Thursday, July 24, 2025

5 tahap kepimpinan dalam buku good to great

Salah satu ciri penting untuk membangunkan syarikat dari biasa kepada luarbiasa (good to great) ialah kita perlu jadi pemimpin pada tahap 5.

Ada 5 tahap pemimpin yang penulis terangkan dalam buku iaitu:-

Level 1: Capable Individual (Individu Berkeupayaan)

Seorang yang berkemahiran tinggi secara teknikal dan mampu buat kerja sendiri dengan baik.
Mereka seorang produktif dan  boleh menyumbang bakat mereka kepada syarikat.

Kelemahan - Individu pada tahap ini hanya fokus pada diri sendiri. Mereka masih tidak pandai bekerja dalam pasukan atau memimpin orang lain

Contoh:- Jurulatih atau jurutera yang hebat tetapi tak pandai memimpin atau membina pasukan.
 
Level 2: Contributing Team Member (Ahli Pasukan Penyumbang)

Merek boleh bekerja dengan baik dalam pasukan, bukan hanya fokus pada diri sendiri. Mereka mampu menggunakan kemahiran dan pengetahuan untuk membantu pasukan mencapai objektif.

Kelemahan - mereka masih tak mampu memimpin secara rasmi. Mereka masih bergantung pada arahan daripada pemimpin.

Contoh:- Seorang salesperson atau eksekutif yang bagus bekerjasama tapi belum ada kebolehan memimpin.

Level 3: Competent Manager (Pengurus Kompeten)

Mereka boleh mengurus orang dan sumber dengan berkesan. Mereka mampu mencapai objektif jangka pendek dengan mengurus pasukan.

Kelemahan - fokus utama masih pada operasi, KPI dan hasil segera. Belum ada visi jangka panjang atau keberanian untuk ubah permainan.

Contoh:- Manager biasa yang pandai urus operasi tapi kalau dia takda, sistem mungkin tak bertahan.
 
Level 4: Effective Leader (Pemimpin Berkesan)

Mampu mencipta visi dan motivasi untuk capai prestasi yang tinggi. Mereka pandai memberi inspirasi dan menggerakkan orang untuk capai matlamat besar.

Kelemahan - Kejayaan banyak bergantung pada karisma dan kehadiran mereka. Bila mereka pergi, syarikat mungkin jatuh sebab budaya dan sistem tak cukup kuat.

Contoh: CEO yang terkenal dan karismatik, tapi kejayaan syarikat tak bertahan bila dia tiada.

Level 5: High Effective Leader (Pemimpin Tahap Tertinggi)

Gabungan kerendahan hati peribadi dan keazaman profesional yang tinggi. Fokus pada kejayaan jangka panjang syarikat bukan kemasyhuran peribadi.

Mereka Membina budaya, sistem dan pasukan yang terus berjaya walaupun pemimpin pergi. Inilah jenis pemimpin yang bawa syarikat dari “good” ke “great.”

Ini antara ciri-ciri utama seorang pemimpin tahap 5.

1. Merendah diri tapi bukanlah lemah

*Bukan “soft” atau takut buat keputusan tetapi tidak sombong.
*Lebih suka puji pasukan berbanding ambil kredit.

2. Fokus pada kejayaan syarikat bukan kejayaan peribadi

*Tidak kejar populariti atau kekayaan peribadi sahaja.
*Jika perlu, mereka sanggup kekal di belakang tabir demi syarikat.

3. Sedia Mengambil Tanggungjawab Penuh

*Bila gagal mereka salahkan diri sendiri bukan orang lain.
*Bila berjaya mereka puji pasukan bukan diri sendiri.

4. Membina sistem dan ahli pasukan yang kuat

*Mereka mencari orang yang betul untuk naik bas mereka, sebelum fikir strategi.
*Membina budaya disiplin supaya syarikat boleh kekal berjaya walaupun pemimpin tiada.

5. Kebanyakan mereka tak popular

*Ramai antara mereka bukan nama besar di media tetapi hasil kerja mereka menjadikan syarikat bertahan lama.

What's next?

Kita dah tahu ciri-ciri pemimpin yang diperlukan untuk membina sebuah syarikat yang luar biasa, then apa seterusnya?

Apa seterusnya tindakan yang kita perlu lakukan supaya kita dapat sampai pada tahap pemimpin level 5.

Bagaimana kita nak mula? Dari mana kita nak mula?

Again, persoalan ini hanya kita saja yang boleh jawab, dan sudah tentu semua tindakan ini mesti bermula dari diri kita sendiri. 

Di tahap mana kita berada sekarang? Jika kita masih di tahap 4 dan ke bawah, sanggupkah kita untuk berubah dari segi tindakan, disiplin dan cara fikir kita untuk sampai ke tahap 5.

Seperti kata Seth Godin - “Leadership is a choice. Leaders are volunteers"

Seorang leader akan tempuh jalan itu dulu, walaupun dia tahu jalan itu tidak ada guarantee.

No comments:

Post a Comment

Bagaimana nak bina bisnes ketika kita tiada apa-apa?

Kita tiada modal, tiada kenalan, tiada pengalaman, tiada idea nak jual apa. Kita betul-betul kosong. Apa nak buat? Di mana nak mula? Mula de...