Kenapa saya kata begitu? Kerana ramai orang suka buat perkara yang tidak realistik, melawan hukum, dan tidak rasional.
Jom saya beri contoh dalam membangunkan bisnes.
Ramai usahawan mahukan hasil yang cepat.
Bayangkan, anda baru mula bisnes bulan lepas, tiba-tiba mahu capai jualan RM50,000 sebulan.
Baru belajar pemasaran hari ini, bulan depan mahu jualan RM50,000.
Baru belajar buat iklan minggu ini, bulan depan mahu RM100,000.
Tidak salah berimpian tinggi, tapi kita mesti realistik dan rasional.
Kita kena faham, kejayaan bisnes tidak datang daripada satu “magic bullet”. Ia bukan kerana satu strategi hebat atau satu keputusan besar yang betul.
Kejayaan datang daripada banyak keputusan kecil yang betul, diulang secara konsisten dalam jangka masa panjang.
Kejayaan tidak berlaku dalam satu malam. Dan jika ia berlaku dengan pantas, percayalah, ia jarang bertahan lama kerana asasnya rapuh.
Bayangkan api kecil. Jika anda tuang minyak petrol, ia marak dengan cepat, tapi cepat juga ia padam.
Berbeza jika api itu menyala perlahan dari dalam, membakar arang hingga bara jadi kuat. Api itu sukar dipadam.
Begitulah kejayaan, ia dibina sedikit demi sedikit, konsisten, sehingga menjadi kukuh. Bukan dengan gopoh, bukan dengan jalan pintas.
Konsep Flywheel.
Dalam membina kejayaan saya suka dengan konsep flywheel yang dipopularkan oleh Jim Collin dalam buku Good to great ni.
Flywheel (roda tenaga) ialah kiasan kepada roda besar yang sangat berat – pada awalnya sukar digerakkan, tetapi bila kita tolak berulang kali, ia akan mula berpusing, perlahan-lahan semakin laju, dan akhirnya terus berputar sendiri tanpa perlu tenaga yang besar.
Maksud Flywheel dalam konteks bisnes
1. Tiada satu tindakan besar yang menyebabkan syarikat jadi hebat.
1. Tiada satu tindakan besar yang menyebabkan syarikat jadi hebat.
- Kejayaan bukan datang dari satu strategi “magic” atau keputusan sekali gus.
- Ia hasil daripada banyak langkah kecil yang konsisten, berlandaskan visi dan disiplin.
- Setiap tindakan yang betul (walaupun nampak kecil) menambah tenaga pada roda.
- Lama-kelamaan, usaha ini berkumpul dan mencetuskan “momentum” yang sukar dihentikan.
3. Bila momentum cukup kuat, bisnes berkembang lebih mudah.
- Pesaing sukar mengejar sebab kita sudah bergerak dengan tenaga sendiri.
- Tapi untuk sampai ke tahap itu, ia perlu kesabaran, fokus dan konsistensi. Bukan kita lompat-lompat strategi.
Begitulah dalam kehidupan kita. Tak kiralah sama ada dalam bisnes atau apa jua bidang yang kita ceburi, kita perlu cari dan bina flywheel kita.
Bagaimana nak bina flywheel? Kita akan terokai lagi nanti.
No comments:
Post a Comment