Hari ini pekerja saya buat silap lagi. Syarikat terpaksa keluar kos yang lebih disebabkan kesilapan tersebut.
Jadi sebagai bos apa reaksi sepatutnya yang kita kena tunjukan?
Sebagai pemimpin syarikat bagaimana kita mahu respon perkara ini?
Ini apa yang saya biasa buat.
1. Beradab ketika marah.
Kita ni manusia jadi marah itu adalah normal. Siapa yang tak marah jika pekerja buat silap kan? Tambahan pula kesilapan itu menyebabkan syarikat rugi.
Bagi saya boleh marah tapi marah secara beradab. Maksudnya marah dengan tidak memaki, tidak perlu menjerit , tidak perlu memalukan depan orang, tidak membebel sampai ungkit atau cakap perkara yang tidak ada kaitan.
2. Tunjukan akibat dari kesilapan
Cukup kita tunjukan pada pekerja akibat dari kesilapan dia. Pekerja kena tahu akibat dari kesilapan yang dia buat. Apa kerugian yang ditanggung oleh syarikat.
3. Apa solusi kepada masalah tersebut.
Kesilapan sudah berlaku, benda lepas biarlah lepas. Bukan boleh diubah. Jadi kita terus cari solusi untuk selesaikan masalah yang terjadi atau perbetulkan kesilapan yang telah dilakukan.
Saya suka minta pekerja itu berikan solusi kepada masalah tersebut atau perbetulkan kesilapan yang dilakukan. Ini supaya staf ambil tanggungjawab terhadap masalah atau kesilapan yang dia telah lakukan.
4. Apa pengajaran dan cara untuk pastikan masalah tersebut tidak berulang lagi.
Belajar dari pengalaman, belajar dari kesilapan. Saya juga akan minta pekerja belajar dari kesilapan dan cari cara untuk pastikan kesilapan tidak diulang lagi di masa akan datang.
5. Perbaiki diri sendiri.
Sebagai pemimpin kita sendiri kena ambil tanggungjawab apabila pekerja berlaku kesilapan. Mereka di bawah kita.
Kita renung balik diri kita, apa yang kita dah buat untuk bantu mereka? Apa yang kita dah buat untuk tingkatkan kemahiran dan pengalaman mereka supaya mereka tidak buat silap lagi.
No comments:
Post a Comment