Cuba fikirkan satu keputusan yang anda buat 6 bulan lepas, dan lihat hasilnya sekarang, adakah ia baik atau buruk?
Ramai orang fikir bila buat satu keputusan dan hasilnya baik, itu adalah a good decision, manakala, sebaliknya, ramai orang fikir apabila buat satu keputusan dan hasilnya teruk, itu adalah a bad decision. Jika kita faham macam ini, maksudnya kita masih belum faham sepenuhnya tentang perihal membuat keputusan yang betul.Proses membuat keputusan adalah tidak berkenaan langsung dengan hasil yang kita dapat.
Jika, anda main loteri, dan hasilnya anda menang 1 juta - ini bukanlah keputusan yang betul, ia tetap keputusan yang salah.
Jika, anda beri rasuah dan anda dapat projek 1 juta - ini bukanlah keputusan yang betul, ia tetap keputusan yang salah.
Kerana ia melawan prinsip agama, ini bukan caranya untuk meningkatkan kekayaan.
Jika anda buat keputusan untuk tidak ambil rasuah, dan hasilnya anda tidak kaya, hidup biasa-biasa saja - ini adalah keputusan yang betul.
Jika anda mula menulis setiap hari tentang idea, tentang pendapat anda dan hasilnya tidak siapa yang baca pun - ini adalah keputusan yang betul.
Proses membuat keputusan yang betul atau baik tidak bersangkut paut dengan hasil yang dihasilkan. Kita kena asingkan antara hasil dan proses membuat keputusan.
Jika ketika membuat keputusan itu kita faham kenapa kita buat keputusan itu, kita tahu dan sedar kenapa kita pilih keputusan tersebut, kita buat keputusan dengan teliti dan kita buat pilihan kita, maka itu adalah keputusan yang betul atau baik
Tak kisahlah walau apa pun hasilnya.
No comments:
Post a Comment