Thursday, November 21, 2024

Strategi berkesan memperbaiki diri.

Proses memperbaiki diri adalah proses yang berterusan.

Ia adalah perubahan kecil dan pembaikan yang kita kena pastikan untuk buat setiap hari.

Kita harap perubahan atau tindakan kecil yang kita buat setiap hari itu akan memberi kesan yang ketara pada matlamat kita suatu hari nanti

Ramai orang apabila mahu berubah untuk memperbaiki diri, mereka lebih suka menetapkan matlamat yang besar, mereka suka membuat perubahan yang drastik demi untuk mencapai matlamat mereka dalam masa yang singkat.

Kita selalu fikir yang sebarang perubahan yang kita hendak buat mestilah ia perubahan yang besar dan dapat dilihat kesan perubahan serta merta.

Sama ada dalam situasi mahu turunkan berat, membangunkan bisnes, mendapat kenaikan pangkat atau apa sahaja matlamat.

Kita selalu beri tekanan pada diri untuk membuat perubahan yang drastik yang boleh dilihat oleh semua orang.

Contoh:

* Kalau boleh dari berat 80kg, minggu depan terus turun 60kg atau dah boleh pakai baju saiz M.

* Kalau buat bisnes hari ini, bulan depan dah untung ribu-ribu.

*Sebelum ini kita tak pernah bersenam. Kita nak berubah kearah hidup yang lebih sihat dengan mahu bersenam setiap hari. Terus esok pagi kita lari jogging 10 km.

*Sebelum ini kita tak kisah tentang pemakanan sihat, sebelum ini, kita makan apa saja makanan yang bergula tinggi. Kita nak berubah menjaga kesihatan dengan makan makanan yang sihat. Esoknya kita terus tak makan langsung makanan yang berkarbo dan bergula. Terus nak makan sayur-sayuran saja.

*Dan banyak lagi contoh ekstrem yang biasa dilakukan oleh seseorang apabila mahu berubah.

Bagi sesetengah orang mungkin cara ini berkesan pada mereka, tapi biasanya cara ini akan menyebabkan kita penat dan tak tahan lama atau konsisten.

Kita semua faham yang kejayaan itu tak datang dalam satu malam. Ia memerlukan masa.

Jadi, sepatutnya kita fokus pada pembaikan yang berterusan. Kita buat tindakan-tindakan kecil setiap hari, Sedikit demi sedikit kita tambah baik diri kita setiap hari.

Contoh.

*Kita nak mula bersenam, jangan la pergi lari terus 5 km. Kita berjalanlah kaki satu pusingan taman setiap hari. Kalau tak mampu setiap hari, dapat buat 3 kali seminggu pun ok dah. Tapi pastikan setiap minggu.

*Kita nak mula makan makanan yang sihat, kurang gula, kurang karbo. Janganlah terus tak makan langsung, terus makan sayur saja. Buat lah jadual, isnin, selasa, rabu tak yah makan. Hari seterusnya makan lah sikit. Kemudian ulang jadual seterusnya.

*Kita nak mula berbisnes, janganlah terus pergi sewa kedai ribu-ribu, borong produk banyak-banyak. Cuba jual sikit-sikit dulu.

Sebenarnya, tindakan kecil atau perubahan kecil yang kita buat secara konsisten itu sangat bermakna dan memberi kesan terutamanya dalam jangka masa panjang.

Kita selalu terlepas pandang kelebihan membuat tindakan kecil yang betul setiap hari.

Memang pada permulaan, kita tak nampak sangat kesan tindakan kecil tu, tak nampak kesan yang ketara pada kita.

Tapi kita harus ingat yang masa berjalan dengan cepat, tindakan kecil yang kita buat setiap hari tu akan terkumpul dan sampai masa ia akan beri kesan pada si pelakunya. Itu lah kesan "compounding"

Ini perkara asas kalau nak berubah. Ia benda yang boring dan tak seksi. Sebab itu kita tak endah sangat.

Tapi sebenarnya, perkara-perkara yang kita terlepas pandang, yang boring dan tak seksi inilah yang akan beri impak besar pada hidup kita satu hari nanti.

No comments:

Post a Comment

Bagaimana nak bina bisnes ketika kita tiada apa-apa?

Kita tiada modal, tiada kenalan, tiada pengalaman, tiada idea nak jual apa. Kita betul-betul kosong. Apa nak buat? Di mana nak mula? Mula de...