Ramai orang melihat dunia ini hitam dan putih saja. Ramai orang apabila membuat keputusan dia melihat hanya 2 hasil saja iaitu betul atau salah, baik atau buruk.
Sebab itu, bila dia buat sesuatu keputusan dan hasilnya betul dia rasa seronok terlajak, dia rasa diri dia hebat, dia rasa diri dia betul semua.Manakalah disatu sisi pula, apabila dia buat keputusan dan hasilnya salah, hasilnya buruk. Dia rasa bersalah sangat, dia rasa diri dia teruk, menyesal tak sudah2, dia takut nak mencuba lagi.
Ini antara akibat dari melihat dunia ini dalam bentuk hanya ada hitam dan putih, hanya ada betul dan salah.
Walhal dunia ini terlalu luas, ada banyak perkara yang kita tak tahu, ada banyak benda yang kita belum terokai.
Dunia ini bukan hanya ada hitam dan putih, dunia ini penuh dengan warna warni.
Dunia ini bukan hanya ada betul dan salah. Mungkin ada separuh betul dan separuh salah, mungkin sekarang ini betul dan kedepan nanti salah, mungkin sekarang salah dan kedepan nanti betul.
Kita tak boleh nak pastikan 100% pun hasil keputusan yang kita buat itu. Dan kita memang tak boleh nak betul 100% pun, sebab dunia ini luas, komplikated dan kita tak tahu masa depan.
Apa bila kita buat sesuatu keputusan dan hasilnya betul. Sebenarnya ia bukanlah bermaksud kita itu betul 100%. Mungkin ketika itu memang masa yang tepat, mungkin ada orang yang tolong tapi kita tak tahu dan sebagainya.
Begitu juga apabila kita buat satu keputusan dan hasilnya salah, bukanlah bermaksuk yang kita 100% salah. Mungkin pada ketika itu bukan masa yang tepat, mungkin jalan itu jalan yang betul tapi belum sampai masanya dan sebagainya.
Bila kita fikir macam itu, kita tidak lah rasa terlalu yakin dan takjub sangat dengan diri kita apabila keputusan yang kita buat itu beri hasil yang betul.
Dan kita tidaklah rasa teruk sangat pada diri kita, menyesal tak sudah2 apabila keputusan yang kita buat itu beri hasil yang buruk.
Kita boleh berfikir secara satu spektrum macam di bawah ini.
Salah ----------------------------------------------> Betul
Disatu hujung sudut sini adalah salah, di satu sudut sana adalah betul.
Kita boleh saja duduk diantara ruang salah dan betul.
Segala proses keputusan yang kita buat itu adalah untuk mencapai ke arah betul. Kita tidak akan sampai pada 100% hasil yang betul, kerana kita tak tahu masa depan. Dan kita tak perlu pun untuk pasti 100% betul.
Kita hanya perlu pastikan kita nak pergi ke arah yang betul. Selagi kita hidup , selagi itu lah kita akan perbaiki diri untuk mencapai ke arah yang betul.
No comments:
Post a Comment