Salah satu idea besar dalam buku Good to Great ialah kejayaan bisnes bukan hanya bergantung kepada strategi hebat atau CEO berkarisma.
Kejayaan sebenar datang daripada disiplin, budaya yang kukuh dan keputusan kecil yang konsisten dalam jangka masa panjang.
Saya nak kongsi berkenaan disiplin - khususnya bagaimana kita boleh kekal konsisten walaupun dunia penuh cabaran dan godaan.
Manusia secara semula jadi suka hasil cepat dan jalan pintas. Lagi sukar bila kita nampak orang lain berjaya dengan cara berbeza, rasa nak tukar haluan dan ikut mereka.
Masalahnya, tanpa disiplin kita mudah berhenti separuh jalan, bertukar bisnes dan akhirnya tiada apa yang betul-betul jadi.
Jadi, bagaimana nak kekal berdisiplin tanpa rasa penat atau putus asa?
Dalam buku Great by Choice, penulis, Jim Collins ada memperkenalkan konsep 20 Mile March
Apa Itu 20 Mile March?
20 Mile March adalah prinsip disiplin yang membantu kita bertahan dalam keadaan yang tak menentu, sukar diramal dan penuh cabaran.
Prinsipnya mudah: Bergerak secara konsisten - tidak terlalu perlahan, tapi juga tidak terlalu gopoh.
Bayangkan anda berjalan dari Perlis ke Johor Bahru.
Kalau anda komited berjalan 20 km setiap hari, tak kira hujan atau panas, anda pasti sampai.
Tapi kalau satu hari adan berjalan 40 km sebab cuaca baik, kemudian rehat berhari-hari sebab hujan, anda akan penat dan mungkin tak sampai ke destinasi.
Ciri-Ciri 20 Mile March
2. Ada had minimum & maksimum
Minimum: tak boleh kurang dari 20 km.
Maksimum: tak boleh lebih dari 20 km walaupun rasa mampu - supaya tak burnout.
3. Berdasarkan kawalan diri, bukan emosi atau keadaan luar
Tak ikut mood, trend pasaran atau tekanan luar.
4. Konsisten dalam tempoh panjang
Bukan semangat bermusim atau projek sementara
Contoh Dalam Dunia Sebenar
Southwest Airlines adalah contoh klasik.
Ketika banyak syarikat penerbangan rugi, Southwest untung selama 30+ tahun berturut-turut.
Rahsianya? Mereka berdisiplin untuk berkembang pada kadar stabil, bukan terlalu cepat walaupun mampu. Itu adalah "20 Mile March" mereka.
Cara Aplikasi dalam Hidup atau Bisnes
Jika anda usahawan:
- Tetapkan target harian: hubungi minimum 5 prospek baru setiap hari.
- Jangan overwork bila bersemangat. Fokus pada konsistensi.
- Jangan slow down bila mood tiada.
Jika anda nak naik pangkat:
- Disiplin belajar atau upgrade skill setiap minggu.
- Hantar laporan tepat waktu walaupun bos tak minta.
- Konsisten perform walaupun belum ada ganjaran.
Kenapa penting konsep "20 mile march ini?
- Disiplin membantu kita bertahan dalam ketidakpastian.
- Konsistensi lebih penting daripada usaha beria-ia tapi sekejap saja.
- Elak burnout, elak terlalu ikut emosi, dan elak sikap gopoh atau terlalu perlahan.
No comments:
Post a Comment