu capai dan sebagainya.
Dari sudut pandang vendor atau supplier, kenapa mereka mahu supply pada kita, apa manfaat yang mereka dapat.
Jika kita dapat penuhi kehendak mereka, dengan sendirinya mereka akan ikut kita. Tak perlu dipaksa, tak perlu disuruh. Mereka tentu akan ikut kita.
No comments:
Post a Comment