Thursday, December 5, 2024

Satu strategi simple yang Jeff Bezos gunakan untuk bangunkan Amazon hingga jadi syarikat billion dolar.

Kenapa strategi penting untuk usahawan?

Apa yang membezakan usahawan yang berjaya dengan usahawan yang masih belum berjaya, yang masih lagi struggle?

Kejayaan sesuatu bisnes bukan lah bergantung pada jumlah masa yang diperuntukan untuk bisnes itu semata-mata, kerana kalau nak ikut jumlah masa, ada ja bisnes yang dah lebih 10 tahun tapi masih struggle, masih belum buat untung. Dan ada juga bisnes yang baru setahun, sudah dapat untung.

Kejayaan sesuatu bisnes itu kebanyakannya bergantung pada strategi yang diguna semasa memulakan dan membangunkan bisnes.

Adakah strategi yang mengikut sistem atau melawan sistem yang ada. Adakah dunia ini menyokong strategi sesuatu bisnes itu, atau strategi yang diguna itu melawan sistem dunia yang ada.

Oleh sebab itu, seseorang usahawan perlu lebih jelas dengan strategi yang dia guna.

Syarikat seperti Amazon contohnya. Syarikat yang bernilai berbilion dollar sekarang ini. Mereka berjaya bukanlah disebabkan apa yang mereka buat itu semua betul. Banyak saja keputusan yang mereka buat tak mencapai matlamat. Banyak saja produk yang mereka hasilkan gagal.

Amazon dulu pernah nak lawan iphone, mereka keluarkan Fire Phone, tapi gagal dan rugi. Mereka pernah hasilkan Amazon Destinations, travel booking service, tapi tak boleh lawan pemain lama yang dah establish seperti Expedia dan Booking.com. dan banyak lagi produk yang gagal.

Tapi apa yang founder Amazon, Jeff Bezos buat ialah, dia guna strategi yang mudah dan fokus pada strategi itu dalam jangka masa yang lama.

Antara strategi Bezos yang simple ialah dia masukkan prinsip "customer obsession" dalam 14 prinsip leadership Amazon. Malah antara visi Amazon ialah dia nak jadi syarikat dalam dunia yang mementingkan pelanggan.

"Our vision is to use this platform to build Earth's most customer-centric company" ~ Jeff Bezos. (1999 letter to shareholder)

Kenapa customer obsession?

Alasannya mudah ja, sebab pelanggan yang beli produk kita. Pelanggan beli bukan sebab dia nak produk tu, tapi untuk menyelesaikan masalah dia, untuk memenuhi desire dia. Jadi secara logiknya, kita memang kena fokus pada pelanggan untuk menjual.

"Figure out customer desire and channel it to our product or service" Ini lebih mudah dari kita nak create desire tu.

Dengan strategi fokus pada customer obsession ini Amazon telah hasilkan produk seperti Kindle, Alexa dan AWS. Produk dan servis ini telah jana keuntungan yang tinggi pada Amazon.

Bila ada yang tanya pada Jeff Bezos, bagaimana dia bangunkan Amazon, apa strategi yang dia guna, bagaimana dia deal dengan dunia bisnes yang tak menentu dan sering berubah ini?

Jeff Bezos cakap dia tak fokus pada benda yang berubah, dia fokus pada benda yang susah nak berubah, iaitu harga yang murah, pilihan yang banyak dan penghantaran yang cepat.

3 benda ni susah nak berubah, manusia sentiasa nak harga yang murah, banyak pilihan dan penghantaran yang cepat. Jadi Bezos fokus untuk bangunkan 3 perkara ini dalam bisnes dia.
.

"In our retail business, we have strong conviction that customers value low prices, vast selection, and fast, convenient delivery and that these needs will remain stable over time. It is difficult for us to imagine that ten years from now, customers will want higher prices, less selection, or slower delivery.

Our belief in the durability of these pillars is what gives us the confidence required to invest in strengthening them. We know that the energy we put in now will continue to pay dividends well into the future.” ~ Jeff Bezos (2008 Letter to shareholder)
.

Kesimpulannya apa?

Kita kena pilih strategi yang betul dalam membangunkan bisnes. Bagaimana nak tahu strategi itu betul atau tak? Ini kita akan cuba explore lagi nanti.

No comments:

Post a Comment

Bagaimana nak bina bisnes ketika kita tiada apa-apa?

Kita tiada modal, tiada kenalan, tiada pengalaman, tiada idea nak jual apa. Kita betul-betul kosong. Apa nak buat? Di mana nak mula? Mula de...